Translate

Thursday 11 July 2013

Lana Nordin akui tak puasa tetapi nafi ditangkap penguatkuasa



Lana Nordin akui tak puasa tetapi nafi ditangkap - Selepas peminat dan blogger kecoh dengan penangkapan seorang pelakon wanita seksi berumur dalam lingkungan 30-an semalam, Lana Nordin terus tampil membuat penafian yang dirinya ialah wanita yang ditangkap penguatkuasa MPSJ itu.

Menurut Lana, bukan dirinya yang ditangkap oleh penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya di sebuah pusat siber di Bandar Puteri kerana dia kini sedang terlantar sakit di rumah sejak tiga hari lalu.

"Itu bukan saya. Sudah tiga hari saya terlantar sakit di rumah sampai hilang suara. Saya sekarang sedang demam, batuk dan sakit tekak. Jadi saya rasakan berita itu sangat kelakar. Kalau pun gambar yang dimaksudkan itu gambar saya, apa bukti sahih menunjukkan itu adalah saya? Sedangkan gambar itu pun diambil dari belakang."

Bagaimanapun, pelakon yang digelar Pamela Anderson Malaysia ini mengakui memang tidak berpuasa akibat demam, batuk dan sakit tekak.

"Tapi saya akui sekarang memang saya tidak berpuasa kerana tidak sihat. Saya berjumpa doktor dan mengambil suntikan untuk meredakan demam. Saya juga perlu makan ubat, sebab itu saya tidak berpuasa. Sudah tiga hari saya demam dan saya nak keluar daripada rumah pun tak larat."

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More