Translate

Friday 14 June 2013

Ngeri, anggota badan yang boleh dimakan




Mungkin anda menyangka bahawa gambar di atas adalah gambar sebenar anggota 
badan manusia, kerana bentuknya amat mirip dan sukar untuk dibezakan. Jika andaian 
anda begitu maka anda salah, gambar tersebut adalah gambar makanan yang boleh dimakan, bahan asasnya ialah daripada roti yang sengaja direka serupa dengan 
potongan tubuh manusia.

Memang agak mengerikan jika melihatnya buat pertama kali, 
roti tubuh badan manusia ini direka oleh seorang pembuat roti, Kittiwat Unarrom yang berasal dari Thailand. Kittiwat juga 
mengatakan roti potongan tubuh ini dibuat dengan pelbagai 
perasa, seperti kebanyakan roti, iaitu strawberi, mocca, keju, 
dan cream. 

Idea gila ini terhasil apabila si pembuat roti tersebut mendapat inspirasi setelah 
menonton filem "Saw", sebuah filem seram/horror, jika admin dipelawa untuk 
memakan roti ini, sudah tentu admin menolaknya. Jika ada pembaca yang berani 
dan ingin mencubanya, bolehlah melawat kilang roti Kittawat di Ratchaburi, sekitar 
satu jam dari barat Bangkok. Gambar-gambar lain dibawah :







0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More