Sunday, 4 August 2013
Pelakon 80-an, Rosnah Mohd Noor Meninggal Dunia
Pelakon popular tahun 1980-an, Rosnah Mohd Noor meninggal dunia pada pukul 2.55 petang tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Beita itu dimaklumkan rakan Allahyarhamah, Zaridah Ishak.
“Rosnah sudah pun meninggal dunia pada pukul 2.55 petang tadi. Dan kini saya bersama keluarganya sibuk menguruskan jenazah. Buat masa ini kami belum pasti lokasi pengebumiannya.
“Kami sedang berbincang,” katanya lapor mStar Online.
Terdahulu, mStar Online pada 27 Februari lalu pernah melaporkan Rosnah dimasukkan ke HKL apabila tulang pada bahagian paha kirinya patah akibat kesan komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser payudara yang dihadapinya sebelum ini.
Allahyarhamah sering mendapatkan rawatan di HKL akibat penyakitnya itu.
Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, Rosnah telah berlakon beberapa buah filem antaranya Hantu Siang (1986), Di Ambang Kasih (1984), Aku Yang Berhormat (1983), Esok Untuk Siapa (1982) dan Ribut Di Hujung Senja (1982).
Hasil perkahwinannya dengan penyanyi dangdut Iwan, beliau dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Ramada Agus Putra, 24, Wan Shamira Puteri Octavia, 22, dan Wan Shahera Puteri Apreena, 20.
Wan Ramada sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina di Australia manakala anak bongsunya pula belajar di sebuah kolej swasta Kuala Lumpur.
Rosnah turut memiliki seorang cucu yang berusia setahun hasil perkahwinan anak keduanya.
(GAMBAR) Jenazah Anak Jutawan Kosmetik Selamat Dikebumi
Jenazah dua beradik anak pengasas produk kecantikan Vida Beauty yang terkorban dalam kebakaran di banglo di Meru Hill, Bandar Meru Raya, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, Ipoh kira-kira jam 10 pagi tadi.
Manakala, jenazah Mohamad Nor Syamil dibawa pulang dan dikebumikan di kampung keluarganya di Bota.
Mangsa adalah anak sulung dan kedua daripada empat beradik, anak Datuk Dr Hasmiza Othman yang turut dikenali sebagai Dr Vida.
Jenazah dikebumikan dalam satu kubur.
Sebelum itu, jenazah dua beradik terbabit disembahyangkan di rumah keluarga di Meru Hill, yang terletak bersebelahan banglo yang musnah dalam kebakaran malam tadi selepas ketiga-tiga mangsa selesai dibedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
(GAMBAR) Bila ‘Amoy’ Sindir Muslimah Yang Enggan Bertudung
Dalam keadaan sekarang di mana ramai orang Islam terikut-ikut cara bukan Islam termasuk mencacah tatoo dan membela anjing kerana hobi, ada pula individu bukan Islam bertindak sebaliknya.
Jika sebelum ini ada yang memilih untuk berpuasa bagi menyelami keadaan rakan-rakan muslim, kini ada seorang gadis Cina pula memakai tudung.
Apa yang menarik, gadis berkenaan menyatakan dia bertindak sebegitu untuk menunjukkan kepada perempuan Islam di luar sana betapa indahnya kalau bertudung.
Malah apabila ada yang rakannya memberi komen Islam itu ‘simple’ (tidak menyusahkan), gadis yang dikenali sebagai Yun ini menyatakan, ‘simple tu lah remaja Islam sekarang tak boleh nak ikut.’
Hmm, agak pahit kenyataan itu untuk dihadam oleh sesetengah perempuan Islam hari ini bukan?