Translate

Friday 14 June 2013

Selebriti Hollywood yang menjengkelkan




Siapakah mereka? Mereka bukan artis yang punya bakat lakonan atau nyanyian, 
dan ramai yang mempersoalkan kenapa mereka juga boleh jadi popular.
Di sini kami senaraikan lapan nama yang telah dipilih oleh para penonton 
televisyen Amerika sebagai ikon selebriti yang menjengkelkan:
Michael Lohan


Sejak dari awal lagi, tidak ada apa-apa yang baik boleh dikatakan tentang bapa 
Lindsay Lohan ini. Dia pernah memiliki anak melalui hubungan sulitnya dengan ahli 
terapi urut ketika berpisah seketika dengan isterinya, kemudian bercerai pada 
tahun 2005, pernah disiasat kerana jenayah perdagangan manusia dan pernah 
disabitkan atas kesalahan menghina mahkamah.

Sehingga kini, tiada siapa benar-benar tahu apakah bidang pekerjaan Scott Disick 

kecuali menjadi teman lelaki Kourtney Kardashian dan menjadi bapa kepada dua 
orang anak bintang realiti itu.

Banyak sebab untuk Spencer Pratt dibenci oleh orang ramai. Dia seorang yang 

suka membangga diri, membuat komen-komen yang menyakitkan hati dan masih 
dibayar dan dilayan seperti selebriti hanya kerana pernah menjadi bintang realiti.
Dia juga melanggar tempoh percubaan untuk melawat anaknya Lindsay di hospital. 
Jadi tidak hairanlah apabila Lindsay juga sedikit sebanyak mewarisi tabiat yang sama.
Scott Disick



Selain daripada dibayar untuk menunjukkan mukanya di kelab-kelab malam, dan sesekali dilihat ke pejabat dalam "Keeping it Up with the Kardashians", punca rezeki Scott sebagai seorang individu yang tidak terlibat dengan seorang wanita Kardashian masih menjadi satu misteri.
Kris Jenner
Antara wanita paling terkenal dengan gelaran momager (mother + manager), Kris Jenner bukan sahaja menempah kerja peragaan dan komersial buat anak-anaknya terutamanya Kim, malah meyakinkan anaknya untuk memperaga diri di majalah Playboy dan menyelesaikan masalah video lucah Kim dengan cara mendapatkan sebahagian keuntungan dari penjualan video tersebut.
Selepas Kris, muncullah trend para momager lain, seperti Dina Lohan (ibu Lindsay Lohan) dan Krista Keller (ibu Courtney Stodden) yang juga mahu mengeksploitasi anak sendiri, dalam masa yang sama menggunakan peluang tersebut untuk mendapat lebih pendedahan buat diri sendiri.
Jon Gosselin
Jon Gosselin pada awalnya dikenali sebagai si suami yang sabar dan tidak banyak 
cakap, berbeza dengan isterinya Kate yang agak tegas dan lebih mendominasi 
dalam rancangan realiti mereka, "Jon & Kate Plus 8". Malah ramai yang kasihan 
dengan Jon yang dianggap takut bini.
Semuanya berubah apabila mereka bercerai dan Jon mula menghabiskan masanya bersama ramai wanita lain di kelab-kelab malam, selain mempergunakan popularitinya untuk menjana wang tambahan. Tiba-tiba si suami yang pendiam menjadi kasanova 
tak guna yang dibenci semua orang.
Dane Cook
Apa yang lebih teruk dari menjadi pelakon yang tidak begitu diminati? Menjadi 
pelawak yang tidak lucu. Begitulah pandangan kebanyakan pelawak veteran dan 
peminat humor tentang Dane Cook, yang menggelar dirinya seorang stand-up 
comedian tapi diundi sebagai Pelawak Paling Teruk oleh pelbagai undian majalah, 
radio dan televisyen.
Oh, jangan salah sangka. Dia bukan dibenci kerana rupa parasnya. Dia dibenci 
kerana seringkali dikatakan telah mencuri idea pelawak lain – satu "jenayah berat" 
dalam industri komedi Amerika.
Spencer Pratt

Kemudian dia cuba pula menjadi "born again Christian" dalam pertandingan realiti 
"I'm a Celebrity, Get Me Out of Here" dan berpura-pura alim, menambahkan rasa menyampah sesiapa yang melihatnya.
Nadya Suleman (Octomom) 
Anak itu rezeki dari Tuhan dan tiada siapa boleh menidakkan seseorang 
daripada melahirkan zuriat mereka. Tapi jika mereka adalah Nadya Suleman, 
yang memerlukan bantuan kebajikan masyarakat dan sengaja mahu melahirkan 
anak seramai itu menggunakan bantuan IVF tanpa kehadiran seorang bapa, anda 
cuma menyusahkan jabatan kebajikan masyarakat, diri sendiri dan menganiaya 
anak yang dilahirkan, apatah lagi jika mereka adalah kembar seramai lapan orang.
Memburukkan lagi keadaan apabila Nadya mengeluarkan kenyataan bahawa dia 
menyesal kerana melahirkan anak seramai itu, kemudian memilih untuk bergambar 
separa bogel dan menyertai beberapa siri realiti yang bertaraf rendah untuk menyara hidupnya.
Mike "The Situation" Sorrentino 
Jika diikutkan, hampir kesemua bintang "Jersey Shore" tidak disukai sesiapa. 
Malah hampir 80 peratus penonton rancangan realiti itu mengatakan bahawa 
mereka menontonnya kerana ia terlalu teruk sehinggakan ia juga jadi 
menghiburkan.
Namun jika ada seorang yang paling menjengkelkan semua orang, insan tersebut 
adalah Mike Sorrentino, atau lebih dikenali dengan gelaran "The Situation" 
(sila muntah di sini). Tanpa sebarang bakat yang jelas, Sorrentino masih berjaya mengumpul sebanyak lima juta dolar melalui iklan dan kemunculan rasminya pada 
tahun 2010, kurang sedikit dari Kim Kardashian.
Dia pernah melancarkan buku, tetapi hanya terjual sebanyak 12,000 salinan. Dia menyertai "Dancing with the Stars" dan terkeluar pada minggu keempat. Dia 
menyertai "Comedy Central Roast of Donald Trump", tetapi kena boo dengan 
semua orang. Sekalipun dengan semua itu, Sorrentino masih teguh menjadi 
selebriti tanpa sebab.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More