Translate

Thursday 6 June 2013

Mayat ditemui dalam runtuhan jambatan di P.Pinang (10 Gambar)




BATU MAUNG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Pulau Pinang mengesahkan satu mayat telah ditemui di tempat kejadian runtuh struktur jambatan kedua Pulau Pinang.

Satu bahagian struktur itu yang masih dalam pembinaan telah runtuh kira-kira jam 7 malam tadi. Kejadian berlaku di kawasan darat di sekitar Batu Maung.


Menurut Penolong Pesuruhjaya Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohamad Shoki Hamzah, pihak bomba telah menggunakan kamera khas sebelum dapat menemui mayat tersebut.

"Kita mungkin memerlukan kira-kira dua jam atau lebih untuk mengeluarkannya," kata Mohamad Shoki. Beliau juga menafikan laporan awal yang menyatakan empat orang telah disahkan mati.

Sebelum ini, sebatang konkrit seberat lebih 1,000 tan serta berukuran 30 meter telah jatuh terhempap ke tanah.

Akibat runtuhan, sekurang-kurangnya sebuah kereta iaitu Perodua Kelisa telah disahkan tertimbus, namun masih tidak diketahui terdapat berapa mangsa yang terperangkap.

Sebuah kren juga digunakan bagi mengangkat batang konkrit tersebut.









0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More