Translate

Thursday 11 July 2013

GAMBAR ADIRA AF8 - SHAHRUL NASRUN BERCINTA?



Betul Ke Adira AF8 - Shahrul Nasrun Bercinta?

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com heboh mengenai percintaan Adira AF8 yang turut digelar Snow White Malaysia ini dikatakan bercinta dengan Shahrul Nasrun! Malah lebih hangat lagi digosipkan akan berkahwin dalam masa terdekat tidak lama lagi. Betul ke Adira dan Shahrul Nasrun serius dalam menjalin perhubungan dan akan menuju ke jinjang pelamin?

Adira+AF8+-+Shahrul+Nasrun+Bercinta

Adira Tempah Baju Kahwin Pereka Fesyen Ezuwan Ismail

Kononnya (Gambar Artis) Adira dan pasangan yang sudah pergi menempah baju kahwin dengan pereka fesyen terkenal iaitu Ezuwan Ismail, terus-terang ramai yang tidak boleh duduk diam mengenai hubungan mereka berdua. Adakah mereka benar-benar serius atau sekadar kawan?

Ramai juga yang berminat dan ingin tahu dengan lebih dekat lagi siapa gerangan lelaki yang dikenali sebagai @shahrul_jr di laman Instagram itu kan? Tambahan pula, wajahnya bukanlah familiar pun dalam industri hiburan tanah air.

Melalui sumber terdekat yang boleh dipercayai dan bernasib baik kerana turut si Murai Batu berkawan baik dengan orang yang bukan di kalangan industri hiburan. Sebabnya, dari situlah, maklumat dapat dikumpul dan dapat tahu bahawa Adira sekarang ini memang sedang bercinta dengan jejaka yang bernama Shahrul Nasrun dan muka pun tampan juga.

Adira+AF8+-+Shahrul+Nasrun+Kamarudin+Bercinta

Adira - Aliff Aziz Putus Cinta

Nampaknya, cepat juga Adira dapat pengganti selepas putus cinta dengan Aliff Aziz kan? Tapi baguslah, Adira tak sangat rasa frust lama-lama selepas putus cintakan?

Selepas dapat tahu jejaka itu kekasih Adira, kami pun apa lagi, cubalah buat siasatan sendiri dan mula stalked laman Instagram miliknya. Bila diimbas semua foto-fotonya, dapat simpulkan yang dia ni seperti orang kuat politik. Yelah, banyak juga dia bergambar dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin serta tak ketinggalan bersama Perdana Menteri kita iaitu Dato' Sri Najib Tun Razak.

Shahrul Nasrun - Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia

Mana taknya, daripada info Instagramnya, dapat tahu, dia rupanya adalah Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia. Patutlah ada banyak gambarnya dengan Khairy Jamauliddin atau glamor dengan nama KJ. Anak buah KJ lah dia rupanyakan?

Siasat punya siasat lagi, kekasih Adira ini yang nama sebenarnya adalah (Gambar) Shahrul Nasrun Kamarudin itu dapat tahu merupakan anak Dato dan berasal daripada Kelantan.

Wah, nampaknya pilihan Adira kali ini bukan orang dalam industri hiburan lagi. kami tak kisah lah dengan siapa Adira nak bercinta asalkan dia bahagia kan? Lagipun secocok je tengok dorang berdua ni, sama cantik sama padan bagai pinang dibelah dua. - Portal Murai.


VIDEO TERKINI ADIRA SEKSI HOT MELETOP!

Mohd Rohaizad - Gambar mesra Adira AF8 dan Shahrul Nasrun seperti kekasih yang dilamun cinta, nampaknya Adira sudah ada pengganti Aliff Aziz. Sebelum ini dikatakan Adira juga pernah bercinta Hafiz tetapi terhenti ditengah jalan. Adakah kali ini Adira dan Shahrul Nasrun akan berkahwin? Adira turut menerima cincin yang dikatakan cincin ikatan? Umur Adira pada tahun ini pun baru 22 tahun, kerjaya dalam dunia hiburan pun belum mencapai kajayaan seperti yang diimpikan Adira.


GAMBAR ADIRA AF8 - SHAHRUL NASRUN BERCINTA? | Gambar Artis Malaysia | Gosip Hangat | Selebriti Sensasi Terkini 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More