Translate

Monday 22 July 2013

Mufti perlu lihat gambar ini dan fatwakan segera



Rasa terpanggil dengan komen dua peserta ratu cantik Miss Malaysia yang mempertikai keputusan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang melarang mereka meneruskan pertandingan itu.

Apa yang menarik perhatian gua adalah suatu yang amat jelas yang selama ini kita semua terlepas pandang.

Komen peserta beragama Islam bernama Sara Amelia Bernard yang berbunyi,

"Kalau mereka mahu melarang kami, kenapa mereka tidak larang wanita Muslim yang mewakili negara dalam sukan renang dan gimnastik?” katanya.

Sebenarnya komen mereka tidak harus dipandang sepi oleh Jakim atau Majlis Fatwa kerana aktiviti dalam pertandingan gimnastik lebih menjolok mata dan mengaibkan. Lihat sahaja beberapa contoh aktiviti gimnastik di bawah dan bandingkan dengan aktiviti pertandingan ratu cantik dengan berpakaian bikini. Apa penilaian anda?

Memang aktiviti gimnastik lebih menjolok mata dan perlu difatwakan haram kepada wanita Islam oleh pihak berkuasa demi menjaga maruah agama Islam dan orang-orang Islam itu sendiri.





Tidak adil jika kita tidak memuatkan contoh pemakaian bikini dalam beauty contest. Gambar ratu cantik Indonesia ini diambil dari beauty contestupdate.com. dan santabanta.com Ada banyak lagi gambar ratu cantik memperaga bikini di sana. Tetapi percayalah kesemuanya tidak seseksi aksi dalam aktiviti gimnastik.

Bukan bermaksud agar mufti menghalalkan penyertaan gadis Islam dalam beauty contest tetapi merayu agar penyertaan gadis Islam dalam acara renang dan gimnastik juga difatwakan sebagai haram seperti mana sepatutnya.
Miss Earth 2012 Swimsuit
Miss Universe 2012 Swimsuit
So, Mr mufti and Mr ulamak sila bertindak segera... jangan buat fatwa pipih-pilih ikut keperluan. Ada yang haram tapi tak difatwakan haram.

Kegagalan berlaku adil dalam mengeluarkan fatwa adalah punca ramai tidak menghormati institusi perundangan Islam di Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More