Translate

Thursday 6 June 2013

Tragedi Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh



Tragedi Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh


4 maut tragedi runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang


Empat orang mangsa dipercayai tertimbus dalam  runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang malam tadi.

Jurucakap polis berkata, runtuhan itu juga mengakibatkan laluan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu 
itu ditutup untuk semua kenderaan.

Menurutnya, sebuah kenderaan dihempap runtuhan jambatan tersebut dan maklumat awal mengatakan keempat-empat mangsa yang berada di dalam kenderaan tersebut meninggal dunia.

"Konkrit yang runtuh adalah struktur jalan jejambat masuk ke jambatan dari laluan Batu Maung yang mana antara dua bim jambatan runtuh dengan menghempap kereta yang melalui jalan pada bahagian bawah," katanya.

Polis mengesahkan menerima aduan daripada dua pengadu pada jam 7.05 malam di Bilik Gerakan 999 
Ibu Pejabat Polis (IPD) Barat Daya.

Balai polis bergerak kini ditempatkan di lokasi kejadian.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More