Erin Malek 30
Pada 9 Ogos lalu, pelakon yang terkenal menerusi drama Misiku Kuza, Erin Malek difahamkan telah terbang ke Brisbane, Australia bagi meluangkan masa bersama keluarga tercinta.
Erin dikatakan berada di sana selama seminggu dan mereka sekeluarga telah selamat pulang ke Malaysia pada 15 Ogos lepas.
Erin Malek 41
Erin Malek bersama ibunya
Sepanjang berada di negara tersebut, Erin telah sempat berkongsi beberapa foto menariknya bersama peminat dan dalam banyak-banyak foto yang dikongsikan itu, OHBULAN! tertarik dengan sekeping foto yang tertulis caption berbunyi :
Screen Shot 2013-08-26 at 11.33.35 PM
Melalui foto tersebut, ibu pelakon itu kelihatan sangat muda dan mereka kelihatan seperti adik beradik. Beberapa orang peminat turut menulis komen mengatakan ibu Erin Malek muda dan juga cantik. Apa kata anda pula?
Erin Malek Insta
Bagaimanapun, untuk semua peminat Erin Malek, jom layan beberapa foto menarik pelakon tersebut selepas ini. Enjoice!

Kredit Foto : Instagram Erin Malek