Translate

Sunday 1 September 2013

GOSIP CINTA SHILA AMZAH DENGAN JOHAN ASARI


Gambar Mesra Shila Amzah dan Johan Asari Bersama Keluarga

BUKAN sekali dua dirinya digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan selebriti lelaki tanah air. Selepas dikaitkan dengan Awi Rafael, Shila Amzah dikaitkan pula dengan pelakon popular, Johan Asari. Tetapi, bagaikan sudah lali dengan segala khabar angin itu, beliau kini hanya mampu tersenyum tatkala diajukan pertanyaan berhubung perkara itu.

Buat kesekian kalinya Shila yang pernah putus cinta dengan Sharnaaz Ahmad menepis dakwaan itu dan menegaskan bahawa itu hanyalah gosip. Tegasnya, beliau kini terlalu sibuk dengan nyanyian sehingga membuatkan dirinya tidak mempunyai sebarang keinginan untuk memiliki kekasih hati ketika ini. Kata Shila, sehingga kini dia masih solo dan belum ada sebarang perancangan untuk berkahwin atau terikat dengan sesiapa pun.

"Jodoh itu rahsia ALLAH, sama-sama doakan yang terbaik untuk saya. “Lagipun, saya bukan pencuri hati. Kalau milik orang lain saya tak nak usik dan dekat. “Sama ada Johan atau naib Johan atau tempat ketiga, siapa pun jodoh saya,saya terima dengan seikhlas hati saya.. tapi bukan sekarang, fokus saya kerja dulu,” katanya menerusi laman Twitter. Baru baru ini, peminat mula berspekulasi tentang hubungan mesra antara Johan dan Shila selepas gambar mereka berdua beraya bersama dikongsikan di laman sosial. Tidak kurang juga para peminat yang tampil dengan teori bahawa Shila merupakan gadis pilihan Johan yang masih dirahsiakan identitinya sehingga hari ini.

Mengakui bimbang dengan gosip yang tersebar itu, Shila bagaimanapun berharap peminat tidak salah faham keakraban yang terjalin antara beliau dan Johan. “Saya harap peminat di luar sana tidak salah faham. Hubungan saya dengan Johan memang rapat dari dahulu lagi, Kami sudah lama berkawan iaitu sejak tahun 2010. Bahkan, emak saya dan emak Johan juga berkawan baik. “Jadi, tidak ada sebarang cinta antara saya dengan Johan, gambar yang tersebar itu pun diambil masa saya menghadiri majlis rumah terbuka yang diadakan Johan. Itu sahaja,” jelas beliau.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More