Translate

Monday 24 June 2013

Kes Bunuh Altantuya : Gagal Hubungi Pembantu Najib Akibatkan Pegawai Polis Disabit Bersalah


[MI]- Kegagalan menghubungi pembantu Datuk Seri Najib Razak mengakibatkan DSP Musa Safri melakukan pengadilan yang salah dan sabitan terhadap dua bekas pegawai polis Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri dalam kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin yang meakili Sirul berkata, ini kerana Musa adalah satu-satunya individu yang boleh memberi keterangan terhadap transaksi telefon antara dirinya dan juga Abdul Razak Baginda.

Razak Baginda, ketika itu merupaka penganalisis politik kepada  Najib, yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri.

Dalam afidavitnya, Razak Baginda, telah berkata, terdapat lebih daripada 30 panggilan telefon dan mesej teks kepada Musa pada 19 Oktober, 2006, untuk menghentikan kekasihnya, Altantuya, daripada mengganggu keluarganya.

Razak pada mulanya dituduh bersubahat dalam kes pembunuhan Altantuya tetapi kemudiannya dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi tanpa pembelaan dipanggil.

Sirul dan Azilah, yang merupakan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) kemudiannya didapati bersalah dan dihukum mati kerana pembunuhan Altantuya.

"Dalam afidavit Razak Baginda, beliau juga berkata Musa memanggilnya sehari selepas Altantuya pergi ke rumahnya, untuk memberitahu bahawa dia akan menghantar seorang pegawai di sana untuk membantu beliau. Ia kemudian Azilah dipanggil Razak."

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More