Translate

Sunday, 1 September 2013

KISAH HALIM OTHMAN DAN DANIA DANISHA


Halim Othman dan Dania Danisha

Penyampai radio Suria FM, Halim Othman enggan mengulas mengenai kontroversi dakwaan seorang wanita yang mengaku kekasihnya kerana menyifatkan tindakan itu hanya membuang masa. Jelas Halim, isu tersebut juga tidak memberi kepentingan kepada masyarakat malah menurutnya adalah lebih baik jika ia tidak diceritakan secara umum. "Saya tidak mahu komen lagi tentang perkara ini. Benda ini adalah satu perkara yang buang masa.

Minggu lalu, sebuah laman blog mencetuskan kontroversi apabila menyebarkan beberapa keping foto Halim bersama seorang gadis yang dikatakan kekasihnya. Bagaimanapun Halim menafikan dakwaan tersebut dan berkata wanita yang dikenali sebagai Dania Danisha dalam foto tersebut merupakan peminatnya. Kenyataan itu membuatkan Dania berang kerana seolah-olah dia dilihat beria-ia mahu menempa nama menerusi gosip tersebut. "Jangan dengar cerita sebelah pihak sahaja. Sudah beberapa kali kami keluar berdua malah dia pernah mengajak saya bercuti, adakah saya masih dianggap peminat?

"Dia juga pernah berkata mahu melamar saya tetapi lamaran itu ditolak kerana usianya tidak sesuai dengan saya yang jauh lebih muda daripadanya. Jangan kerana nak lepas diri, dia (Halim) menipu," kata Dania menerusi status Facebook yang dimuat naik pada minggu lalu. Tidak lama kemudian, Halim masih menegaskan dia belum mempunyai teman wanita dan menyifatkan wanita berkenaan sengaja ingin mencari publisiti. Mengulas lanjut Halim berharap pihak media tidak memberi publisiti mengenai perkara ini. "Bila orang tanya, ia ibaratkan seperti menepis nyamuk yang banyak. Saya harap soalan ini tidak ditanya lagi," tegasnya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More