Translate

Saturday 18 May 2013

Luna Maya Masih Berhubung Dengan Ariel Dan Buat Bisnes Kasut Bersama

Pastinya ramai yang teruja apabila pertama kali aktres Indonesia yang cukup popular di sana, Luna Maya datang ke Malaysia semalam untuk mempromosikan filem terbaru arahannya bersama 2 lagi pengarah wanita “Pintu Harmonika” yang akan ditayangkan secara eksklusif serentak dengan pawagam di Indonesia pada 23 Mei ini. Kesempatan yang diterima membolehkan pihak media di Malaysia bertanyakan soalan yang sedia maklum ramai peminat di Malaysia tertunggu-tunggu. Masih berhubung dengan Ariel, Luna Maya akui kerap bertemu dengannya jika ada kesempatan dan kini mereka berdua mempunyai perniagaan kasut bersama. Kalau dah buat bisnes kasut bersama, dan dulu pun memang bercinta takkan lah tetiba putus dan melakukan bisnes sekali kan? Mungkin takut dengan kontroversi kerana sedia maklum media di Indonesia bukanlah seperti di Malaysia yang masih mengekalkan etika kerjanya membuatkan Luna tidak petah berbicara tentang kisah peribadinya dan lebih senang bercerita mengenai produk yang bakal dikeluarkan kelak. “Saya dan Ariel masih lagi berjumpa dan berbincang mengenai perniagaan kami, untuk berbincang ke arah perkahwinan saya masih belum bersedia.” Dalam pada masa yang sama Luna turut memberitahu bahawa dia dan Ariel kini sibuk dengan karier masing-masing. Walaubagaimanapun, Luna Maya terima seadanya dan tiada paksaan untuk mendirikan rumah tangga pada waktu terdekat. “Kalau ikutkan saya ini tiada masa untuk rehat, kalau ada pun saya cuma dapat luangkan masa pergi menonton filem dan jika ada cuti hari minggu lama sikit saya akan balik ke Bali untuk berjumpa dengan keluarga saya yang menetap di sana.” Kami di Malaysia doakan kesuksesan anda dan moga-moga sampai jugalah berita pernikahan anda dengan Ariel kalau dijodohkan nanti ya..




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More