Translate

Tuesday 9 July 2013

Anak tonton hubungan intim ibu bapa


 Zulkifli (tengah) dan Rohana (kiri) bertanyakan sesuatu kepada Rohani Yusoff selepas Seminar Ibu Bapa Murid J-QAF dan KAFA anjuran Panitia Pendidikan Islam SK Danan, Pasir Puteh, semalam.

Golongan miskin luar bandar gagal urus kediaman dengan baik

Pasir Puteh: Hampir 70 peratus ibu bapa terutama di luar bandar bukan saja buta teknologi maklumat (IT), malah hubungan intim suami isteri yang sepatutnya sulit, turut ditonton anak tanpa disedari. 


Penolong Pengarah Sektor Sosiobudaya Institut Integriti Malaysia (IIM), Rohana Yaakob, berkata sebahagian besar ibu bapa terutama golongan miskin di luar bandar gagal mengurus kediaman dengan baik seperti ketiadaan bilik tidur menyebabkan perlakuan seks mereka terdedah kepada anak. 


“Sangat menyedihkan apabila anak kecil dapat melihat perlakuan seks ibu bapa kerana sesetengah rumah mereka terutama golongan miskin, tidak mempunyai bilik tidur. 

Hasil kajian 

“Penemuan ini hasil kajian Sosiobudaya Rakyat Malaysia yang dilakukan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, baru-baru ini,” katanya kepada pemberita pada Seminar Ibu Bapa Murid J-QAF dan KAFA anjuran Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan (SK) Danan, di sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising, Zulkifli Ali; Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Sains Sosial, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Puteh, Rasidi Ramli dan Guru Besar SK Danan, Wan Abdul Aziz Wan Ahmad.

Rohana berkata, kajian itu juga mendapati ramai anak muda termasuk murid sekolah rendah mudah terdedah dengan bahan porno atau lucah berikutan sikap sesetengah ibu bapa yang tidak mengambil tahu perkembangan serta kemajuan IT masa kini. 


Katanya, apa yang membimbangkan apabila pengaruh bahan porno itu turut merangsang anak melakukan perlakuan seks sesama mereka, termasuk sumbang mahram.

Sehubungan itu, Rohana berkata, jalan penyelesaian segera perlu dilakukan bagi menangani perkara itu dari terus berleluasa, termasuk memberi kesedaran dan panduan kepada golongan ibu bapa bagi menanganinya - sumber

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More