Translate

Saturday, 29 June 2013

Keunikan Kaabah yang kita tidak tahu(best)




1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Nora Danish dan wawa zainal pakai gaun ketat


Gambar Nora Danish pakai gaun terlampau ketat di rumah terbuka David Teo 1
Penerbit terkenal, David Teo, 47,
telah mengadakan majlis rumah terbuka sambutan tahun baru
di rumah beliau. Ramai selebriti telah hadir ke rumah terbuka berkenaan seperti Wawa Zainal, Nora Danish, Farid Kamil dan beberapa yang lain.

Memang meriah sungguh sambutan itu, David Teo turut menyediakan Angpau kepada semua tetamu yang hadir. Apa yang paling menarik dalam gambar-gambar yang dipaparkan ialah penampilan Nora Danish yang Hot dan seksi. Beliau menggayakan gaun terlampau ketat yang menampakkan bentuk badannya yang lentik dan menggoda. Sejak akhir-akhir ini, Nora Danish semakin cantik dan seksi. Tengah cuba cari pasangan kot !!
Gambar Nora Danish pakai gaun terlampau ketat di rumah terbuka David Teo 7


(10Gambar) Pemerkosaan Beramai-Ramai Di Rakam




images
Macam-macam yang terjadi sekarang nie kan...ada sahaja kes pemerkosaan disana sini...samapai yang macam ini pun ada...



























RTM Tidak Pernah 'Gam' Ezany



Ezany Nizariff
KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak pernah menyenaraihitamkan pelakon Ezany Nazariff, 40, daripada membintangi sebarang drama terbitan stesen tersebut.
Pengarah Bahagian Program TV, Suhaimi Jamalim berkata, pihaknya tidak pernah mengamalkan budaya pemilihan artis mengikut kegemaran seperti dilakukan mana-mana stesen televisyen swasta.
"Itu hanya salah faham dan kami sudah jelaskan kepadanya ketika dia datang bersama Presiden Persatuan Karyawan, Datuk Freddie Fernandez awal minggu lalu.
"Dia perlu faham pemilihan pelakon dilakukan berdasarkan kesesuaian watak sesebuah drama. Dalam hal ini mungkin ada pelakon lain yang lebih layak," katanya ketika ditemui pada sidang media majlis Tayangan Program Istimewa Ramadan, di sini, Jumaat.
Suhaimi berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung dakwaan pelakon tersebut yang dikatakan telah disenaraihitamkan oleh RTM berikutan sebab-sebab tertentu.
Suhaimi Jamalim
Tambahnya, RTM sentiasa membuka peluang kepada artis baharu dan lama tanpa mengambil kira sebarang faktor.
"Kita tidak memilih artis tertentu atau popular untuk drama kita sebaliknya memberi laluan kepada semua artis untuk terus mengembangkan bakat mereka," ujarnya.
Sementara itu, sempena Ramadan kali ini RTM menyediakan pelbagai program menarik.
Selain mengekalkan program tahunan seperti Syahadah, Selera Rasa dan Program Jelajah Ramadan, pelbagai drama menarik bakal disiarkan sepanjang sebulan.
Antara drama istimewa adalah Ramadan Jangan Ambil Nyawaku, Calon Menantu danIlaika Yusuf.

    Hanny, Anak Julie Dahlan Nikah Adik Hattan


    Hanny.
    PETALING JAYA: Pelakon drama bersiri Roda-Roda KL iaitu Hanny mengakui mengambil masa hampir enam bulan sebelum menerima cinta bakal suaminya iaitu Shamsul Akmar Sahabudin, 33, sebagai bakal suami.
    Hanny atau nama sebenarnya Hani Nur Zara Harmi, 31, berkata, jangka masa itu diambil kerana tidak mahu terburu-buru menerima kehadiran lelaki lain dalam hidupnya ekoran kegagalan dalam hubungan sebelum ini.
    "Apabila Shamsul menyatakan hasratnya saya tidak terus bersetuju kerana tidak yakin dapat membina sebuah hubungan baru selepas putus tunang pada tahun 2011.
    "Tetapi berkat kesabaran dan kesungguhannya untuk berkawan dengan saya, saya telah terbuka hati untuk menerimanya," jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.
    Hanny yang merupakan anak kepada pelakon Julie Dahlan dan Shamsul, adik bongsu penyanyi Datuk Hattan bakal disatukan sebagai suami isteri pada Sabtu (hari ini) di Masjid Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur
    Majlis akad nikah pasangan ini akan berlangsung pada pukul 10 pagi.
    Majlis resepsi mereka akan diadakan di Sri Menanti, Negeri Sembilan pada 6 Julai depan.
    Dalam perkembangan sama, Hanny berkata, dia tertarik dengan Shamsul kerana sifat lelaki itu yang baik hati, romantik dan penyayang.
    Dia juga terharu dengan kesungguhan Shamsul memikat hatinya sebelum ini yang akhirnya menyatukan mereka sebagai suami isteri.
    "Sebenarnya saya sudah lama mengenali Shamsul sebagai seorang kawan dan sangat selesa dengannya. Selain itu ciri-ciri yang saya mahukan daripada seorang lelaki ada padanya dan beberapa perkara lain yang membuatkan kami serasi bersama," jelasnya.
    Malah ibunya, Julie Dahlan juga turut menyenangi dan merestui hubungan tersebut dan menjadi insan paling gembira apabila mereka mengambil keputusan untuk berkahwin.
    Dalam pada itu, Hanny berkata, persiapan majlis resepsi perkahwinannya telah pun siap dan dia memilih untuk mengadakan majlis berkenaan berkonsepkan tradisional.
    Tambah Hanny, dia juga bersyukur mendapat beberapa tajaan seperti daripada Sabbiq R Hanis untuk baju pengantin dan Touch Gallery yang menyediakan pelamin.
    "Saya sebenarnya tidak mempunyai konsep tertentu untuk majlis itu nanti namun tertarik dengan tema tradisional dan akan memakai persalinan dari kain songket pada hari persandingan nanti," katanya.
    Dalam perkembangan lain, Hanny berkata, selepas berkahwin dia akan meneruskan aktiviti lakonan seperti biasa namun akan lebih memilih terhadap watak yang diberikan sesuai dengan statusnya sebagai isteri orang.
    Selain itu katanya, dia juga akan memberikan tumpuan kepada kerja-kerja belakang tabir untuk menerbitkan drama terbaharu.
    Dia juga baru sahaja menyelesaikan dua projek iaitu drama PA I Love You untuk TVi danCinta Putri Salju (Astro Prima).
    "Saya tidak akan berhenti berlakon tetapi akan lebih memilih watak yang diberikan sesuai dengan status saya sebagai seorang isteri. Selain itu saya turut memberikan tumpuan kepada kerja-kerja penerbitan drama di bawah syarikat ibu saya," jelasnya.

    Friday, 28 June 2013

    Macam tak percaya plak cerita PANAS neh [BACA laa...]

    JENAYAH PEMERDAGANGAN ORANG KRITIKAL

    TERLEBIH dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang menerima dan sudi membaca warkah ini. Saya aktivis sosial yang sering membantu pekerja tempatan dan asing di Mahkamah Buruh dan Mahkamah Perhubungan Perusahaan, selain itu saya juga menjalankan penyelidikan dalam pemerdagangan orang melalui tenaga kerja.

    Disini ingin saya nyatakan kronologi kes yang dibawa di hadapan pekerja-pekerja migran dari berbagai Negara.

    Jenayah Pihak Polis: MANGSA 1

    1. Abdul Kader Jilani (mangsa) secara bersama dengan mangsa-mangsa yang lain yang juga adalah korban syarikat SNT Universal Corporation Sdn. Bhd. telah membuat laporan polis, ditipu serta paspot ditahan oleh syarikat SNT dan sebahagian paspot tak dapat dikesan dalam simpanan SNT.

    2. Semasa beliau dipanggil untuk rakaman percakapan beliau telah dikasari secara berbahasa, diherdik dan dimarah kerana membuat laporan polis No. Repot PUDU/10336/12 oleh ASP Azari Bin Miskon no. talipon 012-5015420.

    3. Pada masa yang sama mangsa terserempak dengan Babul @ Shahidul Islam Pengarah syarikat SNT Universal Corporation Sdn. Bhd. 'perpetrator' dan Babul menyatakan beliau mempunyai jutaan ringgit untuk sogok pihak polis. Seterusnya menyatakan bahawa beliau mendapat layanan baik dari ASP Azahari bukan seperti mangsa yang dikasari.

    4. Setelah mengetahui saya yang membantu, ASP Azahari mula berlembut dengan mangsa, seterusnya ASP Azahari meminta mangsa menarik balik laporan polis dan ASP Azahari berjanji akan mengatur kepulangan mangsa ke Negara asal.

    5. Mangsa menyatakan kepada ASP Azari, yang mangsa telah kerugian sebanyak RM 3,500.00 dan paspot mangsa masih ditahan oleh Babul.

    6. Mangsa juga menyatakan beliau datang ke Malaysia atas panggilan Jabatan Imigresen Malaysia melalui sebuah syarikat dan dijanjikan pekerjaan dengan gaji RM 1,500.00, malangnya sesampai mangsa di Malaysia tiada pekerjaan disediakan, dan kini mangsa berhutang sekitar RM 12,000.00 di Negara asal.
    7. ASP Azari berang dengan mangsa dan mengancam mangsa jika mangsa enggan mengikuti nasihat yang diusulkan mangsa akan ditangkap dan dipenjara dan dideportasi.

    8. Mangsa menyatakan kenapa sebagai mangsa penipuan dianiaya, dan bertanya dalam permasaalahan ini siapa yang salah adakah mangsa atau Babul.

    9. Pada 24 Januari 2013 mangsa diminta datang oleh ASP Azahari untuk memberi rakaman percakapan, malangnya tiada rakaman percakapan dilakukan malah ASP Azari memberi amaran keras kepada mangsa, dan seterusnya mengarahkan mangsa datang pada 31 Januari 2013.

    10. Pada 30 Januari 2013 jam 8.00 mlm mangsa berjumpa dengan saya dan menyatakan beliau ketakutan dan mengesyaki bahawa ASP Azari telah menerima sogokkan dari Babul.

    11. Saya menasihatkan mangsa supaya jangan takut kerana undang-undang itu diciptakan untuk keadilan dan sarankan mangsa pergi tunaikan temujanji.

    12. Pada 31 Januari 2013 jam 10.00 pagi mangsa datang untuk temujanji, disini mangsa yang dihantar oleh rakan-rakan terkejut melihat Babul dan ASP Azahari berbincang.

    13. Semasa Babul keluar dari pejabat ASP Azahari, beliau senyum dan memaklumkan kepada rakan-rakan mangsa bahawa mangsa kini ditahan dan akan dipenjarakan dan seterusnya akan dideportasi.

    14. Pada hari yang sama 31 Januari 2013 isteri Babul, Nilima Islam menalipon beberapa rakan-rakan mangsa dan menyatakan bahawa DPP pun telah disogok melalui ASP Azari, seterusnya mengancam mangsa-mangsa lain.

    15. Saya cuba hubungi ASP Azari tetapi pejabat beliau menyatakan bahawa ASP Azari tidak bekerja dan bercuti sehingga hari Isnin 4 Februari 2013.

    Jenayah Jabatan Imigresen dan Jabatan Peguam Negara

    16. Pada 5 Februari 2013 saya mendapat panggilan dari pihak Imigresen bahawa mangsa Abdul Kader Jilani (mangsa) diarahkan oleh TPR Ishak Yusof dari Jabatan Peguam Negara Putrajaya untuk dideportasi.

    17. Saya bantah dan memaklumkan kepada pegawai tersebut bagaimana mangsa diarahkan untuk deportasi sedangkan wang ditipu dan paspot ditahan oleh Babul, pegawai tersebut menyatakan ini adalah arahan TPR.

    18. Pada masa yang sama saya menyatakan kenapa pihak Imigresen tidak menyiasat syarikat SNT sedangkan ianya telah diperpanjangkan ke Jabatan Imigresen.

    19. Saya juga telah memaklumkan kepada TPR Tuan Ishak Yusof melalui emel dan mohon pertimbangan beliau dan diperpanjangkan kepada Pengarah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara.

    MANGSA 2 :

    20. Seterusnya pada 17 Jun 2013 Salam Molla yang juga pengadu dalam laporan polis yang tersebut diatas telah ditangkap oleh Sjn. Ling Ting Kok No. I/C polis R 103662.

    21. Mangsa telah menunjukkan segala dokumen kepada Sjn. Ling, malangnya Sjn. Ling enggan mendengar penjelasan dan melihat segala dokumen yang ada pada mangsa.

    22. Salah seorang anggota kumpulan Sjn. Ling menyatakan ianya boleh diurus jika ada wang.

    22. Saya datang ketempat kejadian dan merakam gambar mangsa yang ditangkap.

    23. Tanpa saya sedari talipon bimbit saya yang merakam dirampas oleh Sjn. Ling dan saya terus digari.

    24. Salah seorang anggota telah memeriksa poket dan merampas talipon bimbit kedua saya.

    25. Pada 26 Jun 2013 jam 12.09 pm saya menerima panggilan dari rakan mangsa bahawa mangsa akan didakwa dimahkamah atas kesalahan Imigresen.

    Rumusan

    Pihak-pihak yang terlibat di atas, kesemuanya dengan penuh pengetahuan dalam pemerdangan orang melalui tenaga kerja dan dengan penuh pengetahuan juga melindungi penjenayah penjenayah ini.

    Disini saya merayu kepada YB-YB yang baru dipilih bertanggungjawab melindungi Keselamatan dan Ekonomi Negara, yang mana Negara telah dirugikan dalam putaran ekonomi yang jumlahnya berpuluh-puluh Billion USD.

    Sikap yang ditunjukkan oleh penjawat-penjawat awam nampaknya mereka kebulur kepada benda-benda yang haram.

    Untuk makluman saya telah membuat laporan kepada SPRM, malangnya saya dimaklumkan bahawa aduan dan laporan saya tidak boleh disiasat dan perlu dibawa kepada Jawatankuasa Siasatan.


    SPRM juga menyatakan bahawa pihaknya didalam Akta SPRM tidak ada peruntukkan dan kuasa untuk soal siasat orang-orang yang dilapor yang disyaki salahguna kuasa dan melakukan jenayah rasuah.

    Seterusnya saya berjumpa dan bersemuka dengan Ketua Polis Negara dan menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan tetapi malang juga kapada Rakyat Malaysia tiada tindakan jua.

    Sekian terima kasih kepada yang sudi membaca warkah ini.

    Salam Hormat,

    ABDUL AZIZ ISMAIL
    AJK Badan Bertindak Majlis Anti Pemerdangangan Manusia Selangor
    Pegawai Kongres Am MTUC

    (Nota: Mangsa-mangsa di atas adalah contoh kepada sekitar 200,000 mangsa yang dilaporkan. Untuk lebih lanjut sila rujuk kepada US TIP Report 2013.)

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Share

    Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More