Translate

Wednesday 19 June 2013

UNTUK ISTERI - ISTERI YANG BERGELAR BLOGGER

Bertuah bagi pasangan yang sama2 bergelar blogger sebab minat & citarasa dorang sama. Dorang boleh beraktiviti yang sama.. dorang boleh join event2.. gathering.. suai kenal.. bersama sama sebab mereka sama2 blogger. Bagi blogger yang berjodoh dengan mereka2 yang bukan dari kalangan blogger malah tak langsung amik pot pasal dunia blog ni agak susah sikit la nak sertai aktiviti yang di anjurkan blogger mahupun  yang di menjemput blogger untuk meraikan.

Salah sorang blogger tu den la.. Laki den takde blog jauh sekali bergelar blogger. Aktiviti online dia pun terhad.. paling banyak dia asyik layan youtube ye la.. Pun macam tu kena terima kasih kat dia sebab dia tiap2 bulan bayar streamyx untuk bini dia terus berblog. Pun macam tu aktiviti yang di adakan untuk blogger memang susah sangat nak dapat join.Bukan sebab dia tak izinkan tapi jadual kerja dia tu tak mengizinkan sebab kalau nak keluar bawak lala mesti ada dady dia sekali. Sejak kawen ni rasanya pernah join untuk aktiviti yang di anjurkan untuk blogger ni sekali je.. tu pun sebab dapat tiket wayang free dari nuffnang. Time tu baru kawen & takde cik lala lagi. Tu je la kenangan selama berblog.

Yang senasib dengan den jangan bersedih. Kesedihan tu buat kita rasa stress & kekurangan. Betul.. Jeles tengok blogger2 lain dapat pi event tu event ni.. gathering bagai. Tapi jangan sampai bentak2 kaki kat laki sebab tak dapat pergi yer..  Setiap orang ada bahagian happy masing2. Macam den.. tak rasa benda tu jadi satu tekanan.. even daku juga blogger tegar dalam dunia blog ni. Sebabnya.. den enjoy je dengan hidup den sekarang. Ada suami.. anak.. tiap2 minggu boleh keluar. Boleh jugak sekali sekali pergi bercuti.. even tak dapat pergi negara2 eropah pun dalam negara & negara2 asia yang jiran2 pun tak pe la. Walau tak dapat nak menunjuk shopping kat tempat2 mahal.. pakai produk mahal2.. tayang kasut baju mahal2.. tapi tetap jugak den dapat shopping macam orang lain jugak. Cuma yelah.. blog den ni memang jenis tak banyak cerita tentang apa yang ada dalam umah den.. apa yang den beli & pakai, den makan bagai.. kecuali ada cerita best di sebalik tu. Nak tayang2 dengan niat saja nak menunjuk tu den malu sikit.. kekekekeke

Jadi tak dapat join aktiviti blogger macam blogger lain bukan satu kekurangan pada daku.. Tak perlu rasa rendah diri & sedih. Pada blogger2 yang senasib dengan daku ni, korang jangan rasa kecik hati atau rasa rendah diri. Happy & bahagia tu tak semestinya berada di luar bersama yang ramai.. Bergantung pada kita menikmati kehidupan kita sebenarnya. Terima hakikat itu lebih baik dari mengeluh apa yang kita tak dapat sedangkan yang kita dapat kita lupa pula nak ucap syukur kan??

Sang lekit rasa setakat ni enjoy je dengan life macam ni walau kadang2 ada gathering yang orang ajak join tak dapat join lepas tu berbalas sindiran yang sangat tajam menikam tapi sang lekit tak letak dia dalam hati sebab benda2 semak & sampah macam tu takde tempat dalam hati aku. Pada kawan2 yang tak memahami.. tak perlu faham pun sebab corak hidup kita tak sama.. Janji aku bahagia dengan cara hidup aku, apa kau kata tu kau punya pasal yer... kekekekeke. Cuma kau perlu tahu.. bila kita dah berumahtangga, setiap dari kita ada komitmen dengan keluarga. Kau atau aku dua2 pun ada tanggungjawab.. berbeza cuma mungkin sama ada kau betul2 tanggung & jawab komitmen yang kau ada.. atau kau buat sambil lewa tapi lebihkan untuk ber enjoy di luar sana. Nak2 lagi kaum perempuan ni.. nak buat apa pun mesti kena ada izin suami kan. Jangan ajar aku derhaka.. yer! kekekeke

Semua antara kita ada bahagian bahagia masing2.. Tak perlu kita sedih sebab tak dapat buat tu buat ni.. sebab apa yang kita dapat buat ada orang lain yang tak dapat buat. Cuma enjoy dengan apa adanya.. Insya Allah, kita juga mampu tersenyum seperti orang lain.

Lakonan semata mata.. kekekeke

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More