Translate

Saturday, 22 June 2013

Seorang lelaki mempunyai koleksi kereta mainan menyamai harga Ferrari


Daily Mail

LONDON - Seorang lelaki Britain mempunyai koleksi kereta mainan Dinky yang menyamai sebuah kereta Ferrari berharga £100,000 (RM496,525), lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.

Dia telah mengumpul kereta mainan itu sejak 60 tahun lalu.

Semua koleksi kereta mainan Dinky yang dikumpulkan itu masih berada dalam keadaan baik di dalam kotak asalnya.


Keseluruhan koleksi kereta mainan itu akan dilelong pada harga bermula dari £100,000 (RM496,525).

Koleksi-koleksi tersebut yang terdiri daripada kereta, trak dan treler mainan Dinky itu di simpan di dalam 80 buah kotak.

Pemilik koleksi tersebut yang mahu identitinya dirahsiakan mula mengumpul kereta permainan itu sejak dari zaman kanak-kanak lagi.


Koleksi itu akan dijual oleh firma lelongan Vectis Auctions, pada 11 Julai depan.

Seorang kakitangan firma Vectis, Nick Letherbarrow berkata, koleksi seperti itu amat jarang didapati.

"Ia merupakan satu koleksi antara yang terbaik dan mengambil masa yang lama untuk dikumpulkan," katanya. - Agensi

Aksi jijik guru dengan pelajar dimuat naik di internet


Gambar hiasan
Guru terkenal dengan sifat mulia dan dipenuhi dengan nilai-nilai murni sebagai pendidik. Namun, sebaliknya pula berlaku di sebuah hotel di Birmingham, apabila seorang murid berusia 15 tahun diajak melakukan seks dengan gurunya sendiri berusia 63 tahun.

Tidak cukup dengan itu, guru terbabit dikenali sebagai William Hanna turut mengajak teman wanitanya, Diane Whitehouse, 58, untuk bersama dengan mereka dan menikmati ‘permainan’ terbabit. Tambah menjijikkan, Diane diminta oleh Hanna untuk merakamkan aksi seks guru terbabit dengan gadis berusia 15 tahun sebelum memuat naik rakaman terbabit di Internet.

Kedua-dua suspek yang didakwa merogol dan melakukan seks dengan gadis bawah umur kini dikenakan hukuman penjara enam tahun. Kejadian yang berlaku pada 2010 itu disedari oleh ibu mangsa apabila beberapa gambar dan video pendek yang didakwa anaknya tersebar di Internet.

Menurut ibu mangsa yang enggan dikenali, pada mulanya dia melihat beberapa rakaman pendek seks video yang dikatakan membabitkan anaknya. Tidak lama selepas itu, dia yang memantau Facebook milik anaknya terkejut apabila mangsa dihubungi oleh seorang lelaki berusia 47 tahun.


“Mesej terbabit berbaur lucah. Malah, beberapa keping gambar mereka melakukan seks juga dikirim oleh lelaki itu yang dikenali sebagai Ian McGlasson.


“Sejak itu, saya mula mengetahui mengenai perkara terkutuk yang dilakukan mereka. Selama berbulan-bulan saya dihantui dengan pelbagai gambar dan video terbabit.

“Ketiga-tiga suspek dikatakan berada di dalam bilik hotel yang sama dan mengadakan hubungan seks dengan anak saya. Sepatutnya, mereka yang berusia hampir sama dengan saya dan layak digelar ibu dan bapa menjaga anak saya. Namun sebaliknya pula berlaku. Tambahan pula, suspek utama, Hanna adalah seorang pendidik. Ini tidak seharusnya berlaku. Ini adalah perbuatan yang cukup keji,” katanya.

Peguam bela kepada mangsa, Nicholas Cartwright berkata, kejadian terbabit berlaku di Etap Hotel, Birmingham. Menurutnya, hakim sudah menjatuhkan hukuman penjara kepada ketiga-tiga suspek.

“Identiti mangsa tidak didedahkan kerana faktor keselamatan. Bagaimanapun, ini bukan satu perkara yang harus didiamkan. Suspek utama, Hanna dikatakan membawa mangsa ke sebuah hotel sebelum menjemput teman wanita dan seorang rakannya.

“Mereka kemudiannya melakukan seks dengan gadis terbabit. Walaupun pada mulanya dikatakan mangsa rela diperlakukan sebegitu, namun mangsa adalah gadis bawah umur dan dia tidak tahu apa-apa. Mungkin juga kerana didorong perasaan takut, dia merelakannya.

“Suspek utama iaitu seorang guru dikatakan akan pencen tidak lama lagi. Walaupun mangsa bukan salah seorang pelajar di sekolahnya, iaitu di Sekolah Tinggi Komuniti Frankley, Birmingham, suspek tetap bersalah dan memberikan contoh yang cukup keji kepada kanak-kanak itu,” katanya.

Hakim Mahkamah Tinggi Birmingham, Patrick Thomas berkata, guru terbabit dan rakannya tidak sepatutnya mengambil kesempatan ke atas kenaifan mangsa. Suspek secara langsung sudah merosakkan gadis terbabit dan memberikan pengalaman buruk kepada mangsa ketika mangsa masih lagi kecil.

“Kamu (suspek) melayan gadis ini sebagai salah seorang hamba seks dan ia tidak sepatutnya berlaku. Dia bukanlah seorang gadis bermasalah atau memerlukan perlindungan daripada kamu tetapi kamu menggunakannya sebagai individu yang boleh kamu perlakukan sesuka hati.

“Secara sengaja, kamu membawa gadis ini ke dalam kancah seks sekali gus boleh merosakkan masa depannya. Bayangkan kalau mangsa menjadi ketagih terhadap seks, apakah yang akan terjadi kepadanya nanti?

“Menyentuh mengenai rakaman video itu pula, saya pasti ramai yang sudah menontonnya. Malah, mangsa juga tahu ada beberapa orang yang dikenalinya juga sudah menonton video terbabit. Apakah perasaan gadis ini sekarang? Moral dan maruahnya sudah tercalar gara-gara perbuatan kamu,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Sekolah Tinggi Komuniti Frankley, Birmingham berkata, suspek ditahan polis pada November 2011 dan dia digantung daripada mengajar di sekolah terbabit serta-merta.

“Dia memalukan sekolah ini. Sebagai seorang guru veteran, dia seharusnya menunjukkan contoh yang baik dan bukannya merosakkan moral gadis sebagai dengan anak muridnya,” katanya.


INFO:

Suspek: William Hanna, 63, Diane Whitehouse, 58, dan Ian McGlasson, 47
Lokasi kejadian: Birmingham, England
Mangsa: Seorang gadis (pelajar) berusia 15 tahun

Fakta Jenayah: William Hanna mengajak seorang gadis berusia 15 tahun melakukan seks dengannya di sebuah hotel. Kemudian, dia turut mengajak teman wanitanya, Diane Whitehouse, 58, dan rakannya, Ian McGlasson, 47, untuk menyertainya. Diane merakamkan aksi seks terbabit sebelum memuat naik rakaman terbabit di Internet.

Fakta Kes: Suspek dihadapkan ke Mahkamah Birmingham selepas ibu mangsa terlihat video aksi seks membabitkan anaknya di Internet. Dia juga terkejut apabila seorang lelaki berusia 47 tahun menghantar mesej di Facebook milik anaknya dengan perkataan berbaur lucah dan mengaku sebagai teman lelakinya. Ibu mangsa akhirnya mendapatkan penjelasan daripada anaknya dan kemudian membuat laporan polis.

MyMetro

Superkomputer China lebih pantas berbanding AS

CHINA sekali lagi mengatasi negara Barat khasnya Amerika Syarikat (AS) dengan membina superkomputer terpantas dunia.

Tianhe-2 yang bermaksud Bima Sakti2, dilaporkan dua kali ganda pantas daripada rekod sebelum ini iaitu lebih 338 juta berbanding komputer biasa.

Superkomputer ini dibangunkan sepasukan pakar dari Universiti Teknologi Pertahanan di bandar Changsha, sekali gus berkemampuan pengkomputeran berterusan sebanyak 33.86 petaflops sesaat.

"Ia bersamaan pengiraan 33.860 trilion sesaat dengan jumlah purata berfungsi sekitar 100 juta sesaat," kata salah seorang pencipta Tianhe-2.

Lapor majalah Top500, China kini berada di kedudukan teratas mendahului AS selain Jepun menduduki tempat keempat. - MailOnline



Sinar Harian

Pelajar Malaysia, Mangsa Kemalangan Di Jordan

Kementerian Pendidikan Malaysia ingin memaklumkan berhubung kemalangan yang melibatkan lima (5) orang pelajar Malaysia di Jordan. Pada 21 Jun 2013 (Jumaat), antara jam 5.00 - 6.00 petang (waktu Jordan) sebuah kenderaan jenis pacuan 4 roda yang dinaiki oleh lima (5) orang pelajar Malaysia telah terbabas dan terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah kira-kira 320 KM dari Amman, Jordan.

gambar kemalangan rakyat malaysia di jorda, rakyat malaysia kemalangan di jordan, rakyat malaysia kemalangan, pelajar malaysia kemalangan di jordan

Pelajar yang terlibat dalam kemalangan tersebut adalah Sumaiyah Binti Romli, pelajar tahun satu dalam bidang astronomi fizik di Universiti Kolej London, tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam, Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin pelajar tahun tiga dalam bidang ekonomi dan perbankan islam di Universiti Yarmouk, tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam, Nur Ili Dayana Binti Mazlan @ Masgelan pelajar tahun empat di London School of Economy tajaan Bank Negara Malaysia, Mohamad Shukri Bin Alias pelajar tahun tiga dalam bidang pengajian islam di Universiti Yarmouk dan Humairak Binti Ibrahim pelajar tahun tiga dalam bidang ekonomi dan perbankan islam di Universiti Yarmouk.

Dalam kemalangan tersebut, seorang pelajar iaitu Sumaiyah Binti Romli meninggal dunia manakala empat orang yang lain cedera. Kesemua mangsa kemalangan telah dibawa ke Hospital Queen Rania Abdullah, Petra, Jordan. Pejabat Education Malaysia Jordan dan Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (JPA) telah memeriksa keadaan semua mangsa dan dalam proses menguruskan jenazah dan mangsa yang terlibat. Keluarga mangsa yang meninggal dunia telahpun dimaklumkan. -SINARHARIAN


Sumber - http://www.akupunyer.com/2013/06/pelajar-malaysia-mangsa-kemalangan-di.html#ixzz2X0gGEkTl

Baru! Pasir Gudang Pula Diparas Bahaya

Siang tadi Muar telah mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) di paras bahaya, melebihi 300, dan terkini Pasir Gudang pula dilapor mempunyai IPU ditahap bahaya.

gambar jerebu di muar johor, gambar jerebu johor, gambar jerebu muar, muar jerebu, pasir gudang dalam bahaya, jerebu di pasir gudang pula

Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pasir Gudang mencatat bacaan IPU 333 pada 5 petang berbanding IPU 199 pukul 11 pagi tadi.
  
Sebagai info, bacaan IPU melebihi 300 adalah dikategorikan sebagai amat bahaya.

Kota Tinggi terus mengekalkan bacaan indeks udara yang sangat tidak sihat apabila mencatat IPU 291 pukul 5 petang tadi berbanding 232 pada 11 pagi, demikian menurut statistik IPU yang dikeluarkan JAS melalui laman sesawang www.doe.gov.my

Baca Juga: 8 Gambar Jerebu Di Muar 20 Jun 2013, Ditahap Bahaya
  
Sementara itu, keadaan udara di Larkin Lama yang tidak sihat pagi tadi bertukar menjadi sangat tidak sihat petang ini apabila bacaan IPUnya meningkat daripada 181 kepada 219.

Dua lagi kawasan yang mencatat peningkatan IPU ialah bandaraya Melaka dan Bukit Rambai.
  
IPU yang dicatat bandaraya Melaka ialah 150 pada 5 petang berbanding 137 pada sebelah pagi sementara Bukit Rambai mencatat IPU 129 pada sebelah petang berbanding 119 pukul 11 pagi tadi.
  
Pada 11 pagi, Muar mencatat bacaan IPU pada tahap bahaya iaitu 383 dan ini menyebabkan 211 sekolah di daerah berkenaan diarah bercuti selama dua hari mulai hari ini.
  
Bagaimanapun, setakat 8 malam ini, bacaan IPU di Muar pada 5 petang belum dikemas kini oleh laman sesawang JAS.
  
Pencemaran udara di negara ini dipercayai berpunca daripada pembakaran hutan di negara jiran. -SINARHARIAN


Sumber - http://www.akupunyer.com/2013/06/baru-pasir-gudang-pula-diparas-bahaya.html#ixzz2X0fLFSM3

Terkini: 7 Gambar Jerebu Di Muar 20 Jun, Ditahap Bahaya


Bacaan IPU di kawasan Muar mencatat bacaan 337 iaitu paras paling berbahaya dan boleh memudaratkan kesihatan. Sehubungan itu, kebanyakan sekolah telah diarahkan untuk ditutup sementara sehinggalah jerebu kembali pulih.


gambar jerebu di muar, keadaan jerebu di muar 20 jun, gambar jerebu diparas bahaya muar, muar dalam bahaya, jerebu semakin terik di muar, gambar jerebu di muar johor 20 jun



Bacaan Terkini Daerah Muar

NEGERI      KAWASAN         BACAAN IPU
Johor            Kota Tinggi             211*
Johor            Larkin Lama           171*
Johor            Muar                        337*
Johor            Pasir Gudang        190*
Melaka         Bandaraya Melaka 134*
Melaka         Bukit Rambai          117*


gambar jerebu di muar, keadaan jerebu di muar 20 jun, gambar jerebu diparas bahaya muar, muar dalam bahaya, jerebu semakin terik di muar, gambar jerebu di muar johor 20 jun


Rujukan Bacaan

IPU             Status   
0-50          Good
51-100      Moderate
101-200    Unhealthy
201-300    Very Unhealthy
>301         Hazardous


gambar jerebu di muar, keadaan jerebu di muar 20 jun, gambar jerebu diparas bahaya muar, muar dalam bahaya, jerebu semakin terik di muar, gambar jerebu di muar johor 20 jun

gambar jerebu di muar, keadaan jerebu di muar 20 jun, gambar jerebu diparas bahaya muar, muar dalam bahaya, jerebu semakin terik di muar, gambar jerebu di muar johor 20 jun

gambar jerebu di muar, keadaan jerebu di muar 20 jun, gambar jerebu diparas bahaya muar, muar dalam bahaya, jerebu semakin terik di muar, gambar jerebu di muar johor 20 jun

gambar jerebu di muar, keadaan jerebu di muar 20 jun, gambar jerebu diparas bahaya muar, muar dalam bahaya, jerebu semakin terik di muar, gambar jerebu di muar johor 20 jun

gambar jerebu di muar, keadaan jerebu di muar 20 jun, gambar jerebu diparas bahaya muar, muar dalam bahaya, jerebu semakin terik di muar, gambar jerebu di muar johor 20 jun

gambar jerebu di muar, keadaan jerebu di muar 20 jun, gambar jerebu diparas bahaya muar, muar dalam bahaya, jerebu semakin terik di muar, gambar jerebu di muar johor 20 jun



Sumber - http://www.akupunyer.com/2013/06/terkini-7-gambar-jerebu-di-muar-20-jun.html#ixzz2X0ejTASE

Friday, 21 June 2013

saksikan betapa haramjadahnya Bashar disekutukan dengan Allah oleh syiah alawiyah

saksikan betapa haramjadahnya Bashar disekutukan dengan Allah oleh syiah alawiyah

Bashar Assad laknatullah dan rejim sekutu di antara musuh ummat Islam sekarang.

-mereka yang berakidah Syiah Nusairiyah/Alawiyah yang sama sekali BUKAN DARI ISLAM tetapi mereka menzahirkan mereka seperti Islam.

-Mereka tidak sesekali memuliakan Al Quran apatah lagi rumah2 Allah s.w.t

-kesyirikan yang di ajar kepada rakyat supaya menyembahnya dan perkara inilah yang dilawan oleh golongan Sunni yang di tindas di sana.

-Tentera2 mereka di larang solat dan banyak kekufuran yang lain.

DUNIA Umat Islam adakah kamu masih ingin membisu tanpa share video ini ???.
k.g.b  sumber- SINI


SAKSIKAN PULA BAGAIMANA TENTERA BASHAR MEMAKSA TAHANAN SUNNI SUPAYA MENGAKUI BASHAR ADALAH TUHAN

Antara dialog dalam video di bawah adalah seperti berikut

Percakapan antara tentara Assad dengan Mujahid (Insyaallah Syahid)

tentara: Tentara BERDIRI, CEPAT (DI TAMPAR DI CAMBUK)

Mujahidin: aAhhh ,,, Allahhhh Tolonggg Allahh

tentara: Berdiri ... kamu mau merdeka?.. (TAMPAR DI CAMBUK)

Mujahidin: Ahhh Ya Allahhh Ahhh (kesakitan)

tentara: Siapa yang menyelamatkanmu?...ALLAH?.. HAH!!!!

BILANG! ASSAD TUHANMU, BILANG BASHAR TUHANMU,JELAS!!! (CAMBUK, TAMPAR, DI INJAK INJAK)

Mujahidin : La Illaha Illallah,,, Ahhhh (kesakitan)

tentara: SIAPA TUHANMU?... BILANG JIKA TUHANMU BASHAR!!!

Mujahid: La Illa ha Illallah

sumber - SINI
VIDEO MUJAHIDIN YANG MEMPERTAHANKAN TAUHID\


Sedikit berita gembira buat seluruh umat Islam

Mujahideen daripada kuwait,mesir,qatar sudah mula memasuki bumi sham,menyambut seruan jihad..

 sumber - SINI

Ini pula berita syiah Malaysia

KEPADA SEMUA UMAT ISLAM TOLONG TONTON VIDEO INI DAN SEBARKAN !! : Video Pendedahkan Pelancaran Markas Syiah Melayu di Klang, Selangor - 2013

Video nie di telah diupload didalaman youtube oleh seorang pengikut SYIAH MELAYU dan pada tarikh 12 JUN 2013 - terus buka link tersebut : "Pembukaan Madrasah Ansar Imam Mahdi di Malaysia"

Perhatikan :
1. Cara Syiah Melayu - Iqamat (minit 1:33)
2. Cara Solat Syiah - Solat (minit 2:28)
3. Cara Mereka Bersalaman - Bila Bertemu Sesama Ahli (minit 3:10)

* pendedahan bersifat umum tanpa mengira pegangan politik atau kedudukan, hanya memohon tindakan selanjutnya dari pihak berwajib serta diri kita sendiri tentang aktiviti penyebaran Syiah secara diam di Malaysia yang semakin berkembang.

*sebarang laporan polis belum dibuat setakat ini. wallahua'alam

Credit to Belia Keamanan Malaysia sumber- SINI


Majlis syiah kena serbu penguatkuasa




Rahsia zakar lelaki brazil besar dan panjang didedah

spesis ular terbaru di jumpai berhampiran dengan Amazon,Brazil apa yang menjengkelkan adalah ular ini seakan-akan bentuk kemaluan seorang lelaki. Ular terbaru ini di klasifikasikan buta kerana tiada kelihatan mata pada tubuh fizikal ular tersebut.



Seekor haiwan spesis baru ditemukan sekelompok pengkaji di Brazil. Haiwan ini dikatakan mirip seakan ular namun tidak memiliki mata seperti ular, sehingga diduga buta. Ia hidup di kawasan berair yang hangat dan mengalir deras.
Ular unik itu dinamai atretochoana eiselti dan ditemukan di dasar sungai Madeira di Rondonia. Sejumlah 6 ekor ditemukan di empangan yang terhubung dengan sungai Amazon. Haiwan reptilia ini sebenarnya telah dijumpai pada November lalu namun baru teridentifikasi sekarang.


Para pengkaji masih menyelidiki haiwan yang bentuknya dinyatakan oleh mereka menyerupai alat kelamin bagi seorang lelaki. Hampir tidak ada maklumat yang didapati selain bahawa haiwan amfibia ini tidak memiliki paru-paru dan kaki serta panjang 1 meter panjang. Mereka membuat kesimpulan sementara bahawa haiwan ini mempunyai kaitan keluargaan dengan salamander dan katak, namun dari segi fizikal lebih mirip seperti seekor ular.

"Meskipun nampak seperti ular, haiwan ini bukanlah reptilia dan lebih erat terkait dengan salamander dan katak," kata ahli biologi, Julian Tupan. "Kami berfikir bahawa haiwan ini bernafas melalui kulitnya dan mungkin memangsa ikan kecil serta cacing. Namun sehingga hari ini kami masih belum dapat membuktikannya."

Penemuan ular buta ini bukan sahaja kali pertama, kalau korang nak tau pada 1968 spesies ini pernah terlihat berkeliaran secara spontan. Kini kajian masih dilakukan terhadap 2 dari 6 spesies yang ditemukan. "Dari 6 ekor yang kami jumpai yang satu mati, 3 dibebaskan kembali ke alam dan 2 masih dalam jagaan penelitian," kata Julian. - mediahunterz

Kalu nak bagi besor dan panjang bagi la ular ni patuk dua kali. Sekali patuk jadi besor. Sekali lagi patuk terus jadi panjang.... wakaka

video 3 pelajar tingkatan 5 ditangkap berpesta buih di kelab


3 pelajar tingkatan 5 yang sedang asyik bermain buih di sebuah kelab antara yang ditahan dalam serbuan JAWI jam12.30 pagi




Thursday, 20 June 2013

Belgian Blue – Huge Genetically Modified Bulls

Due to genetic selection and experiments, the Belgian Blue is a humongous species of bulls packed with muscles and meat… How big are they? Have a look below.
The cause of these animals getting so big is small, yet very big genetic defect of a faulty myostatin gene, which is responsible for the gigantic size and double muscling.
This amazing super species of cattle is known to have more than 40% additional muscle mass. They gain weightamazingly fast, and produce high protein milk for their calf.
What is hidden from the general public, is the fact that these genetically altered bulls may be good for our benefit, BUT, for them, their uninhibited muscle growth presents a lot of health hazards for them. Calves can develop enlarged tongues and stiff legs which make it difficult for them to eat and move, leading to death.
See more pictures of these poor animals bred for oour own selfish purposes below

Pelakon remaja, Finie Don kemalangan teruk di Cyberjaya


Finie Don kemalangan teruk 6Seorang pelakon remaja, Finie Don yang merupakan kakak kepada Fimie Don terlibat dalam satu kemalangan teruk di Cyberjaya
beberapa hari lepas.
Difahamkan, Finie Don yang menuntut di Universiti Lim Kok Wing, sedang dalam perjalanan pulang dari kelas ke asramanya yang terletak di Pulau Meranti, Cyberjaya. Bagaimanapun, kereta yang dipandunya tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar tiang elektrik.


Menurut Finie Don, walaupun bahagian depan keretanya hancur remuk namun beliau bersyukur kerana dia dan rakannya hanya mengalami kecederaan ringan. Finie terpaksa menerima tiga jahitan pada kakinya manakala rakannya tidak mengalami sebarang luka teruk.
Sebagai makluman, Finie pernah berlakon dalam filem Iskandar dan Hati Malaya 1957. Lakonannya memang mantap sehingga penonton mula mengakui bakat yang dimiliki Finie Don. Apapun, mari layan beberapa keping gambar Finie Don yang cukup comel dan menawan di bawah.





Guru pertama di dunia mengajar dari angkasa lepas


GAMBAR menunjukkan imej Yaping bersama dua anggota angkasawan lain yang dihantar ke angkasa baru-baru ini.- AFPi


BEIJING - Guru pertama yang dihantar ke angkasa oleh pemerintah China dijadualkan memberi kuliah kepada para pelajarnya melalui satu sidang video hari ini, lapor rangkaian Televisyen Pusat China (CCTV).
Kuliah yang disampaikan guru wanita berkenaan, Wang Yaping, akan disiarkan oleh CCTV bermula dari pukul 10.04 pagi sehingga 10.55 pagi waktu tempatan.
Jurucakap Program Kejuruteraan Manusia ke Angkasa Lepas China, Wu Ping berkata, Yaping yang berusia 33 tahun itu merupakan angkasawan wanita China kedua dihantar ke angkasa lepas.
Dia akan memberikan kuliah tentang graviti dari angkasa lepas kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah.
Terdahulu, China telah melancarkan roket Long March 2-F yang membawa kapal angkasa lepas Shenzhou-10 ke angkasa lepas pada 11 Jun lalu.
Tiga angkasawan yang berada di dalam kapal angkasa tersebut berlepas dari pusat pelancaran Jiuquan di padang pasir Gobi, dalam wilayah Gansu.
Kapal angkasa itu berlabuh di stesen angkasa lepas milik China, Tiangong-1.

Gaun perkahwinan pertama Elizabeth Taylor dilelong



SEORANG pekerja firma lelongan Christie sedang menyediakan gaun mendiang Taylor untuk dilelong.- AP


LONDON - Sehelai gaun pengantin milik aktres legenda Hollywood, mendiang Elizabeth Taylor yang dipakai semasa perkahwinan pertamanya akan dijual dalam satu acara lelongan di sini.
Mereka yang ingin memiliki gaun itu perlu menyediakan wang sekurang-kurangnya AS$47,000 (RM150,331) di samping mempunyai pinggang yang ramping untuk memakainya.
Pakaian tersebut akan dilelong oleh firma Christie's.
Gaun satin bersulam mutiara itu yang dilengkapi korset direka oleh pereka fesyen terkenal, Helen Rose.
Taylor baru berumur 18 tahun semasa memakai gaun berkenaan untuk melangsungkan perkahwinan dengan pewaris hotel, Conrad Hilton pada Mei 1950.
Majlis perkahwinan mereka berlangsung di studio MGM boasted yang dihadiri oleh ramai bintang Hollywood.
Pasangan tersebut bercerai sebulan kemudian.
Sepanjang hidupnya, Taylor telah berkahwin sebanyak tujuh kali.
Bintang legenda itu meninggal dunia pada 2011 ketika berusia 79 tahun.
Pakaian tersebut akan dijual pada 26 Jun ini dengan harga anggaran bermula dari AS$47,000 (RM150,331) sehingga AS$78,000 (RM249,486). - AP

Panazz...Fasha Sandha Terkejut Bila Dimadukan Suami!


Tidak ada angin, tidak ada ribut, tup tup  dapat tahu bahawa aktres Fasha Sandha telah dimadukan suaminya. Penulis pasti, sesiapun yang berada di tempat Fasha Sandha pastinya terkejut apabila berdepan dengan situasi ini.

Lebih-lebih lagi apabila dia telah dimadukan dengan seorang gadis yang jadi pilihan keluarga suaminya. Senang cakap, keluarga mentuanya yang aturkan perkahwinan tersebut.

Ishhh... Macam mana tu? Tuhan sajalah yang tahu bagaimana perasaan Fasha Sandha kala itu ya. Satu saja, permintaan Penulis iaitu semoga Fasha Sandha akan tabah untuk berhadapan dengan dugaan yang seperti ini.


Lebih-lebih lagi apabila suaminya yang kacak iaitu Aaron Aziz terpaksa mengahwini gadis muda bernama Anzalna dalam dalam drama Tentang Hati yang bakal ditayangkan di RTM bermula selepas raya ini.

Haaaa... korang semua. Isu Fasha Sandha dimadukan ini sebenarnya bakal anda saksikan dalam Tentang dia terbitan Global Network Sdn Bhd milik Datin Zaiton Mohd Jiwa yang juga kakak ipar kepada penyanyi tersohor negara, Dato` Siti Nurhaliza.

Tentang Hati yang diterajui Fasha Sanda dengan Aaron Aziz ini turut dibantu Anzalna dengan Rusdi Ramli dan ia mengisahkan tentang situasi yang terpaksa dilalui Fasha Sandha apabila suaminya Aaroz Aziz dipaksa berkahwin dengan Anzalna oleh keluarganya.

Namun, keadaan itu berlaku kerana keluarga Aaron Aziz tidak mengetahui bahawa anak lelaki mereka itu telah pun mempunyai isteri kerana tanpa pengetahuan keluarga, dia dengan Fasha telah berkahwin senyap-senyap di luar negara.

Hantu Menggamuk di Dhaka Ganggu 3,500 Pekerja Kilang


PARA pekerja kilang kain ini didakwa masih trauma dengan kejadian sebuah kompleks kain, Rana Plaza yang runtuh sebelum ini.- Agensi

DHAKA - Seramai 3,500 pekerja kilang kain di sini terpaksa berhenti melakukan kerja masing-masing apabila tempat kerja itu diserang hantu dan mengganggu mereka.

Justeru, para pekerja berkenaan enggan meneruskan kerja kerana pihak pengurusan kilang enggan mengambil langkah sewajarnya untuk menghalau hantu tersebut.

Inspektor polis kawasan industri Gazipur, Showkat Kabir berkata, pemilik sebuah kilang kain di sini dipaksa untuk berdoa dan mengedarkan makanan kepada fakir miskin pada Rabu lalu.

Usaha itu diharap dapat menghalau hantu yang sering mengganggu para pekerja di kilang berkenaan.
Kira-kira 3,500 pekerja berhenti melakukan kerja mereka di sebuah kilang di Gazipur di utara Dhaka baru-baru ini.

Para pekerja itu kemudian bertindak memusnahkan kelengkapan perabut kilang bagi memaksa pemilik kilang bertindak menangani masalah tersebut. 

Para pekerja kilang mendakwa mereka diganggu makhluk halus semasa berada di dalam tandas wanita.

"Semua pekerja, pemilik dan pengurus kilang akan menyertai majlis doa itu. Kilang akan beroperasi semula pada hari Khamis (semalam) selepas dua hari ditutup kerana gangguan hantu," katanya.

Wednesday, 19 June 2013

Video, Tentera Syiah Di Syria Semakin Melampau


Nampaknya tentera regim Syria pimpinan Basyar semakin kuat apabila mereka dibantu puak Hizbullah yang secara terangnya adalah tentera syiah bantuan Iran. Kekejaman didalam perang sememangnya tidak dapat dielakkan, namun apabila ianya melibatkan nyawa kanak-kanak dan wanita, pastinya ia tidak dapat dimaafkan.


Video, Tentera Syiah Di Syria Semakin Melampau

Bagi Syiah, darah kaum Sunni adalah halal dibunuh tanpa mengira mereka siapapun. Kanak-kanak, wanita turut menjadi mangsa tanpa sedikit belas kasihan. Pernahkah anda menonton video dimana wanita dan kanak-kanak dicampak dari bangunan seorang demi seorang? Pernahkah anda melihat wanita diseksa tanpa belas kasihan. Itulah antara video yang kita dapat lihat menerusi laman sosial sekarang.

Terbaru, taktik Syiah ini semakin licik apabila meletakkan wanita ditempat lapang lalu membiarkan mereka menjerit meminta tolong. Sukarelawan Mujahideen dari FSA tampil seorang demi seorang untuk membantu wanita tersebut, malangnya usaha mereka gagal apabila 4 orang Mujahedeen ditembak dan terbunuh dengan umpan kejam Syiah ini.

Semua ini bertambah apabila kehadiran tentera Hizbullah yang terkenal di Lubnan giat membantu regim Basyar, kini mereka menggunakan pengalaman berperang dengan tentera Zionis untuk menentang dan menghapuskan Mujahedeen FSA. Walaupun ianya adalah taktik kotor!!!

7 Gambar, Kereta Pelancong Di Rempuh Kereta Api, 3 Cedera Seorang Terselamat

Tiga pelancong dari negara Hong Kong cedera manakala seorang lagi terselamat apabila kereta yang mereka naiki dirempuh kereta api di Jalan Lintas berhampiran jejambat Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) hari ini.
  

Gambar, Kereta Pelancong Di Rempuh Kereta Api, 3 Cedera Seorang Terselamat

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun berkata kesemua mangsa yang cedera itu dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut. Menurut info, dalam kejadian pukul 5.35 petang itu, kereta sewa jenis Hyundai yang dinaiki oleh empat pelancong termasuk dua wanita dipercayai gagal berhenti di lintasan kereta api di persimpangan ke KKIA.
  

"Pihak kami dimaklumkan bahawa kereta api berkenaan sedang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu menghala ke Beaufort berlangggar dengan sebuah kenderaan.
  
"Akibat rempuhan itu, kenderaan mangsa berpusing dan terbabas sebelum melanggar kereta Perodua Myi dan sebuah basikal," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata setakat ini tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan tiada butiran lanjut tentang identiti mangsa.

Gambar, Kereta Di Rempuh Kereta Api, 3 Cedera Seorang Terselamat

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendi K.Ramin berkata pihaknya terpaksa memotong pintu kenderaan terbabit  untuk mengeluarkan salah seorang mangsa yang tersepit.
  
Gambar, Kereta Di Rempuh Kereta Api, 3 Cedera Seorang Terselamat

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.45pm dan mengerahkan satu jentera bersama 12 anggota bergegas ke tempat kejadian.
  
Gambar, Kereta Di Rempuh Kereta Api, 3 Cedera Seorang Terselamat

Kesemua pelancong berkenaan difahamkan adalah bersaudara dan dalam perjalanan ke lapangan terbang itu untuk menaiki penerbangan pulang ke negara mereka malam ini.
  
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang melawat lokasi kejadian, berkata beliau terharu dengan kejadian di luar jangkaan itu.
  
Gambar, Kereta Di Rempuh Kereta Api, 3 Cedera Seorang Terselamat

"Mengikut laporan awal pemandu kereta api, pemandu berkenaan telah menggunakan brek kecemasan untuk mengelakkan daripada melanggar kereta mangsa. Bagaimanapun, kereta api itu mengambil masa untuk berhenti," katanya.
  
Gambar, Kereta Di Rempuh Kereta Api, 3 Cedera Seorang Terselamat

Mengikut laporan awal, Pairin berkata kenderaan lain sudah berhenti setelah diberi isyarat tangan oleh pengawal landasan kereta api kecuali kereta mangsa.
  
Pairin, yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, mengarahkan supaya pihak berkenaan memasang papan tanda yang lebih besar dan palang atau pagar yang boleh digunakan secara manual untuk memberhentikan kenderaan.  - Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More