Translate

Monday, 22 April 2013

Almy Nadia mencari lelaki budiman

DERITA yang ditanggung bukan sedikit. Segala perasaan bercampur-baur saat satu persatu ujian melanda diri. Tidak terlintas niatnya untuk mencari simpati lantas segala perasaan yang membelenggu disimpan jauh dalam lubuk hati. Kalau tidak punya kekuatan yang tinggi, mungkin sudah lama dia melupakan bidang seni. Namun perasaan sedih yang sering bertamu di biar jauh-jauh agar tidak terus menjadi perosak kepada kehidupan seharian. Insiden putus cinta dengan Fizz Fairuz sedikit masa lalu masih bersarang di hati. Enggan membuka rahsia terbesar yang disimpan tentang perkara tersebut, Almy Nadia lebih senang mengunci mulut daripada terus membicarakan perkara itu. Tidak ada apa lagi pintanya selain mahu perkara itu tidak terus dijadikan isu besar. Baginya setiap orang melakukan kesalahan dan sudah pasti sesiapa yang melalui perkara itu akan belajar sesuatu untuk memperbaiki diri pada masa hadapan. “Cukup-cukuplah tanya soal itu. Saya pun tak mahu lagi kenang apa yang sudah terjadi antara kami dulu. Apa yang penting saya mahu buka lembaran baru dan hidup gembira macam orang lain. “Saya anggap kes itu tak besar mana pun. Kalau nak tahu sebelum ini pun saya pernah menerima ujian yang lagi besar sampai buat saya rasa sakit sangat. “Bila Allah uji kita, itu tandanya Allah tetap sayang. Mungkin Dia nak uji kita dan nak kita kembali dekat dengan-Nya. Macam yang berlaku pada saya selama ini, saya rasa ini badai yang akan selalu datang dan buat saya tak lupa diri. “Jadi sebagai orang biasa saya kena kuat untuk tempuh dan hadapi apa juga rintangan. Mungkin saya menangis masa putus cinta tapi itu perkara biasa yang akan terjadi pada sesiapa juga. “Kena ingat satu perkara, ada orang yang simpati dengan nasib kita tetapi ada juga yang gembira bila tengok kita berduka," kata wanita berusia 27 tahun ini lagi. Melalui hari demi hari sebagai seorang wanita, Almy tidak dapat lari daripada perasaan dan naluri hatinya yang kadang kala bertentangan dengan apa yang keluar dari mulutnya. Cuma dia bertuah kerana masih bertahan dengan seribu satu ujian yang akhirnya membuatkannya menjadi wanita yang cukup tabah. Cinta ENGGAN mengulas mengenai spekulasi yang mengatakan dia sudah kembali intim dengan Fizz Fairuz, Almy mengambil pendekatan selamat dalam menjawab soal itu. Pinta Almy agar kisah tersebut tidak terus dimainkan sehingga menjadi isu besar memandangkan luka yang ditanggung baru sahaja pulih. “Sekarang saya takut nak komen apa-apa. Kalau nak cakap soal cinta, saya memang sedikit trauma sebab impaknya tetap akan terpalit kepada saya. “Ada juga orang tanya sama ada saya sudah membuka hati pada sesiapa selepas perkara itu. Kalau saya salah jawab, tak mustahil esok lusa kenyataan itu akan memakan diri seperti sebelum ini. “Kalau nak tahu saya sudah banyak belajar tentang perkara tersebut. Cukup-cukuplah apa yang telah berlaku selama ini. Ada ketika orang lain makan nangka, orang lain yang kena getah. Ini yang cuba saya elakkan," kias anak kelahiran Pulau Pinang ini. Bagi Almy, dia sebenarnya tidak cerewet untuk memilih lelaki yang secocok untuk dijadikan teman hidup. Langsung tidak terlintas untuk mencari lelaki kaya yang mampu menanggung hidupnya. Cukuplah dia menerima seorang lelaki budiman yang mampu menjaga hatinya. Tanpa berselindung, Almy sebenarnya mendambakan seorang lelaki yang jujur, ikhlas, setia dan hormat akan perhubungan yang mereka bina. Apabila semua elemen ini bersatu tidak mustahil cinta yang akan dibina kekal sampai ke akhir hayat. “Ini pengajaran buat kita semua juga. Kita berhak berkawan seramai mana sekalipun tetapi harapannya cinta itu tetap pada yang satu. Kalau kita ingat perkara ini, insya-Allah perhubungan itu akan berjalan seperti yang diidamkan. “Selain itu antara jujur dan ikhlas pun ada beza. Kita boleh menzahirkan kejujuran tetapi nak cari yang benar-benar ikhlas itu susah. Kita tak boleh menebak keikhlasan seseorang kerana itu berkait dengan hati budinya. “Mungkin orang yang akan mencintai saya selepas ini perlu belajar menghargai saya sebab apa yang akan jadi selepas ini kita tak tahu. Kita boleh merancang tapi Allah juga yang menentukan. “Tapi apabila berlaku satu perkara saya selalu muhasabah diri dan bertanya mana silapnya. Mungkin juga ada perbuatan sendiri yang anggap betul tapi sebenarnya tidak," luah Almy.

Sandiwara cinta Gomez, Bieber

BERPISAH atau tidak? Itu persoalan yang kini ligat berlegar dalam fikiran peminat-peminat penyanyi sensasi Justin Bieber dan Selena Gomez. Ini kerana, pasangan yang telah mengumumkan perpisahan mereka beberapa bulan lalu ini telah ditangkap bercium baru-baru ini. Ciuman antara Gomez dan Bieber itu pula disifatkan sebagai bukan ciuman biasa, sebaliknya ciuman ghairah seperti pasangan yang sedang mabuk bercinta. Gomez dan Bieber 'ditangkap' bercium serta berpegangan tangan di Oslo, Norway. Ia juga merupakan satu kejutan kerana Gomez dikatakan sanggup 'terbang' ke Norway demi Bieber yang sedang menjalani siri konsert jelajahnya di sana. Gomez sebelum ini pernah menyatakan bahawa dia tidak akan kembali ke pangkuan penyanyi tersebut kerana letih dengan sikap keanak-anakkan Bieber. Selain itu, satu sumber lain pula mendakwa, Bieber telah meletakkan gambar Gomez pada paparan skrin telefon bimbitnya. Adakah ini membuktikan bahawa mereka telah kembali menjalin hubungan cinta, atau sebelum ini pasangan selebriti tersebut memang tidak pernah berpisah? Hanya Gomez dan Bieber sahaja yang tahu tentang sandiwara cinta mereka ini

Add caption

Qi Razali: Mahu Kahwin, Tetapi Perlu Adil Pada Nelydia Yang Masih Muda

Oleh kerana pasangan ini enggan melabelkan hubungan mereka sebagai bercinta, boleh sudah rasanya kita gelarkan mereka pasangan terbaru teman tapi mesra dalam dunia hiburan. Mengulas tentang status terbaru hubungan mereka, Qi Razali & Nelydia Senrose masing masing berkata yang mereka enggan menjadikan kisah cinta mereka menjadi perhatian masyarakat. “Kami tak mahu menjaja tentang hubungan ini kerana tak tahu apa yang akan terjadi di masa depan. Kalau tiada jodoh antara kami, nanti malu pula,” ujar Nelydia Senrose kepada portal GUA. Menariknya, pasangan ini agak terbuka apabila berbicara soal kahwin. Qi Razali berkata usia beliau kini sangat sesuai untuk berkahwin tetapi perlu juga memikirkan Nelydia Senrose yang masih muda. “Saya dah berusia 35 tahun. Sudah pasti saya ingin menamatkan zaman bujang secepatnya. Tapi saya harus berlaku adil pada Nelydia yang masih muda,” jelas Qi Razali yang tidak menolak jodoh awal. Nelydia Senrose yang di’minta mengulas tentang soal kahwin juga berkata yang beliau terbuka untuk berkahwin awal kerana percaya perkahwinan dapat mengajar erti Oleh kerana pasangan ini enggan melabelkan hubungan mereka sebagai bercinta, boleh sudah rasanya kita gelarkan mereka pasangan terbaru teman tapi mesra dalam dunia hiburan.
Mengulas tentang status terbaru hubungan mereka, Qi Razali & Nelydia Senrose masing masing berkata yang mereka enggan menjadikan kisah cinta mereka menjadi perhatian masyarakat.
“Kami tak mahu menjaja tentang hubungan ini kerana tak tahu apa yang akan terjadi di masa depan. Kalau tiada jodoh antara kami, nanti malu pula,” ujar Nelydia Senrose kepada portal GUA.
Menariknya, pasangan ini agak terbuka apabila berbicara soal kahwin. Qi Razali berkata usia beliau kini sangat sesuai untuk berkahwin tetapi perlu juga memikirkan Nelydia Senrose yang masih muda.
“Saya dah berusia 35 tahun. Sudah pasti saya ingin menamatkan zaman bujang secepatnya. Tapi saya harus berlaku adil pada Nelydia yang masih muda,” jelas Qi Razali yang tidak menolak jodoh awal.
Nelydia Senrose yang di’minta mengulas tentang soal kahwin juga berkata yang beliau terbuka untuk berkahwin awal kerana percaya perkahwinan dapat mengajar erti kehidupan.
 kerana pasangan ini enggan melabelkan hubungan mereka sebagai bercinta, boleh sudah rasanya kita gelarkan mereka pasangan terbaru teman tapi mesra dalam dunia hiburan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More