Translate

Thursday 6 June 2013

2 Gambar Kereta Perodua Kelisa Dihempap Runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang


Anggota bomba dan penyelamat meneruskan kerja untuk mengeluarkan mangsa 
yang terperangkap dalam runtuhan struktur penyambung antara Jambatan Kedua 
Pulau Pinang dengan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Batu Maung, dekat sini.

 Mangsa yang menaiki kereta dipercayai jenis Perodua Kelisa maut selepas di
hempap runtuhan struktur Jambatan Kedua Pulau Pinang di Jalan Batu Maung
dalam kejadian petang semalam.

 Keadaan sebuah kereta dipercayai jenis Perodua Kelisa remuk selepas di
hempap runtuhan struktur Jambatan Kedua Pulau Pinang di Jalan Batu Maung
dalam kejadian petang semalam.
Polis mengesahkan empat mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Kelisa maut dihempap runtuhan sebahagian rangka susur masuk Jambatan Kedua Pulau Pinang 
di sini, semalam.

Sehingga jam 5.30 pagi tadi, mangsa yang disahkan terperangkap dalam sebuah kereta dipercayai Perodua Kelisa masih belum dapat dikeluarkan dari runtuhan terbabit.

Ia kerana anggota bomba dan penyelamat menghadapi kesukaran untuk mengalihkan bebanan seberat kira-kira 200 tan yang menghempap kawasan jalan raya sepanjang 
50 meter.

Kren seberat 300 tan yang tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 11.30 malam semalam digunakan dalam operasi yang diserta 110 anggota bomba dan penyelamat itu.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More