Translate

Tuesday, 20 August 2013

Black Mentor Bernikah 13 September Ini



Akhirnya, Black atau nama sebenar, Hanifah Md. Hanafiah tampil mengumumkan tarikh ijabkabul bersama tunang, Chira Khairi atau nama sebenarnya Naquira Yasira pada 13 September ini di Zebra Square, Kampung Pandan, KL.

Dimaklumkan majlis resepsi mereka turut dilangsungkan di Zebra Square pada keesokan harinya dan bertemakan English Garden. Black turut mengadakan majlis persandingan di rumah keluarganya di Flat PPR, Kerinchi.

Dalam pada itu, penyanyi ini mengakui hanya mengenali Chira Khairi melalui kawannya dan menyifatkan tunangnya itu merupakan jodohnya kerana tidak sampai 3 bulan berkenalan akhirnya mereka membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan. 

Khabarnya juga, Chira yang berasal dari Pulau Pinang pernah belajar di Melbourne, Australia dan merupakan anak saudara kepada suami Datin Paduka Umie Aida iaitu Dato’ Paduka Khairuddin Abu Hassan. 

Apa pun, kami mendoakan agar segalanya persiapan yang di atur berjalan dengan lancar sehingga ke tarikh pernikahan nanti.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More