Translate

Sunday 2 June 2013

Tak Sabar Mahu Duduk Serumah – Izzue Islam


  • Izzue Islam & Awin Nurin-71
    Tahniah sekali lagi OHBULAN! ucapkan pada pelakon dan penyanyi, Izzue Islam yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya, Awin Nurin, semalam (2 Jun).
    Melayari bahtera rumah tangga bukanlah satu perkara yang mudah dan boleh dibuat mainan. Namun, itulah yang
    cuba pasangan ini dirikan selepas lebih 5 tahun bercinta dan sah diijabkabulkan.
    Semalam, OHBULAN!  berkesempatan menemubual Izzue tentang persediaannya selepas berkahwin.
    “Sebenarnya persiapan tu tak adalah sangat sebab saya dan Awin pun dah kenal lama, so antara kitorang dua orang memang takde masalah.
    “Tapi apa yang saya tak sabar ialah nak duduk serumah dengan dia dan saya tak sabar nak tunggu dia masak untuk saya sebenarnya. Selama 6 tahun berkenalan, saya tak pernah rasa masakan Awin,” tambah Izzue lagi.
    Izzue turut memberitahu bahawa dia sangat bersyukur kerana Awin bukanlah seorang yang cepat cemburu.
    Izzue Islam & Awin Nurin-32
    Awin Nurin juga merupakan pengurus Izzue Islam

    Foto (Hi-Res) Majlis Resepsi Izzue Islam & Awin Nurin
  • Izzue Islam & Awin Nurin-15
    Pada jam 1.00 petang tadi telah berlangsungnya majlis resepsi buat pasangan mempelai Izzue Islam dan Awin Nurin bertempat di Dewan Shah Alam, Selangor.
    Menerusi majlis resepsi yang bertemakan ‘indoor garden’ ini, pasangan mempelai telah mengenakan dua persalinan cantik, yang terdiri daripada busana rona putih dan hitam.
    Artikel Berkaitan :
    Izzue Islam & Awin Nurin-23 Acara memotong kek
    Apa yang menarik mengenai busana yang digayakan oleh Izzue dan Awin adalah, persalinan untuk majlis memotong kek ini telah ditaja sepenuhnya oleh pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat.
    Majlis yang penuh meriah ini, turut dihadiri oleh rakan-rakan artis seperti kumpulan Fourteen sendiri, pasangan Lisa Surihani dan Yusri, Norman Kru serta Eina Azman.
    Izzue Islam & Awin Nurin-16
    Pasangan Yusri & Lisa turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis resepsi
    Bagi peminat yang masih belum puas menatap wajah tampan dan cantik Izzue bersama isterinya Awin, apa kata anda layan beberapa foto Hi-Res mereka selepas ini.

  • Izzue Islam & Awin Nurin-44
    Setelah lima tahun menjalinkan ikatan cinta bersama, akhirnya pelakon dan penyanyi terkenal, Izzue Islam atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Bin Mazlan, selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya, Nurinafilah Waharudin atau lebih dikenali sebagai Awin Nurin dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Dewan Shah Alam, Selangor.
    Artikel Berkaitan :
    Izzue Islam & Awin Nurin-58
    Sama cantik, sama padan bagai pinang dibelah dua
    Menerusi foto yang dipaparkan, kita dapat lihat Izzue dan Awin kelihatan sangat tampan dan anggun dengan persalinan busana rona putih.
    Untuk makluman, Izzue dan Awin telah bertunang pada bulan Jun tahun lalu.

  • Izzue Islam & Awin Nurin Sah Bergelar Suami Isteri


    IMG-20130602-WA0001
    Hanya sekali lafaz tepat jam 9.45 pagi, Muhammad Izzul Islam Bin Mazlan atau lebih dikenali sebagai Izzue Islam, 23, sah bergelar suami kepada Nurinafilah Binti Waharudin atau Awin Nurin di Dewan Shah Alam.
    Izzue Islam dan Awin Nurin telah diijabkabulkan oleh bapa Awin sendiri, Waharudin Bin Jonit, 58, dengan mas kahwin berjumlah 11 dinar dan wang hantaran berjumlah RM11,111.11.
    IMG-20130602-WA0002
    Majlis pernikahan ini menyaksikan pihak lelaki memberikan 7 dulang hantaran berupa set barang kemas, wallet dan jam, sebuah Al-Quran, wang hantaran, cincin, beg tangan berjenama Fossil dan sepasang jubah.
    Manakala pihak perempuan pula membalas dengan 9 dulang hantaran berupa sepasang baju melayu, set minyak wangi Paco Rabanne, set sejadah dan Al-Quran, tepak sireh, ‘passport holder’ berjenama Tissot, sebuah laptop Macbook Air, dan juga manisan berupa coklat.
    IMG-20130602-WA0000
    Untuk pengetahuan, majlis pernikahan kedua mempelai ini turut disaksikan oleh pihak keluarga dan juga rakan-rakan terdekat.
    Majlis persandingan Izzue Islam dan Awin Nurin akan diadakan di dewan yang sama berkonsepkan ‘indoor garden’, tepat pukul 1 tengah hari ini. Menariknya, persalinan pengantin untuk majlis potong kek telah ditaja sepenuhnya oleh pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More