Translate

Friday 28 June 2013

Macam tak percaya plak cerita PANAS neh [BACA laa...]

JENAYAH PEMERDAGANGAN ORANG KRITIKAL

TERLEBIH dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang menerima dan sudi membaca warkah ini. Saya aktivis sosial yang sering membantu pekerja tempatan dan asing di Mahkamah Buruh dan Mahkamah Perhubungan Perusahaan, selain itu saya juga menjalankan penyelidikan dalam pemerdagangan orang melalui tenaga kerja.

Disini ingin saya nyatakan kronologi kes yang dibawa di hadapan pekerja-pekerja migran dari berbagai Negara.

Jenayah Pihak Polis: MANGSA 1

1. Abdul Kader Jilani (mangsa) secara bersama dengan mangsa-mangsa yang lain yang juga adalah korban syarikat SNT Universal Corporation Sdn. Bhd. telah membuat laporan polis, ditipu serta paspot ditahan oleh syarikat SNT dan sebahagian paspot tak dapat dikesan dalam simpanan SNT.

2. Semasa beliau dipanggil untuk rakaman percakapan beliau telah dikasari secara berbahasa, diherdik dan dimarah kerana membuat laporan polis No. Repot PUDU/10336/12 oleh ASP Azari Bin Miskon no. talipon 012-5015420.

3. Pada masa yang sama mangsa terserempak dengan Babul @ Shahidul Islam Pengarah syarikat SNT Universal Corporation Sdn. Bhd. 'perpetrator' dan Babul menyatakan beliau mempunyai jutaan ringgit untuk sogok pihak polis. Seterusnya menyatakan bahawa beliau mendapat layanan baik dari ASP Azahari bukan seperti mangsa yang dikasari.

4. Setelah mengetahui saya yang membantu, ASP Azahari mula berlembut dengan mangsa, seterusnya ASP Azahari meminta mangsa menarik balik laporan polis dan ASP Azahari berjanji akan mengatur kepulangan mangsa ke Negara asal.

5. Mangsa menyatakan kepada ASP Azari, yang mangsa telah kerugian sebanyak RM 3,500.00 dan paspot mangsa masih ditahan oleh Babul.

6. Mangsa juga menyatakan beliau datang ke Malaysia atas panggilan Jabatan Imigresen Malaysia melalui sebuah syarikat dan dijanjikan pekerjaan dengan gaji RM 1,500.00, malangnya sesampai mangsa di Malaysia tiada pekerjaan disediakan, dan kini mangsa berhutang sekitar RM 12,000.00 di Negara asal.
7. ASP Azari berang dengan mangsa dan mengancam mangsa jika mangsa enggan mengikuti nasihat yang diusulkan mangsa akan ditangkap dan dipenjara dan dideportasi.

8. Mangsa menyatakan kenapa sebagai mangsa penipuan dianiaya, dan bertanya dalam permasaalahan ini siapa yang salah adakah mangsa atau Babul.

9. Pada 24 Januari 2013 mangsa diminta datang oleh ASP Azahari untuk memberi rakaman percakapan, malangnya tiada rakaman percakapan dilakukan malah ASP Azari memberi amaran keras kepada mangsa, dan seterusnya mengarahkan mangsa datang pada 31 Januari 2013.

10. Pada 30 Januari 2013 jam 8.00 mlm mangsa berjumpa dengan saya dan menyatakan beliau ketakutan dan mengesyaki bahawa ASP Azari telah menerima sogokkan dari Babul.

11. Saya menasihatkan mangsa supaya jangan takut kerana undang-undang itu diciptakan untuk keadilan dan sarankan mangsa pergi tunaikan temujanji.

12. Pada 31 Januari 2013 jam 10.00 pagi mangsa datang untuk temujanji, disini mangsa yang dihantar oleh rakan-rakan terkejut melihat Babul dan ASP Azahari berbincang.

13. Semasa Babul keluar dari pejabat ASP Azahari, beliau senyum dan memaklumkan kepada rakan-rakan mangsa bahawa mangsa kini ditahan dan akan dipenjarakan dan seterusnya akan dideportasi.

14. Pada hari yang sama 31 Januari 2013 isteri Babul, Nilima Islam menalipon beberapa rakan-rakan mangsa dan menyatakan bahawa DPP pun telah disogok melalui ASP Azari, seterusnya mengancam mangsa-mangsa lain.

15. Saya cuba hubungi ASP Azari tetapi pejabat beliau menyatakan bahawa ASP Azari tidak bekerja dan bercuti sehingga hari Isnin 4 Februari 2013.

Jenayah Jabatan Imigresen dan Jabatan Peguam Negara

16. Pada 5 Februari 2013 saya mendapat panggilan dari pihak Imigresen bahawa mangsa Abdul Kader Jilani (mangsa) diarahkan oleh TPR Ishak Yusof dari Jabatan Peguam Negara Putrajaya untuk dideportasi.

17. Saya bantah dan memaklumkan kepada pegawai tersebut bagaimana mangsa diarahkan untuk deportasi sedangkan wang ditipu dan paspot ditahan oleh Babul, pegawai tersebut menyatakan ini adalah arahan TPR.

18. Pada masa yang sama saya menyatakan kenapa pihak Imigresen tidak menyiasat syarikat SNT sedangkan ianya telah diperpanjangkan ke Jabatan Imigresen.

19. Saya juga telah memaklumkan kepada TPR Tuan Ishak Yusof melalui emel dan mohon pertimbangan beliau dan diperpanjangkan kepada Pengarah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara.

MANGSA 2 :

20. Seterusnya pada 17 Jun 2013 Salam Molla yang juga pengadu dalam laporan polis yang tersebut diatas telah ditangkap oleh Sjn. Ling Ting Kok No. I/C polis R 103662.

21. Mangsa telah menunjukkan segala dokumen kepada Sjn. Ling, malangnya Sjn. Ling enggan mendengar penjelasan dan melihat segala dokumen yang ada pada mangsa.

22. Salah seorang anggota kumpulan Sjn. Ling menyatakan ianya boleh diurus jika ada wang.

22. Saya datang ketempat kejadian dan merakam gambar mangsa yang ditangkap.

23. Tanpa saya sedari talipon bimbit saya yang merakam dirampas oleh Sjn. Ling dan saya terus digari.

24. Salah seorang anggota telah memeriksa poket dan merampas talipon bimbit kedua saya.

25. Pada 26 Jun 2013 jam 12.09 pm saya menerima panggilan dari rakan mangsa bahawa mangsa akan didakwa dimahkamah atas kesalahan Imigresen.

Rumusan

Pihak-pihak yang terlibat di atas, kesemuanya dengan penuh pengetahuan dalam pemerdangan orang melalui tenaga kerja dan dengan penuh pengetahuan juga melindungi penjenayah penjenayah ini.

Disini saya merayu kepada YB-YB yang baru dipilih bertanggungjawab melindungi Keselamatan dan Ekonomi Negara, yang mana Negara telah dirugikan dalam putaran ekonomi yang jumlahnya berpuluh-puluh Billion USD.

Sikap yang ditunjukkan oleh penjawat-penjawat awam nampaknya mereka kebulur kepada benda-benda yang haram.

Untuk makluman saya telah membuat laporan kepada SPRM, malangnya saya dimaklumkan bahawa aduan dan laporan saya tidak boleh disiasat dan perlu dibawa kepada Jawatankuasa Siasatan.


SPRM juga menyatakan bahawa pihaknya didalam Akta SPRM tidak ada peruntukkan dan kuasa untuk soal siasat orang-orang yang dilapor yang disyaki salahguna kuasa dan melakukan jenayah rasuah.

Seterusnya saya berjumpa dan bersemuka dengan Ketua Polis Negara dan menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan tetapi malang juga kapada Rakyat Malaysia tiada tindakan jua.

Sekian terima kasih kepada yang sudi membaca warkah ini.

Salam Hormat,

ABDUL AZIZ ISMAIL
AJK Badan Bertindak Majlis Anti Pemerdangangan Manusia Selangor
Pegawai Kongres Am MTUC

(Nota: Mangsa-mangsa di atas adalah contoh kepada sekitar 200,000 mangsa yang dilaporkan. Untuk lebih lanjut sila rujuk kepada US TIP Report 2013.)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More