Translate

Friday 26 July 2013

KESIAN.. GURU BESAR MELAYU BAKAL TERIMA HUKUMAN PASAL HINA ANAK KELING.




"Saya memutuskan untuk mengambil cuti secara sukarela selama satu minggu bermula dari hari ini (Khamis). Saya juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama selepas saya menerima dua ugutan bunuh.

"Saya memutuskan bahawa saya perlu berada jauh untuk keselamatan saya sendiri selepas saya mendapat ugutan bunuh.

"Saya harap orang ramai tidak akan membangkitkan perkara itu lagi, dan saya telah meminta pihak sekolah untuk mengambil langkah-langkah keselamatan tambahan untuk memastikan bahawa pelajar-pelajar sekolah adalah selamat," kata Guru besar SK Seri Pristana, Mohamad Nasir Mohd Noor kepada The Star dalam satu temuramah malam Khamis.

Kantin di sekolah berkenaan telah dibuka semula pada Khamis manakala Kementerian Pelajaran mungkin memperuntukkan dana untuk sekolah rendah itu untuk membesarkan kantin tersebut bagi menampung 1,300 murid.

Mohamad Nasir berkata, kantin sementara yang kini telah beroperasi selama tiga bulan sekarang diwjudkan untuk menyelesaikan masalah kesesakan di kantin sekolah.

"Pada waktu pagi, cahaya terik matahari menghala ke arah kantin. Dan kerana kawasan ini adalah sangat panas, murid-murid yang tidak mahu makan apa-apa di sana dan sebaliknya mereka makan berhampiran dengan longkang.

"Saya menyatakan bahawa tempat itu tidak bersih, jadi saya menempatkan mereka di bilik mandi yang tidak digunakan sepenuhnya," katanya.

Guru besar menjelaskan bahawa murid-murid jarang menggunakan bilik mandi kerana mereka dibenarkan untuk memakai pakaian sukan untuk aktiviti ko-kurikulum.

Beliau juga berkata, notis telah diletakkan bagi melarang murid-murid menggunakan bilik berkenaan sebagai tandas, malah telah mengunci pair air di dalam bilik tersebut.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More