Translate

Saturday 27 July 2013

9 orang seludup 24 keping Emas dalam 6ubur



imej google
Seoul: Pihak berkuasa kastam Korea Selatan semalam menahan sembilan warga Taiwan yang menyembunyikan 24 keping emas dalam dubur mereka.
Kesemua mereka ditahan ketika melalui pusat pemeriksaan di lapangan terbang antarabangsa Seoul.
Setiap keping emas itu seberat 225 gram, bermakna setiap penyeludup membawa 5.5 kilogram logam berkenaan.
Menurut kastam, penyeludup warga Taiwan itu dijangka bertemu seseorang di stesen kereta api bawah tanah Seoul selepas keluar dari lapangan terbang itu.
Di situ emas berkenaan akan diserahkan sebelum mereka pulang ke Taiwan keesokan harinya. Jumlah keseluruhan semua emas diseludup itu adalah AS$3 juta (RM9.62 juta). Kastam Korea berkata kejayaan rampasan itu adalah hasil maklumat daripada beberapa penumpang selepas mereka melihat “tingkah laku mencurigakan” warga Taiwan itu. 
- Agensi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More