Translate

Monday 20 May 2013

Jan!n dalam mangkuk tandas


gambar hiasan

KOTA BHARU – Janin manusia yang dipercayai baru berusia 10 minggu ditemui di dalam mangkuk tandas sebuah asrama pelajar perempuan di Jalan Kebun Sultan di sini petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, janin seberat 10 gram tersebut ditemui oleh seorang pekerja asrama itu kira-kira pukul 1.30 petang
.
“Pekerja itu telah menghubungi majikannya di Tumpat setelah menemui sesuatu yang disyaki janin manusia di dalam tandas tersebut. Majikannya kemudian membuat laporan polis.

“Pihak polis kemudian pergi ke tempat kejadian dan turut menemui sehelai seluar dalam wanita berdekatan janin itu.

“Hasil siasatan mendapati, kematian janin itu adalah disebabkan keguguran,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Azham berkata, setakat ini suspek belum dikenal pasti dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 312 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Menurutnya, asrama yang terletak di dalam bangunan sebuah hotel itu mempunyai 10 bilik tidur, dua bilik air dan sebuah tandas.

Asrama tersebut didiami pelajar-pelajar perempuan yang menuntut di beberapa institusi pengajian tinggi di sekitar kawasan berkenaan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More