Translate

Saturday 15 June 2013

RESEPI NASI ARAB - NASI MANDY



Nasi Arab ermmm kecur lidah aku ..bila teringatkan nasi mandy di Half Moon Cafe dekat Seri Kembangan. Mula2 aku makan kat situ rasanya tahun 2008, jamuan hari jadi jabatan ke apa...tak ingat dah...start dari hari tu aku jadi gila nasi arab...aduss...ada 2 tiga tempat yang aku selalu makan, selain Half Moon Cafe Sri Kembangan, dekat Bandar Baru Bangi ada satu restoren nasi arab berdekatan dengan Bangi Kopitiam dan Restoren Pak Hamid kedai makan berhadapan dengan Pangsapuri Melati, Bandar Seri Putra.
Nasi mandy kat resepi asal

Tapi bila dah balik kampung ni susah sikitlah nak rasa nasi arab ni, di Guar Chempedak ada sebuah restoren nasi arab tapi mahal. Lagipun takde roti besar mcm kat half moon.

Akhirnya aku ambil keputusan nak cuba sendiri masak nasi arab...kodek punye kodek kat internet aku terjumpa satu resepi yang aku rasa bagus dan boleh dicuba...

Setelah dicuba dua kali masak aku rasa puas hati.... tapi macam kata orang putih "practice make perfect" aku kena lah cuba dan cuba lagi masak nasi ni...sampai perfect.

Ok Kat bawah ni aku kongsikan resepi Nasi Arab Mandy. 
Nasi Mandy yg aku masak.
(1) Mula-mula sediakan stok ayam dulu.
(Stok Ayam nanti akan diguna utk masak nasi)


1 ekor ayam saiz sederhana- dipotong 4
2 inci halia - diketuk
1/2 sudu kecil serbuk zafran (ganti kunyit je)
1 sudu kecil lada hitam biji
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil buah pelaga
1/2 sudu kecil cengkih
2 helai daun Bay
garam secukup rasa
air secukupnya (supaya ayam tenggelam)

Cara membuat:
  • Rebus ayam selama 45 minit bersama bahan2 diatas.
  • Kemudian angkat dan toskan ayam. 
  • Tapiskan air rebusan utk masak nasi.
  • Ayam yang direbus stok tu akan digunakan untuk buat ayam panggang.
----------------------------------------------------------------------------------------
(2)Nasi Arab @ Nasi Mandhi


Bahan-bahan Untuk Masak Nasi:
3 cawan beras basmathi 
4.5 cawan air rebusan/stok ayam (yang disediakan di atas)
Garam jika perlu sbb stok/rebusan ayam dah letak garam
Sedikit zaffran - (boleh guna pewarna kuning)

Bahan utk menumis:
1 sudu besar minyak sapi
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 ulas bawang merah - dimayang halus
1 ulas bawang putih- dimayang halus

Cara membuat:
  • Beras dicuci kemudian ditoskan (dicuci dan direndam selama 20 min)
  • Panaskan minyak sapi dlm periuk. Masukkan bahan tumis
  • Goreng hingga naik bau/kekuningan
  • Masukkan stok ayam, apabila didih masukkan beras.
  • Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning. Biarkan seketika
  • Kemudian gemburkan nasi guna garpu
---------------------------------------------------------------------------------------- 
(3) HomeMade Rempah Kabsah - Sebagai salah satu bahan untuk buat ayam panggang
Bahan - bahan:
1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili*
1 sudu teh kunyit*

Cara penyediaan:
  • Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
  • Kemudian kisar bahan ** yang digoreng dgn bahan * sehingga hancur.
  • Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.
Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa.

 ----------------------------------------------------------------------------------------
(4)Ayam Panggang

Bahan Perapan:
1 sudu teh zaffran - boleh ganti dgn skit serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk homemade rempah kabsah (lihat atas utk resepi dan cara buat)
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu kecil garam

Aluminium foil utk balut/bungkus

Cara membuat:
  • Ayam yg telah direbus tadi dilumurkan dgn bahan perapan.
  • Letakkan atas aluminium foil, balut kemas2.
  • Bakar dlm oven selama 1 jam pd suhu 180C utk menghasilkan ayam yg lembut.

----------------------------------------------------------------------------------------
(5) Sos Salata:

Bahan-bahan:

2 biji tomato
1/2 biji bawang besar
2 biji cili besar
5 tangkai cili padi
sedikit daun ketumbar
sedikit garam
Jus dari buah lemon.

Cara penyediaan:
  • Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja.
  • Jangan sampai terlalu hancur.
resepi asal di dapur-digital.blogspot.com
SELAMAT MENCUBA..............

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More