Translate

Saturday 4 May 2013

Aku Maafkan Kamu" - Syamsul Yusof

Selepas Puteri Sarah memberi kenyataan balas berhubung dakwaan yang dilemparkan oleh Ammar Alfian dengan menafikan mempunyai hubungan cinta bersama Syamsul Yusof, kini pengarah filem 'KL Gangster' ini pula tampil memberikan komen mengenai isu tersebut. Menerusi akaun Facebooknya, Syamsul meluahkan rasa kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya sambil menganggap individu tersebut hanya memalukan diri sendiri. "Selepas segalanya aku baca dan renungi…Apa yg ku boleh katakan aku agak terkejut dan hairan. Mengapa dia melibatkan aku dlm masalah peribadinya? Dengan begitu bangga menghina aku, keluargaku juga beberapa pihak yg lain di laman twittermu? "MasyaAllah kawanku, jgnlah kamu terlalu megikut rasa nafsu dihati sehingga mengaku sendiri keburukan diri dan sedarkah kamu, kamu bukan saja telah menghina org lain dengan kata2 kotormu itu malah kamu sndiri tanpa sedar telah memalukan keluargamu, juga terus-terusan menunjukkan keburukan dirimu pd umum. Sedarkah kamu kwnku?" Pada masa yang sama juga, Syamsul mengakui tidak mahu memanjangkan hal yang dianggap remeh ini dan bertindak memaafkan segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya. "Jadi aku maafkan kamu atas segala tuduhan dan hinaan mu padaku juga keluargaku. Aku maafkan kamu kwn. Aku sedih melihat kita berbalah, memfitnah dalam dunia maya. Kita hidup tidak lama.. Mengapa perlu ditambah ‘bekalan yang tidak sepatutnya’ untuk dibawa ke ‘sana’."

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More