Translate

Thursday, 6 June 2013

Bayi Lahir Dalam Ketuban Yang Belum Pecah



Bayi Lahir Dalam Ketuban Yang Belum Pecah
Seorang doktor menceritakan pengalaman beliau menyambut bayi yang dilahirkan dengan ketubannya masih belum pecah.

Pakar obstetrik Dr Aris Tsigris menyiarkan gambar bayi yang baru lahir itu dalam laman Facebooknya selepas menyambut kelahirannya menerusi pembedahan caesarean di Amarousion, utara Athens.

Kerana ketuban itu tidak pecah, Tsigris berkata, bayi itu tidak menyedari ia dilahirkan dan bersikap seperti masih di dalam rahim ibunya, Ketuban ialah kantung berisi cecair di dalam rahim tempat bayi yang belum dilahirkan membesar. Ia juga disebut sebagai membran 
kerana ketuban itu terdiri daripada dua membran yang dikenali sebagai amnion dan 
chorion. Ia dipenuhi dengan cecair pudar dan jernih, tempat bayi belum lahir terapung 
dan bergerak.

Cecair itu bertindak sebagai pengalas, melindungi embrio daripada hentakan dan cedera di samping membekalkannya cecair yang membolehkan mereka bernafas dan telan. 
Ia juga mengekalkan suhu bayi dalam dalam kandungan.

Cecair amnion sebahagian besarnya ialah air, tetapi selepas 10 minggu kanak-kanak itu mengeluarkan sejumlah kecil air kencing ke dalam cecair itu.

Tragedi Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh



Tragedi Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh


4 maut tragedi runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang


Empat orang mangsa dipercayai tertimbus dalam  runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang malam tadi.

Jurucakap polis berkata, runtuhan itu juga mengakibatkan laluan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu 
itu ditutup untuk semua kenderaan.

Menurutnya, sebuah kenderaan dihempap runtuhan jambatan tersebut dan maklumat awal mengatakan keempat-empat mangsa yang berada di dalam kenderaan tersebut meninggal dunia.

"Konkrit yang runtuh adalah struktur jalan jejambat masuk ke jambatan dari laluan Batu Maung yang mana antara dua bim jambatan runtuh dengan menghempap kereta yang melalui jalan pada bahagian bawah," katanya.

Polis mengesahkan menerima aduan daripada dua pengadu pada jam 7.05 malam di Bilik Gerakan 999 
Ibu Pejabat Polis (IPD) Barat Daya.

Balai polis bergerak kini ditempatkan di lokasi kejadian.

Mayat ditemui dalam runtuhan jambatan di P.Pinang (10 Gambar)




BATU MAUNG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Pulau Pinang mengesahkan satu mayat telah ditemui di tempat kejadian runtuh struktur jambatan kedua Pulau Pinang.

Satu bahagian struktur itu yang masih dalam pembinaan telah runtuh kira-kira jam 7 malam tadi. Kejadian berlaku di kawasan darat di sekitar Batu Maung.


Menurut Penolong Pesuruhjaya Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohamad Shoki Hamzah, pihak bomba telah menggunakan kamera khas sebelum dapat menemui mayat tersebut.

"Kita mungkin memerlukan kira-kira dua jam atau lebih untuk mengeluarkannya," kata Mohamad Shoki. Beliau juga menafikan laporan awal yang menyatakan empat orang telah disahkan mati.

Sebelum ini, sebatang konkrit seberat lebih 1,000 tan serta berukuran 30 meter telah jatuh terhempap ke tanah.

Akibat runtuhan, sekurang-kurangnya sebuah kereta iaitu Perodua Kelisa telah disahkan tertimbus, namun masih tidak diketahui terdapat berapa mangsa yang terperangkap.

Sebuah kren juga digunakan bagi mengangkat batang konkrit tersebut.









Gambar & Video Jambatan Ke-2 Pulau Pinang Runtuh-Mayat Ditemui


Terkini-Mayat ditemui di runtuhan Jambatan ke-2 P.Pinang 
Jalan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang berhadapan dengan kilang Motorola di sini runtuh kira-kira jam 7.15 malam tadi.

Menurut jurucakap Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), runtuhan berkenaan adalah sebahagian daripada ‘ramp’ di bawah kerja-kerja pembinaan pakej 3A yang sedang giat dijalankan.

Beliau berkata, siasatan lanjut berkenaan punca kejadian sedang dijalankan dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan esok.



Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Pulau Pinang mengesahkan satu mayat telah ditemui di tempat kejadian runtuh struktur jambatan kedua Pulau Pinang.

Satu bahagian struktur itu yang masih dalam pembinaan telah runtuh kira-kira jam 7 malam tadi. Kejadian berlaku di kawasan darat di sekitar Batu Maung.

Menurut Penolong Pesuruhjaya Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohamad Shoki Hamzah, pihak bomba telah menggunakan kamera khas sebelum dapat menemui mayat tersebut.

"Kita mungkin memerlukan kira-kira dua jam atau lebih untuk mengeluarkannya," kata Mohamad Shoki. Beliau juga menafikan laporan awal yang menyatakan empat orang telah disahkan mati.

Sebelum ini, sebatang konkrit seberat lebih 1,000 tan serta berukuran 30 meter telah jatuh terhempap ke tanah.

Akibat runtuhan, sekurang-kurangnya sebuah kereta iaitu Perodua Kelisa telah disahkan tertimbus, namun masih tidak diketahui terdapat berapa mangsa yang terperangkap.

Sebuah kren juga digunakan bagi mengangkat batang konkrit tersebut.


Projek pembinaan jambatan kedua itu dilancarkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008 dan kerja-kerja pembinaan dimulakan pada 3 Mac 2009. Ketika ini sebanyak 94 peratus kerja-kerja pembinaan berjaya dilaksanakan.

Pada 30 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi pemimpin pertama negara yang menggunakan laluan Jambatan Kedua Pulau Pinang sepanjang 24 kilometer dari bahagian pulau ke tanah besar untuk ke satu majlis di Kepala Batas, Seberang Perai.

Jambatan kedua Pulau Pinang ialah jambatan terpanjang di Asia Tenggara yang dibina bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Jambatan Pulau Pinang dengan kos RM4.5 bilion.

2 Gambar Kereta Perodua Kelisa Dihempap Runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang


Anggota bomba dan penyelamat meneruskan kerja untuk mengeluarkan mangsa 
yang terperangkap dalam runtuhan struktur penyambung antara Jambatan Kedua 
Pulau Pinang dengan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Batu Maung, dekat sini.

 Mangsa yang menaiki kereta dipercayai jenis Perodua Kelisa maut selepas di
hempap runtuhan struktur Jambatan Kedua Pulau Pinang di Jalan Batu Maung
dalam kejadian petang semalam.

 Keadaan sebuah kereta dipercayai jenis Perodua Kelisa remuk selepas di
hempap runtuhan struktur Jambatan Kedua Pulau Pinang di Jalan Batu Maung
dalam kejadian petang semalam.
Polis mengesahkan empat mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Kelisa maut dihempap runtuhan sebahagian rangka susur masuk Jambatan Kedua Pulau Pinang 
di sini, semalam.

Sehingga jam 5.30 pagi tadi, mangsa yang disahkan terperangkap dalam sebuah kereta dipercayai Perodua Kelisa masih belum dapat dikeluarkan dari runtuhan terbabit.

Ia kerana anggota bomba dan penyelamat menghadapi kesukaran untuk mengalihkan bebanan seberat kira-kira 200 tan yang menghempap kawasan jalan raya sepanjang 
50 meter.

Kren seberat 300 tan yang tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 11.30 malam semalam digunakan dalam operasi yang diserta 110 anggota bomba dan penyelamat itu.



Melissa Gooi dan Gengnya Yang Hina Agong


Melissa Gooi dan Gengnya Yang Hina Agong - Wanita yang bersorok disebalik identiti 
Melissa Gooi di akaun facebook miliknya kini ditahan polis kerana didakwa menghina agung 
melalui wall facebook.
melissa
Selain Melissa,rakannya seramai 3 orang lagi iaitu Weennee Tan, Shuh Chien Loo, Hun Keat Wong 
dan Carol Tay untuk membantu siasatan kes menghina agong di status facebook.Mereka diburu polis 
kerana menjadi pengomen “setia” status terbabit.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),wanita  yang menggunakan 
indentiti Melissa Gooi menyembunyikan diri setelah identitinya didedahkan di beberapa buah blog.

(Gambar)Amar Asyraf Dan Tunang Bakal Kahwin Hujung Minggu Ni


Gambar Amar Asyraf dan Tunang – Hari ini Amar Asyraf telah berkongsi isi hatinya 
dengan peminat.Beliau bakal menamatkan zaman bujangnya hujung minggu ini dengan
gadis pilihan hati berasal dari Pahang.Jelas nampak gembira di hati Amar dengan status twitter yang di tweetnya.
gambar kahwin amar asyraf
Hye semua..how are you guys? Hope u all enjoy ur life..me too..right now im going through a very important phase of my life, and i am enjoying it! #AMAzing Team, Nana, Kak Sofie, imran, Afnan, Dya, are doing a great job for me, my career are doing well, eventhough not drastically, but im doing well to get to the top. And i have my #AMAzing to support me .
For my friend Marina, Azlin, Amani, Aishah hoo, Apie, Naque, Yusmar, Adika,Kirin, Asri , Ajib, and many more , tq for always believe in me! We will make things happen and make theatre as an industry! Not just that, the one who gave me all the energy to get me going all this time, is always there for me! She who never let me slip away with the current, are my backbone for this 2 years and will be for all my life!
I always knew that she is the one. And this week ill be her husband! I will take the responsiblity for all her action starting this weekend. And i cant wait for that. I am ready. I know i am. For we are meant to be with each other. I love u! Im wishing myself a wonderful wedding! I hope u guys can wish us too! Im gonna be a husband!
Wow hebat status beliau.Marilah kita sama-sama mendoakan kebahagian Amar dan bakal isterinya di hujung minggu ini.Semoga majlis perkahwinan Amar berjalan lancar.Nak juga saya nengok gambar majlis perkahwinan Amar nanti :)
Oh ya selain Amar Asyraf,Izzue Islam juga telah selamat menjadi seorang suami :)

(Gambar)Jambatan Pulau Pinang Runtuh – 4 Nyawa Terkorban

Gambar jambatan Pulau Pinang Runtuh 6 Jun 2013 – 

Pada jam 7.15 pagi tadi jambatan Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan 
dikatakan runtuh.Difahamkan mangsa yang terkorban setakat ini adalah seramai 
4 orang namun masih belum disahkan.
 photo 983717_541551352557849_754769787_n.jpg
 photo gambarjambatanpulaupinangrutuh.jpg


 photo jambatanppinangruntuh.jpg
 photo jambatanppinangruntuh2.jpg

Wednesday, 5 June 2013

Wanita dulu dan hari ini


Sejenak bersama saya Lihat dan fikirkan gambar-gambar dibawah.
Pesta hari jadi
Kegiatan hari cuti
first Women’s World Cup
health and medical 
After the liberation of France in 1944 thousands of young women were punished 
for having affairs with the German soldiers and officers. The punishment of shaving 
a woman's head and beating were some of the most common punishments.

The plane lost altitude


Passengers on a recent Singapore Airlines flight were left surrounded by a chaotic 
mess after their flight fell 20 metres when it hit severe turbulence.A total of 11 passengers 
and one crew member were injured on flight SQ308 from Singapore to London last Sunday.
Anything that wasn't tied down hit the ceiling when the plane lost altitude
The cabin crew and passengers were 'amazing' in the aftermath, as 'a calm and efficient 
clean-up' was underway
A total of 11 passengers and one crew member were injured on the flight
Coffee can be seen on the ceiling of the Singapore to Heathrow flight following the turbulence
Flight attendants were told to immediately take their seats just before the aircraft hit the 
turbulence

Murid dan sungai


As almost 21million pupils in the Philippines trooped to school for the first day of 
term today, some had to go to more extreme lengths to get to class on time. Filipino 
youngsters travelled on a bamboo raft to get to school in a remote village in Rizal 
province, east of Manila. The students had to cross a river on route to school and 
they hitched a ride on the thin makeshift raft.

Lain dibibir lain dihati


Kecantikan wanita terletak pada besarnya bibir.Bagi kita nampak sakit dan berat bibir tapi 
bagi wanita  tidak ada masalah.Kata Melayu lama"Yang merah itu saga"

Pencuri dan rambutnya


Shoplifter spotted shoving clothes in her bag gets all her hair cut off by shopkeeper 
who spotted her Lu Sun, 32, had lost hundreds of pounds worth of goods from thefts 
at her store at a shopping centre in Wenzhou, China, so decided to keep a close 
watch on Li Wu when she saw her acting suspiciously.
Chinese shopkeeper Lu Sun was so fed up with losing stock from her store to 
thieves that she decided to teach Li Wu (pictured) a lesson by pinning her down 
and cutting her hair off
Rambutnya sudah dipotong
Lu Sun was helped by a fellow shopkeeper as she pinned the shoplifter down 
and hacked off her hair

Foto: Maya Karin Akui Sedang Kenali Rapat Jejaka Luar Negara




Maya Karin Roelcke, 33, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi sebagai pelakon, penyanyi dan pengacara terkenal tanah air. Setelah sembilan tahun beliau tidak bergiat aktif dalam bidang seni suara, terkini wanita berdarah campuran Jerman-Melayu ini kembali dengan single terbaru berjudul Bintang Syurga. Sebuah lagu yang mengisahkan tentang hati yang bebas daripada perkara cinta yang merumitkan jiwa.
Sebaik selepas pihak media diperdengarkan lagu tersebut, figura berusia 33 tahun ni memberitahu Bintang Syurga bukanlah hanya lagu yang mengisahkan pengalamannya sahaja. Malah Maya percaya ‘cerita’ dalam lagu ciptaan sepenuh komposer Omar K. dan Audi Mok itu juga pernah dilalui oleh ramai orang.
“Lagu ni bukan untuk seseorang. Ia mungkin juga pernah dilalui oleh ramai orang. Bukan hanya saya saja. Ala, biasa lah bila kita kenal dan baru nak suka pada si A, tentu kita pernah keluar dating dengannya. Tapi hubungan tu tak berpanjangan. Kemudian kita jumpa pula dengan si B pula dan kita juga keluar dating dengannya dan hubungan tu pun tak menjadi, lebih kurang macam tu lah”, katanya kepada.
Maya ditemui pada satu majlis khas, Maya Karin Bersama Media bertempat di hotel Palace Golden Horses, Sri Kembangan, petang semalam. Terlanjur menyebut tentang hubungan cinta, seperti dapat mengagak soalan yang hendak diajukan padanya, Maya pantas mengesahkan dirinya masih solo. Namun beliau membuat pengakuan yang ketika ini dirinya sedang berkawan dengan seorang jejaka dari luar negara.
Masih terlalu awal untuk becerita banyak, kerana kata Maya buat masa ini dia belum pasti sama ada mahu membawa hubungan itu ke tahap lebih serius atau tida. Ini kerana pengalaman pernah melalui hubungan cinta jarak jauh satu ketika dulu banyak mengajarnya lebih berhati-hati dalam membuat keputusan.
“Saya sekarang sedang mengenali seseorang. Sedang berkawan. Dah lama juga kenal. Tapi dia duduk jauh. Jauh beribu-ribu batu. Sebenarnya saya masih lagi sedang fikir tentang sama ada nak jadikan hubungan ini serius atau tidak. Saya go with the flow. Kalau jadi, jadi lah. Kalau tak jadi, tak apa”, katanya yang mendambakan seorang lelaki yang cerdik, menghormati, berdikari disamping mestilah seorang sukakan adventure sepertinya dirinya.
Maya sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama jejaka Inggeris iaitu Muhammad Ali atau nama sebenarnya Steven David Shorthose pada 16 Ogos 2008 namun pasangan itu bercerai pada Julai 2010.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More