Translate

Thursday 4 July 2013

Wanita ini berkahwin dengan jambatan



Jodi Rose (Foto: Huffingtonpost)

Cinta kadang memang tak boleh diterima akal, contohnya yang dialami Jodi Rose. Artis dari Australia ini terpikat untuk menikahi jambatan tua yang sudah berumur 600 tahun.

Jodi Rose berjalan keliling dunia untuk merakam getaran dari kabel jambatan untuk projek muziknya 'Singing Bridge'. Namun kerana projek itu jugalah membuatnya bertemu cinta sejati semasa pertama kali melihat Le Pont du Diable, jambatan tua berumur 600 tahun di Perancis bahagian selatan.

Pada 17 Jun lalu, Rose menikahi jambatan Le Pont du Diable dengan dihadiri 14 tetamu, termasuk Datuk Bandar Saint-Jean-de-Fos, bandar jiran di mana jambatan tua itu berada. Pengantin wanita tampak berseri-seri di hari perkahwinannya yang luar biasa, dengan mengenakan gaun berwarna ivory yang panjang mengular ke lantai dan membawa bunga yang indah.

Walau ikatan Rose dan 'suaminya' tidak diiktiraf secara undang-undang di Perancis, dia mengatakan perkahwinannya tetap sekuat perkahwinan yang lain.

"Walaupun saya menghargai mereka yang mempunyai perasaan romantis dan berorientasikan seksual dengan objek, saya menganut symbolic affair, pagan (pandangan animisme yang mempunyai getaran spiritual dalam segala hal)," tulisnya dalam blog Bridgeland, seperti dilapor Huffingtonpost, Khamis (4/7/2013 ).

"Dia (jambatan) mengerti bahawa saya mencintai jambatan lain, dan lelaki. Kami adalah cinta yang merangkumi tingkah kehidupan, sebagaimana terwujud dalam arus pusaran sungai yang mengalir di bawah tubuh yang megah," katanya.

Le Pont du Diable, juga dikenali sebagai 'Jambatan Setan', pertama kali didirikan oleh Benedictine Monks di abad ke-11 dan telah menunjukkan ketahanan dalam menghadapi zaman yang keras di atas jurang sungai Hérault, seperti dilapor Geekosystem.

"Dia (jambatan) adalah segala sesuatu yang saya inginkan dalam diri seorang suami, yang kukuh, boleh dipercayai, sensual, baik dan tampan. Ada tanda umur panjang dalam gerbang punggungnya, dia telah berdiri selama 600 tahun dan akan terus berdiri lebih lama lagi," tulis Rose.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More