Translate

Friday 16 August 2013

Panas!! Mufti Perlis Dr Juanda Dan Isteri Dirompak Dan Diikat | Barangan Berharga RM 30k Dilarikan Perompak


Sejak Akhir-akhir ini kita digemparkan dengan kes jenayah berat yang menggerunkan, terbaru mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya telah dirompak sewaktu pulang berhari raya di kampung beliau di Kuching Serawak. Perompak yang bersenjatakan telah mengikat Dr Juanda dan isterinya. Dulu kita pernah dikejutkan dengan rompakan di rumah Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin ..byk jugak duit Mufti yang dirompak yerr...Errkk kenapa perkara ini berlaku yerr..Tabung Masjid Kampung aku pun di kebasnya, terdesakkah hidup di Malaysia ini?

Mufti-perlis-dan-isteri-di-rompak.jpg

Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya, yang pulang berhari raya ke Kuching ini bersama keluarganya disamun dua lelaki bersenjatakan parang yang memecah masuk rumahnya di Jalan Semariang di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Supt Abang Ahmad Abang Julai berkata kedua-dua lelaki terbabit mengikat Dr Juanda, isteri dan pembantu rumahnya sebelum menggeledah rumah berkenaan.

Mereka kemudian melarikan barangan berharga benilai kira-kira RM30,000, katanya.

Beliau berkata kejadian pada pukul 5.30 pagi itu turut menyebabkan isteri dan pembantu rumah mufti berkenaan cedera.

"Polis masih meneruskan siasatan dan pasukan forensik telah dihantar ke rumah itu untuk mengumpul maklumat, termasuk mengenai suspek," katanya sambil memberitahu bahawa suspek dipercayai masuk ke rumah itu melalui pintu belakang.

Sementara itu Dr Juanda, yang berasal dari Mukah dan merupakan orang Sarawak pertama dilantik ke jawatan itu pada 2009, tidak boleh dihubungi untuk mendapatkan reaksi. –Bernama, 16 Ogos 2013.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More