Translate

Thursday 13 June 2013

Shaheizy Sam dan Nur Fazura Bercinta ?


Kalau tak kenal, maka tak cinta. 
Kalau tak ada angin, mana mungkin pokok bergoyang, bukan begitu?

Shaheizy Sam dan Nur Fazura digandingkan dalam drama Kisah Cinta yang sedang 
bersiaran melalui slot Lestary TV3. Kedua-dua pelakon ini juga bersama digandingkan 
untuk filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia yang diarahkan oleh Bernard Chauly. 
Filem ini baru selesai menjalani penggambaran, melibatkan pengambaran di Turki 
dan dijangka berada di pawagam sekitar tahun 2014.



Bagaimanapun, dalam era di mana manusia mengongsikan apa yang dilihat sehari-hari 
melalui media sosial dengan mudah, cepat dan pantas, perkara-perkara yang cuba di
senyapkan kadangkala sampai juga ke pengetahuan ramai. Bukan sekali dua desas desus 
timbul, malah sudah banyak mata yang memandang.Pasangan ini pernah dilihat oleh 
orang ramai di pusat membeli belah dan berjalan berpegangan tangan. 

Kalau sekali, mungkin kebetulan, tetapi beberapa kali juga pasangan ini dilihat di 
khalayak ramai makan bersama dan mempamerkan aksi dan melihat antara satu 
 

sama lain sepertipasangan bercinta.Kalau betul pun, apa salahnya ya tak? Sama cantik, 
sama padan. Berkerja bersama, saling mengenali, selepas lama mengenali hati budi, 
cinta pun berputik. Dan khabarnya ramai juga yang suka kalau benar pasangan ini 
bercinta, mereka dianggap pasangan yang sepadan. Semoga kita mendengar khabar 
baik tentang mereka satu hari nanti.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More