Translate

Saturday 13 April 2013

Faizal Tahir - Biar (Official Lyric Video)

Friday 12 April 2013

ST12 Cari Pacar Lagi

Kuda Hitam, Madu & Racun, Don't Phunk With My Heart by One Nation Emcees

One Nation Emcee - goyang inul

Gangstarz Final - One Nation Emcee (1st round)

Cerita Tasha-Mahali Jasuli bukan tutup kontroversi dengan Datuk J

Pelakon cantik, Tasha Shilla, 26 berharap kenyataan jujurnya mengenai hubungan dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mahali Jasuli, 24, tidak dianggap percubaan menutup kontroversi sebelum ini dengan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk J. Menurut Tasha, dia jujur memberitahu media mengenai hubungannya dengan Mahali baru saja bermula sejak lima bulan lalu dan masih di tahap 'berkawan'. "Pengakuan saya berkawan dengan Mahali ini bukan menutup kontroversi dengan Datuk J yang dihebohkan sebelum ini. Kontroversi dengan Datuk J itu pun bukan ciptaan saya, saya tidak kenal pun siapa ahli perniagaan itu. "Jadi, tidak benar kalau cerita hubungan persahabatan saya dengan Mahali ini sengaja direka-reka untuk tutup kontroversi lama itu," kata Tasha kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Shah Alam semalam. Pelakon ini dikaitkan dengan pemain bola sepak yang menyarung jersi Selangor itu setelah dilihat hadir meraikan majlis sambutan hari jadi Tasha beberapa bulan lalu. Semenjak itu, hubungan mereka terjalin, tetapi masih atas landasan sebagai kawan biasa. Menurut Tasha dia sendiri tidak tahu sejauh mana hubungannya dengan Mahali boleh berkembang selepas ini. "Baru lima bulan berkawan, masih terlalu awal untuk melihat ke mana hubungan ini boleh pergi," katanya lagi. Ditanya mengenai keistimewaan lelaki itu di matanya, menurut Tasha sifat jujur yang ada dalam diri Mahali memperlihatkan ciri-ciri sebagai seorang lelaki yang baik.

Rafidah Ibrahim feat. Dato' AC Mizal & Stellar Band

Senjata api dalam paya

Lahad Datu: Satu persatu helah pengganas termasuk menyembunyikan senjata api yang digunakan ketika menceroboh di pantai timur Sabah dapat ‘dibaca’ oleh pasukan keselamatan negara. Terbaru, pasukan tentera yang melakukan operasi pembersihan dan fasa penstabilan menemui sejumlah senjata api yang disembunyikan di dalam paya dan ditanam di sekitar Kampung Tanduo serta kampung berhampiran. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, selain senjata api (senjata berat dan ringan), pasukan keselamatan turut menemui pakaian seragam, pakaian awam serta beberapa barang lain milik pengganas. “Walaupun jumlah barangan yang ditemui termasuk senjata api tidak banyak, operasi “Saya yakin saki-baki pengganas yang jumlahnya kurang dari 10 orang itu semakin berkurangan. Justeru, pasukan keselamatan meningkatkan risikan bagi mengesan pengganas yang masih ada,” katanya di sini, semalam. tetap dilakukan berterusan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More