Translate

Tuesday 23 July 2013

Kad Ucapan Paling Besar Di Dunia


LONDON - Hanya beberapa jam selepas pasangan diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton melahirkan anak pertama mereka, gergasi enjin carian internet Google melancarkan kempen untuk menghasilkan sekeping kad ucapan terbesar dunia.

Kad ucapan gergasi itu akan dicetak dan diserahkan kepada Kate dan William.

Bagi tujuan tersebut, Google menjemput penguna-pengguna internet untuk mengirim gambar, profil serta ucapan mereka dalam kad maya tersebut.

Kad ucapan yang siap dicetak akan diserahkan kepada firma untuk dipersembahkan kepada Arkib Diraja untuk simpanan.

Penyertaan kad ucapan gergasi itu akan berakhir pada 6 Ogos depan.
- Agensi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More