Translate

Saturday, 21 September 2013

(GAMBAR & VIDEO) Ikan Paus Mendarat Di Pantai Sabah



Usaha sedang dijalankan bagi membebaskan ikan paus sepanjang 15.8 meter yang terdampar dekat Kuala Penyu di pantai barat Sabah, kira-kira 149 kilometer dari Kota Kinabalu, Isnin.
Penduduk tempatan berkumpul berdekatan dengan ikan paus, dalam usaha untuk membebaskannya di bandar Kuala Penyu.
Ikan paus itu daripada spesis yang masih belum dikenal pasti, terdampar di pantai yang dikenali sebagai “hujung sungai” kira-kira satu kilometer dari bandar Kuala Penyu.
Pegawai Jabatan Perikanan Negeri di Kuala Penyu, Julin Bagang berkata, ikan paus itu mengalami cedera ringan.
“Kami berhadapan dengan masalah logistik dan sedang mencari jalan bagaimana untuk menyelamat ikan paus itu,” kata beliau.
Pada tahun 2006, seekor ikan paus spesis ‘Bryde’ sepanjang 20 meter terdampar di Pulau Gaya berdekatan dengan bandar di sini.
Ia telah diselamatkan tetapi kemudiannya mati.
Seekor ikan paus lagi diselamat di pantai Tanjung Aru.
Pada Februari tahun ini, seekora ikan paus spesis Baleen sepanjang 12 meter ditemui mati di laut dekat Pulau Mengalum kira-kira 40 batu nautika dari bandar di sini

(GAMBAR) Kapal Meletup & Terbakar Di Jeti Petronas Labuan


Enam orang dikhuatiri mati apabila sebuah kapal yang dalam proses mengisi minyak di jeti PETRONAS Mega Methanol berdekatan kawasan Pulau Eno dekat sini, meletup awal pagi tadi.
Kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 2.30 pagi dan kerja-kerja mencari mangsa sedang giat dijalankan.





Hilang Akal! Apabila Mahu Tanam Kereta Untuk Guna Lepas Mati


Apabila matinya kita, maka tiada harta yang boleh dibawa ke dalam kubur. Segalanya terpisah dari alam dunia selain tiga perkara yang pernah disebutkan oleh baginda Nabi Muhammad SAW. Di luar negara, terdapat seorang lelaki yang bergelarhartawan telah bertindak membeli sebuah kereta mewah yang dikenali sebagai Bentley. Kereta yang mencecah jutaan dollar ini mahu ditanam dalam sebuah lubang. Tindakan ini bertujuan supaya dirinya boleh menggunakan kereta berkenaan apabila mati kelak.
Kereta
Sao Paolo – Seorang usahawan kaya raya “Count Scarpa” menanam hartanya yang paling hebat iaitu sebuah kereta Bentley berharga £310,000 (RM1.5 juta) untuk memudahkan urusannya selepas dia mati kelak.
Dalam pengumuman di laman Facebooknya, lelaki berusia 62 tahun itu mengisytiharkan dia bercadang untuk meniru perbuatan Firaun dengan membawa bersama kekayaannya apabila mati kelak.
Esok (hari ini), dia akan menanam kereta Bentley Continental barunya bagi memastikan dia selesa dalam perjalanannya selepas mati.
Upacara itu dijadual berlangsung jam 11 pagi.
Dalam foto di rangkaian sosialnya, Count Scarpa dilihat berdiri di sebelah kenderaan berwarna hitam itu, model terbaru di pasaran dengan seekor burung kakak tua di lengannya dan menulis: “Saya mengisytiharkan untuk meniru perbuatan Firaun; minggu ini saya akan menanam kereta kegemaran saya, Bentley ini di taman dekat rumah saya! Tanam harta berhampiran istana saya!”
Count Scarpa berkata, dia menggali kubur itu dekat taman di belakang rumah agamnya di Jardins, satu daripada kawasan kejiranan golongan mewah di Sao Paolo.
Pada Selasa, dalam satu lagi foto, dia yang memakai tali leher merah jambu dan memegang penyodok berdiri di depan lubang yang dalam dengan kereta Bentley berkilat miliknya diletakkan di belakangnya.
Dia menulis: “Kepada mereka yang meragui saya, semalam saya sudah mula menggali lubang di taman untuk menanam Bentley saya! Hujung minggu ini, saya akan menanamnya.”
Ahli perniagaan itu yang mempunyai ijazah dalam bidang ekonomi dan juga jurulatih tali pinggang hitam serta pemilik Institut Aikido Maruyama, akademi seni pertahanan diri Jepun menjelaskan yang keputusannya untuk menanam harta bagi kemudahan selepas mati dibuat selepas menonton program Mesir purba minggu lalu.
“Saya menonton dokumentari mengenai Firaun yang sangat menarik. Mereka menanam semua harta untuk memperoleh kehidupan selesa selepas mati,” katanya.
Pada hari berikutannya, keputusan Count Scarpa untuk menanam kereta Bentley menerima lebih 5,680 like dan dikongsi lebih 6,000 orang.

Gempar! Mayat Dalam Kereta Ditemui Selepas 40 Tahun (6 Foto)


Penemuan yang tidak disengajakan! Ini yang terjadi apabila pihak polis dikatakan sedang menguji peralatan sonar baru mereka baru-baru ini. Penemuan ini telah menemukan enam mayat dalam dua kenderaan lama dari dasar sebuah tasik.Melayukini.net juga difahamkan, penemuan di Tasik Foss dekat Elk City itu dipercayai dapat menyelesaikan kes kehilangan beberapa individu yang berlaku lebih 40 tahun lalu. Dua kenderaan yang ditemui ialah kereta Chevrolet keluaran 1950-an dan Camaro keluaran 1969. Anda boleh lihat gambar di bawah ini.
mayat1
Di dalam Camaro itu polis menemui tiga set rangka dipercayai remaja tempatan yang hilang selepas keluar memandu pada 1970. Di dalam Chevrolet pula, terdapat tiga lagi mayat iaitu lelaki berusia 69 tahun dan dua rakannya yang hilang pada akhir 1950-an atau awal 1960-an.
Pihak berkuasa belum mengenal pasti mayat secara rasmi, tetapi akhbar tempatan sudah mendapat kaitan jelas antara Camaro dan remaja yang hilang berkenaan.
Mereka masih menunggu keluarga mangsa yang terbabit mendedahkan nama mereka. Jimmy Allen Williams 16, Thomas Michael Rios, 18, dan Leah Gail Johnson, 18, hilang pada 20 November 1970 selepas menaiki Camero milik Williams.
Walaubagaimanapun, selepas 40 tahun, mereka masih disenaraikan sebagai orang yang hilang selepas dipercayai lesap ketika menuju ke perlawanan bola sepak dekat Elk City
mayat2
mayat3
mayat4
mayat5
mayat6

(TAHNIAH)Fouziah Gaus Kini Sah Isteri Zhafran Dengan Sekali Lafaz


Jutaan tahniah diucapkan buat Fouziah Gous dan Zhafran yang telah pun selamat bergelar suami isteri kira-kira 9.45 malam tadi dengan sekali lafaz sahaja. Majlis pernikahan telah berlangsung di Dewan Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam.
fouziah gous
Mas kahwin yang dihantar ialah sebanyak RM1,112. Manakala wang hantaran ialah RM50,000. Pihak lelaki turut membawa 7 dulang hantaran dan dibalas 9 dulang oleh pihak perempuan. Antara barang-barang hantaran daripada pihak lelaki ialah sireh junjung, set barang kemas dan mas kahwin, set wangian, senaskah Al-Quran, cek hantaran, tas tangan dan kacamata, manisan dan coklat.
fouziah gous
Manakala, barang hantaran pihak perempuan pula berupa sireh junjung, sebentuk cincin, seutas jam tangan, kaflin dan kacamata, tali pinggang, sebatang pen dan clutch, set wagian dan penjagaan kulit, manisan strawberi dan manisan kurma.
fouziah gous
Tahniah diucapkan kepada Fouziah Gous dan Zhafran atas pernikahan ini. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. Sama-samalah kita doakan. Tahniah sekali lagi!!!

Bulan Madu Black Hanifah Dan Isteri Terganggu Kerana Keracunan Makanan Di Langkawi


PETALING JAYA: Bulan madu pasangan pengantin baharu iaitu Black Hanafiah dan isterinya, Naquia Yasirah Mohamad Khairi terganggu gara-gara kedua-dua mereka mengalami keracunan makanan ketika berada di Pulau Langkawi.

Black atau nama sebenarnya Hanifah Hanafiah, 26, berkata, mereka telah ditahan di Hospital Daerah Langkawi pada malam Khamis selepas mengalami cirit-birit, muntah-muntah dan keletihan.

"Alhamdulillah keracunan tersebut tidak terlalu teruk dan kami hanya ditahan selama beberapa jam sahaja di hospital selepas diberikan air garam untuk menyeimbangkan kembali bendalir dalam badan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Black dan Naquia, 28, selamat diijabkabulkan pada 13 September lalu dalam satu majlis yang diadakan di Zebra Square, Kampung Pandan.

Dalam perkembangan sama, Black berkata, kejadian berlaku selepas mereka menikmati makanan laut sejurus sampai di pulau peranginan itu pada malam Rabu lalu.

Kata Black, dia dan isterinya mula mengalami cirit-birit pada keesokan paginya sebelum ia melarat sehingga petang dan mengambil keputusan untuk pergi ke hospital mendapatkan rawatan.

"Mula-mula ingatkan sakit perut biasa sahaja tetapi ia semakin melarat sehingga ke petang sampaikan kami tidak larat untuk ke mana-mana dan duduk di dalam bilik hotel sahaja," ujarnya.

Sementara itu, Black berkata, kejadian itu tidak menggagu percutian bulan madu mereka malah mengeratkan hubungan suami isteri yang baharu terjalin selama seminggu.

"Saat-saat begini mengeratkan kami dan ia tidak mengganggu langsung dan hari ini (Jumaat) keadaan kami sudah kembali pulih dan kami mahu bersiar-siar di pulau ini,” jelasnya.

Tambah Black, dia dan Naquia akan berada di Pulau Langkawi sehingga Sabtu (esok) sebelum berangkat ke Korea Selatan pada Isnin depan

GEMPAR :Pekerja binaan jumpa ‘lintah gergasi’


Sungai Siput: Beberapa pekerja binaan yang sedang menggali longkang berhampiran kawasan perindustrian di Kampung Muhibbah, di sini, bertempiaran melarikan diri sejurus terserempak haiwan aneh seperti ‘lintah gergasi’, pagi semalam.

Haiwan bertubuh lembik seberat 25 kilogram dan panjang hampir dua meter itu menggerunkan penduduk berikutan turut mempunyai bentuk muka menyerupai anjing.

Pekerja yang enggan namanya disiarkan berkata, haiwan itu ditemui di dalam longkang yang digali mereka pada jam 10.15 pagi.

Menurutnya, dia yang terkejut dengan penemuan haiwan itu menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Sungai Siput untuk menangkap haiwan itu.

“Saya tidak pasti sama ada ia ular berikutan tubuhnya lembik seperti lintah. Malah, kulit haiwan itu agak kasar seperti kulit biawak.

“Ini kali pertama saya melihat haiwan pelik seumpama itu. Saya memang terkejut dan hairan bagaimana haiwan itu berada di dalam lubang yang digali,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Angkatan dan Latihan Operasi JPAM Leftenan A Balasubramaniam berkata, tiga anggotanya dihantar ke lokasi kejadian untuk menangkap haiwan aneh itu.

Menurutnya, petugas JPAM turut terkejut berikutan tidak pernah berjumpa haiwan seumpama itu sebelum menangkap dan membawanya pulang ke pejabat JPAM, di sini.

“Kami sendiri pelik dengan haiwan itu berikutan ia tidak agresif sebaliknya mempunyai tubuh lembik dan menggerutu.

“Namun, akhirnya kami dimaklumkan ia sejenis ular air dipanggil ular guni buruk atau ular karung guni yang dikategorikan sebagai ular air tawar,” katanya.

Kurang ajar, pelajar pukul guru dengan penyapu



JOHANNESBURG - Seorang pelajar di sebuah sekolah di Afrika Selatan dirakam kamera tengah menyerang gurunya dengan menggunakan penyapu.

Dalam video yang dimuat naik ke laman web YouTube itu, terlihat si pelajar menendang lalu memukul seorang guru lelaki menggunakan penyapu di dalam sebuah bilik kelas di sekolah Glenvista, Johannesburg.

Saat pelajar itu melakukan aksinya, terdengar pelajar lain bersorak, tertawa, dan mengapi-apikan pelajar itu untuk terus memukul sang guru.

"Pukul dia," terdengar suara seorang murid.

Guru yang diserang, terlihat mengalah dan berusaha meninggalkan bangunan sekolah. Namun, si pelajar yang masih menggenggam penyapu mengejarnya hingga ke jalan raya.

Aksi kurang ajar ini membuat Menteri Pendidikan Dasar Angie Motshekga prihatin dan mengecam tindakan tersebut.

Menteri Angie bahkan memerintahkan agar pelajar tersebut bersama seluruh isi kelas yang bersorak-sorak mendapatkan sanksi.

"Insiden ini harus dikecam dengan cara yang paling berat dan hukuman setimpal harus dijatuhkan," kata Angie.

"Pelajar itu bersama kawan-kawannya yang bersorak sorai harus mendapatkan hukuman," tambah dia.

Selain mencadangkan hukuman, Angie Motshekga menyatakan semua orang yang melihat serangan tersebut harus mendapatkan kaunseling berkaitan trauma.

Dia menambah, aksi kekerasan seperti itu tidak boleh dibiarkan oleh pelajar lain dan seluruh sekolah di Afrika Selatan.

"Sekolah seharusnya menjadi zon tanpa kekerasan di mana pengajar dan pelajar merasa aman agar proses belajar mengajar boleh berlangsung," papar Angie.



Kanak-kanak enam tahun maut jatuh ke dalam periuk besar berisi kari mendidih

Satu insiden mengerikan terjadi di sebuah sekolah di India , seorang kanak-kanak  perempuan enam tahun , Anusha Ashwathappa , meninggal akibat terjatuh ke dalam periuk besar berisi kari mendidih. Kejadian bermula saat Anusha bergegas keluar dari bilik kelasnya untuk makan tengah hari apabila loceng berbunyi.

Menurut keterangan dari pihak sekolah di Daerah Chikballapur , Negeri Karnataka, sebelah barat daya India, Anusha ketika itu terjebak di antara gerombolan anak- anak yang sedang berjalan melalui beranda sekolah. 

Ketika dia tiba di depan sajian makanan, dia terjatuh ke dalam periuk berisi Sambar , sebuah makanan biasa disajikan di India selatan diperbuat daripada kacang polong, yang mendidih, seperti dilapor Daily Mail, Khamis (19 /9).

Sambar adalah sejenis makanan berupa kari sayur-sayuran pedas yang popular di bahagian selatan India. Makanan ini disajikan dengan keadaan mendidih dan dimasak di dalam periuk - periuk besar .

Anusha menderita luka terbakar 70 peratus. Ketika ambulans tidak kunjung datang , guru besar sekolah kemudian membawa gadis kecil itu ke hospital. Namun dia meninggal beberapa jam kemudian.

Akibat kejadian itu, pejabat pendidikan Daerah Chikballapur , Krishnappa , dan tiga tukang masak sekolah itu diminta beri keterangan atas kes ini.

Ayah Anusha , Gangappa Ashwathappa , menolak melaksanakan pengebumian sehingga kes yang mengorbankan anaknya itu diselesaikan.

"Saya tidak akan mengkremasi tubuh anak saya sampai pihak sekolah, termasuk guru besar sekolah dan tiga tukang masaknya , datang ke sini," kata Gangappa . "Saya ingin bertanya kepada mereka, apa yang mereka lakukan ketika kanak- kanak saling dorong satu sama lain."

Insiden ini mencetuskan kemarahan di Desa Gowribidanur Taluk, dengan seruan kepada para pihak sekolah untuk menjelaskan apa yang berlaku.

Pejabat pendidikan daerah menjelaskan tidak ada kakitangan pengajar di Sekolah Negeri Darinayakanapalya di dekat Kota Bangalore hadir di sekolah dua hari lalu.

Polis mengatakan kepada media tempatan pihaknya telah memerintahkan agar sekolah memberikan pekerjaan bagi ibu dan ayah korban sebagai pampasan.


Kes ini menjadi insiden terbaru dalam siri skandal tentang pemberian makan tengah hari di sekolah- sekolah di Negeri Sungai Gangga itu .

Bulan lalu , sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak meninggal dan 60 kanak-kanak lain harus dirawat di Negeri Bihar , selepas makan tengah hari yang disantap para pelajar diduga beracun. Makanan ini disediakan oleh pihak sekolah

Tuesday, 17 September 2013

Foto Terbaik Karpet Merah di Festival Film Internasional Toronto 2013

Toronto Film Festival 2013 (© AP)Toronto Film Festival 2013 (© AP)Toronto Film Festival 2013 (© AP)Toronto Film Festival 2013 (© AP)Toronto Film Festival 2013 (© AP)Toronto Film Festival 2013 (© AP)Toronto Film Festival 2013 (© AP)Toronto Film Festival 2013 (© AP)Toronto Film Festival 2013 (© AP)Toronto Film Festival 2013 (© AP)Toronto Film Festival 2013 (© AP)Toronto Film Festival 2013 (© AP)Toronto Film Festival 2013 (© AP)Toronto Film Festival 2013 (© AP)Toronto Film Festival 2013 (© AP)Toronto Film Festival 2013 (© AP)Toronto Film Festival 2013 (© AP)Toronto Film Festival 2013 (© AP)Toronto Film Festival 2013 (© AP)Toronto Film Festival 2013 (© AP)Toronto Film Festival 2013 (© AP)Toronto Film Festival 2013 (© AP)Toronto Film Festival 2013 (© AP)Toronto Film Festival 2013 (© AP)Toronto Film Festival 2013 (© AP)Toronto Film Festival 2013 (© AP)Toronto Film Festival 2013 (© AP)Toronto Film Festival 2013 (© AP)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More