Translate

Thursday 11 July 2013

ARTIS LANA NORDIN TAK PUASA – MAIN JUDI DI CC ARTIS LANA NORDIN TAK PUASA – MAIN JUDI DI CC


Betul Ke Artis Lana Nordin Tak Puasa dan Main Judi Di CyberCafe (CC)?

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dikejutkan dengan kes artis Malaysia iaitu Lana Nordin yang dituduh tak puasa dan leka bermain judi Mahjung! Adakah dakwaan tersebut benar? Gosip hangat kali ini melibatkan artis Malaysia yang kena cekup dan sudah lama diperhatikan oleh mata-mata dan sumber risikan.

GAMBAR+ARTIS+LANA+NORDIN+TAK+PUASA+%E2%80%93+MAIN+JUDI

Artis Asyik Bermain Judi - Mahjung Di Pusat Siber

Dunia hiburan digemparkan dengan berita tertangkapnya seorang artis wanita yang sedang asyik bermain mahjung dan tidak berpuasa di sebuah pusat siber di Bandar Puteri, Puchong, pada Rabu. Ketika serbuan, artis wanita berusia lingkungan 30-an itu sedang bermain mahjung bersama dua lelaki bukan Islam di dalam sebuah bilik kecil yang terletak di sebalik ruang permainan snuker.

Khabar angin mengatakan artis wanita yang dimaksudkan adalah pelakon kontroversi(Gambar) Lana Nordin. Kami menghubungi Lana untuk mendapatkan keterangan lanjut daripadanya berkenaan khabar angin ini.

Lana Nordin Nafi Tidak Berpuasa - Main Judi
“Itu bukan saya. Sudah tiga hari saya terlantar sakit di rumah sampai hilang suara. Saya sekarang sedang demam, batuk dan sakit tekak. Jadi saya rasakan berita itu sangat kelakar. Kalau pun gambar yang dimaksudkan itu gambar saya, apa bukti sahih menunjukkan itu adalah saya? Sedangkan gambar itu pun diambil dari belakang,” jelas Lana yang pernah muncul dalam filem ‘Chow Kit’ ini.

“Tapi saya akui sekarang memang saya tidak berpuasa kerana tidak sihat. Saya berjumpa doktor dan mengambil suntikan untuk meredakan demam. Saya juga perlu makan ubat, sebab itu saya tidak berpuasa. Sudah tiga hari saya demam dan saya nak keluar daripada rumah pun tak larat,” jelas Lana Nordin lagi seterusnya menafikan khabar angin yang bertiup.

Kekasih Lana Nordin
Mengulas mengenai hubungannya dengan teman lelakinya, Lana Nordin menyatakan hubungan mereka masih berjalan seperti biasa. Dalam perkembangan lain, Lana baru sahaja menjalani penggambaran drama bersiri ‘What If’ arahan Jehan Miskin yang disiarkan di 8TV.

Dia kini sedang menantikan tarikh untuk masuk ke set penggambaran sebuah drama siaran RTM. Sempena bulan Ramadan ini, Lana juga aktif dalam menghadirkan diri ke majlis amal berbuka puasa. - Portal Gua.



VIDEO LANA NORDIN SEKSI HOT TERLAMPAU DI MAJLIS ANUGERAH SKRIN

Mohd Rohaizad - Diharap dakwaan yang dikenakan ke atas Lana Nordin adalah palsu, jika benar ia sangat memalukan kepada artis-artis Malaysia. Awal-awal sudah kena tangkap, anda itu artis selebriti, memang menjadi tumpuan orang ramai. Atau ada pelanduk dua serupa yang menyerupai Lana Nordin? Mana kita tahu kan? Penulis cuba hendak bersangka baik.


ARTIS LANA NORDIN TAK PUASA – MAIN JUDI DI CC | Gambar Artis Malaysia | Gosip Hangat | Selebriti Sensasi Terkini 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More