Translate

Thursday, 1 August 2013

Tauke ayam Jinjang, Chow Kit, Cheras buat hal...


Pemilik pusat pemprosesan ayam di Cheras, Jinjang dan Pasar Chow Kit  diberi amaran keras oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana gagal mematuhi standard halal termasuk aspek penyembelihan dan pemprosesan ayam serta kebersihan.

Justeru, mereka diberi tempoh seminggu untuk memastikan standard itu dipatuhi dan pegawai Jakim akan membuat pemeriksaan semula di pusat berkenaan, kata Pengarah Bahagian Hub Halal Jakim Hakimah Yusoff.

Beliau berkata pemeriksaan di ketiga-tiga pusat itu pada 1 pagi ini mendapati pusat berkenaan juga didapati menggunakan arus elektrik kuat untuk melemahkan ayam selain tempoh pendarahan pendek sebelum memasukkan ayam ke dalam air panas untuk diproses.

"Proses ini tidak mematuhi standard halal Jakim," katanya kepada pemberita selepas mengetuai Ops Ayam selama empat jam di ketiga-tiga pusat itu.

Ops Ayam itu dijalankan secara bersepadu sempena Aidilfitri bagi memastikan para pengusaha pusat penyembelihan ayam di Kuala Lumpur mematuhi standard halal.

Operasi ini turut disertai para pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Imigresen, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Kementerian Kesihatan.

Dalam operasi itu, Jabatan Imigresen turut menahan seorang pekerja warga Indonesia kerana menyalahgunakan pas kerjanya.

Pusat penyembelihan ayam di Cheras mengeluarkan kira-kira 20,000 ekor sehari, Jinjang (4,000 ekor) dan Pasar Chow Kit (2,000 ekor)

PASCA PRU13 : 40 RIBU 'BANGLA' HADIR DI HADAPAN RUMAH ANWAR IBRAHIM TUNTUT WANG 'SAGUHATI'


FRIDAY, 2 AUGUST 2013
Dipetik : Rakyat News

PETALING JAYA 1 Ogos - Dakwaan pembangkang kononnya terdapat 40 ribu warga Bangladesh yang mengundi dalam Pilihan Raya Ke13 (PRU13) ternyata sebagai satu tindakan yang dirancang.

Bekas pembantu Sankara Nair (peguambela kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim), Yuktesvaran Malaipan berkata, taktik kotor itu hanyalah penipuan semata-mata dan Pakatan Rakyat (PR) perlu menjawab segala penipuan yang direka oleh mereka. 

"Isu 40 ribu warga Bangladesh yang didakwa mengundi pada PRU13 lalu ternyata satu penipuan. Terpulang kepada anda untuk percaya atau tidak, hak anda. Tetapi bagi saya, ia jelas tipu dan saya ada bukti.


"Isu ini seperti dirancang," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini hari ini.

Semalam, Yuktesvaran telah membuat laporan polis di balai polis Klang Selatan berhubung isu tersebut serta beberapa isu lain yang mengaitkan Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahaim.

Tambahnya, laporan itu adalah langkah terakhirnya dalam usaha menghentikan rancangan yang mencemarkan dan merenggangkan hubungan diplomatik Anwar dengan negara asing.

Sehubungan itu, Yuktesvaran memberi tempoh smeinggu kepada pihak pembangkang untuk menjelaskan isu penipuan tersebut.

"Saya beri mereka tujuh hari kepada mereka untuk menjawab mengenai dakwaan bahawa terdapat 40 ribu warga Bangladesh yang mengundi pada PRU13," katanya.

Jelasnya, kekalahan PR pada PRU13 lalu sebenarnya disebabkan masalah dalaman parti itu sendiri dan bukannya kerana dakwaan terdapat 40 ribu pengundi Bangladesh yang disebarkan kepada rakyat terutamanya di media sosial.

"Laporan ini berdasarkan alasan Anwar bahawa seramai 40 ribu warganegara Bangladesh telah mengundi dan secara langsung mempengaruhi keputusan pilihanraya. Dia (Anwar) mengendahkan kenyataan rasmi duta Bangladesh dan terus mengaibkan nama negara bukan sahaja di serata Malaysia malah di Indonesia ketika melawat negara tersebut selepas pilihanraya.


"Dia sanggup ke seluruh negara memberitahu alasan 40 ribu pengundi Bangla namun bila tiba masa untuk membuat laporan polis beliau membuat laporan berdasarkan indelible ink (dakwat kekal)," katanya.

Sebelum ini, kedutaan Bangladesh melahirkan rasa kecewa mereka berikutan dakwaan Anwar serta konco-konconya terutama media pembangkang yang mendakwa warna negara berkenaan telah dituduh mengundi Barisan Nasional (BN) pada PRU lepas.

Bahaya Dia Ini Tidur Bogel.. Anjing Baham Zakarnya


Little Rock (Arkansas): Biasanya tidak ramai yang dapat membayangkan anjing boleh menjadi musuh yang paling menakutkan sehinggalah keadaan sudah terlewat. Nasib malang itu menimpa seorang lelaki lumpuh beberapa hari lalu.

Media semalam melaporkan lelaki terbabit tinggal di Trumann, Arkansas dan baru saja membela seekor anjing tanpa tuan dengan harapan dapat menjadi temannya. Bagaimanapun anjing itu terpaksa dibunuh selepas ia membaham hingga putus satu daripada buah zakar lelaki terbabit ketika mangsa tidur pagi kelmarin.

Polis berkata, lelaki itu lumpuh dari paras pinggang ke bawah menyebabkan dia tidak rasa sakit di bahagian berkenaan. Sejurus kemudian, kata sumber polis, lelaki terbabit terjaga daripada tidur dan berasa seperti “terbakar” pada kemaluannya.
“Dia terkejut apabila mendapati anjing yang baru tiga minggu dipelihara itu berada di celah kangkangnya dengan kesan darah di kaki dan mulut,” katanya.

Mangsa yang berusia 39 tahun itu mengaku tidur berbogel. - Agensi

Latheefa Koya nekad pertahankan 'gadis' video beraya dengan anjing.



Maznah Mohd Yusof, wanita yang mencetuskan kontroversi menerusi video sambutan Aidilfitri bersama tiga anjing peliharaannya akan dibawa ke mahkamah Majistret di Segamat yang berkemungkinan bagi mendapatkan perintah lanjutan reman terhadapnya.

Peguamnya Latheefa Koya berkata, Maznah telah dibawa ke Segamat awal pagi Khamis iaitu tempat di mana laporan polis pertama dibuat ke atasnya.

"Ini sesuatu yang tidak masuk akal. Mereka sepatutnya boleh menjalankan siasatan di Kuala Lumpur atau Selangor," kata pada Khamis.

Menurut Latheefa beliau sempat menemui Maznah di Bukit Aman awal pagi ini.

Maznah yang juga dikenali sebagai Chetz ditahan pada Rabu.

Wanita itu mencetuskan kontroversi apabila video yang memaparkan aksinya tiga tahun lalu menyambut Aidilfitri bersama tiga anjingnya dimuat naik ke malam YouTube pada Isnin.

Video itu menunjukkan Chetz membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat pekarangan masjid dengan suara latar takbir raya.

Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan Chetz memakai baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah-olah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.

Video itu juga menyiarkan kata-kata: "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga ekor anjing itu)."

Video itu turut memuatkan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada Chetz sekeluarga" dengan gambar lelaki duduk bersama tiga ekor ekor anjing di atas sofa.

Gambar perkahwinan dan ideologi Gay warga Cina yang meloyakan.




Pasangan gay tua yang bekerja sebagai guru dan seorang lagi tukang hantar minuman dari Pinggu ini saling bertukar-tukar ikrar dalam satu majlis dengan disaksikan oleh rakan-rakan dan keluarga yang menggelar mereka Big Treasure dan Little Treasure.

Namun, perkara ini dianggap terlampau buat anak kepada salah seorang pengantin ini yang akhirnya menghalau sebahagian tetamu keluar.

Homoseksual adalah satu topik yang pantang di negara China walaupun sesetengah anggaran mengatakan terdapat 30 juta gay di China.

 Dan perkahwinan pasangan itu adalah semata-mata ikrar peribadi antara satu sama lain kerana undang-undang perkahwinan di China tidak membenarkan perkahwinan sesama jantina.

Hari besar pasangan itu datang selepas mereka mula bercakap tentang hubungan mereka melalui rangkaian sosial. Tidak lama kemudian, pasangan yang berada dalam lingkungan 60-an ini mengumumkan rancangan mereka untuk berkahwin dalam talian, malah akan bercium di kamera beberapa kali.

Guru, yang bertemu dan jatuh cinta dengan pasangannya apabila dia menghantar minuman ke rumahnya berkata: “What’s wrong with falling in love with each other? Why do you attack us with such abusive language? Gays in America are allowed to get married now. We are not there yet. What is it exactly that you are against? We just kissed – so what? It’s none of your business.”

Malah mereka turut menulis di blog mereka: “We are determined not to leave each other unless we die. We will fight for ourselves no matter how hard or painful it is.”


Wednesday, 31 July 2013

Hina Islam : Seorang Individu Ditahan



Maznah Mohd. Yusof, jurulatih anjing yang dipercayai terlibat dalam rakaman video
menghina Islam bertajuk ’1 Hari Di Hari Raya’ ditahan polis petang ini.
Wanita berusia 38 tahun itu ditahan di Bukit Beruntung kira-kira pukul 3 petang
sebelum dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit
Aman untuk disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.-

sumber

Nelayan Nikmati 7.7 Bilion Liter Diesel Bersubsidi


Setakat Mac lepas, kerajaan telah mengagihkan 7.7 bilion liter diesel kepada nelayan dan pemilik bot membabitkan subsidi bernilai RM11.1 bilion.


Jumlah itu melibatkan 34,000 nelayan dan 6,800 pemilik bot, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman pada persidangan Dewan Negara, di sini hari ini.

Beliau yang menjawab soalan Senator Mariany Mohammad Yit itu, juga berkata kerajaan menggunakan GPS (Sistem Penentu Kedudukan Global) bagi mencegah nelayan menjual tangkapan kepada pihak lain di laut tanpa mendaratkannya di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dalam jumlah ditetapkan.


“Selain itu kita kita juga memberi insentif sebanyak 10 sen bagi setiap kilo ikan yang didaratkan di jeti LKIM bagi mengelak subsidi yang diberi disalah guna,” katanya.

Mengulas mengenai pendaratan ikan di seluruh negara, Tajuddin berkata pada 2010 sebanyak 1.3 juta tan metrik ikan dengan nilai RM6.65 juta didaratkan, manakala pada 2011 sebanyak 1.37 juta tan metrik (RM6.69 juta) dan pada 2012 1.47 juta tan metrik dengan nilai RM7.78 juta.

Dalam usaha mengawal harga pasaran ikan, Tajuddin berkata LKIM telah mewujudkan pembinaan pasar nelayan bagi membolehkan nelayan menjual terus kepada pengguna.

Katanya setakat ini 75 pasar nelayan telah diwujudkan dan 100 buah lagi disasarkan bagi tempoh 2013 hingga 2015.

“Bagi program Ikan Rakyat iaitu pemasaran tujuh jenis ikan secara sejuk beku, sebanyak 35 buah kedai Ikan Rakyat telah wujud dan 100 lagi akan diwujudkan menjelang 2015,” katanya.

Selain itu kementerian juga menjalankan promosi ikan air tawar dan mengusahakan beberapa langkah untuk meningkatkan pengeluaran ikan terbabit bagi menyeimbangkan pengeluarannya dengan ikan marin.

PANASS! Kes Tembak Menembak, Malaysia Negara Tak Selamat?





1. Dengan kejadian tembakan yang terbaru yang mengakibatkan pengasas Ambank, Hussain Ahmad Najadi meninggal dunia telah menjadikan tahun 2013 sebagai tahun kes tembakan profil tinggi yang tertinggi pernah dicatatkan.

2. Kes tembakan ini adalah yang ke-12 pada tahun ini sahaja.

3. Samada kes tembakan sebegini adalah perkara lazim di Malaysia ataupun hanya disensasikan oleh media, ia telah mengundang pelbagai kerisauan dan ramai mula mempersoalkan keberkesanan pihak Polis DiRaja Malaysia.

4. Kes tembakan profil tinggi ini bermula pada 25 April yang lalu dan yang terbaru adalah pada 29 Julai, semalam. Dalam tempoh 95 hari sahaja, telah berlaku 12 kes tembakan menjadikan secara puratanya satu kes tembakan seminggu.

5. Senarai kes yang berlaku adalah seperti berikut:

a. 25 April 2013 - N. Ragunathan, telah ditembak mati di dalam kereta selepas beliau mengkendalikan satu transaksi di pejabat JPJ di Jalan Seremban-Tampin. Beliau keseorangan di dalam kereta Proton Perdana beliau apabila dua lelaki bermotorsikal lalu di sebelah kereta beliau dan menembak beliau mati di luar pejabat JPJ.

b. 30 April 2013 - Seorang pembonceng motorsikal telah melepaskan tembakan terhadap seorang lelaki berusia 26 tahun di laman rumah lelaki tersebut di Simpang, Taiping namun tersasar. Penunggang motorsikal dan pemboncengnya telah menjerit nama beliau sebelum melepaskan tembakan.

c. 12 Mei 2013 - Seorang pembantu di kedai barangan terpakai ditembak di persimpangan lampu trafik di Kulim, Kedah.

d. 13 Mei 2013 - Dua lelaki terbunuh manakala dua lagi cedera apabila seorang lelaki bermotorsikal melepaskan tembakan semasa mangsa meninggalkan majlis perkahwinan di Butterworth, Pulau Pinang.

e. 29 Mei 2013 - Seorang ahli perniagaan terselamat meskipun telah ditembak sebanyak 7 kali oleh dua lelaki bermotorsikal di Bandar Rahman Putra, Sungai Buloh.

f. 15 Jun 2013 - Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim berusia 58 tahun telah ditembak mati oleh dua lelaki bermotorsikal di persimpangan lampu trafik di Putrajaya.

g. 5 Julai 2013 - Seorang guru, Mat Zaki Hashim berusia 35 tahun telah mengalami kecederaan serius akibat ditembak di leher berdekatan Kampung Kubang Panjang, Pasir Mas, Kelantan. Kereta beliau telah dipercayaai ditahan di atas jalan sebelum ditembak oleh lelaki yang tidak dikenali.

h. 8 Julai 2013 - Pembantu Kanan Hal Ehwal Murid, Hashim Mat Zain telah ditembak semasa beliau meninggalkan sekolahnya di Bachok, Kelantan.

i. 12 Julai 2013 - Budak lelaki berusia 4 tahun telah cedera di dahi dan juga kaki kirinya apabila seorang lelaki melepaskan tembakan terhadap budak lelaki tersebut dan bapanya yang merupakan seorang penarik kenderaan di hadapan rumah mereka di Bukit Jambul, Pulau Pinang.

j. 18 Julai 2013 - Seorang lelaki melepaskan 9 das tembakan yang membunuh seorang guru berusia 45 tahun di persimpangan lampu trafik di Simpang Empat Keladi, Kulim, Kedah.

k. 28 Julai 2013 - Penasihat MyWatch, R. Sri Sanjeevan telah ditembak oleh dua lelaki bermotorsikal di Taman Cempaka, Bahau, Negeri Sembilan.

l. 29 Julai 2013 - Pengasas Ambank, Hussain Ahmad Najadi dan isteri telah ditembak di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur oleh seorang lelaki berkaca mata dan berpakaian sukan.

6. Daripada 12 kes tembakan ini didapati bahawa modus operandi yang digunakan adalah hampir sama iaitu di persimpangan lampu trafik, 2 orang lelaki bermotorsikal terlibat dan mangsa ditembak sewaktu memandu meninggalkan pejabat ataupun kediaman.

7. Berkemungkinan besar ini bermaksud kes-kes tembakan ini adalah satu operasi khusus yang mengkaji kegiatan dan aktiviti rutin mangsa. Besar kemungkinan juga kes-kes ini adalah menggunakan khidmat pembunuh upahan yang terdiri daripada warga asing.

8. Terdapat satu cerita yang sering menjadi bahan perbualan sekitar peristiwa pengawal keselamatan peribadi Sultan Kelantan yang ditembak mati tahun lepas yang mengatakan anda boleh mengupah pembunuh upahan daripada negara Thailand dengan kos serendah RM 3000 sahaja.

9. Yang jelas pada pandangan rakyat Malaysia adalah kes tembakan ini samada hanya disensasikan oleh media atau tidak telah menjadi semakin serius dan memerlukan perhatian khusus daripada PDRM dan juga kerajaan.

10. Walaupun kes-kes ini tidak berkaitan antara satu sama lain dan barangkali hanya kes terpencil, namun pada hakikatnya rakyat Malaysia kini tidak berasakan mereka ini tidak selamat lagi.

11. Ada juga sahabat saya yang sudah menyatakankan bahawa Malaysia kini antara negara yang paling tidak selamat di rantau ini. Mungkin percakapan beliau tidak berasas, namun persepsi beliau mungkin dikongsi oleh sebahagian besar rakyat Malaysia.

12. Kementerian Dalam Negeri, PDRM harus mengambil perhatian segera terhadap peningkatan kes ini. Jika tidak, rating PDRM dan juga KDN akan merundum serta persepsi terhadap keberkesanan kerajaan DS Najib Razak akan dipersoalkan.

13. Seharusnya pihak pembangkang akan mengambil kesempatan atas tragedi yang berlaku ini untuk memberikan mereka kelebihan politikal.

Sumber : Salah Ad-Din

Mc nak tambah satu lagi info, menurut kajian dari PDRM, 80% kejadian tembak atau jenayah dinegera ini dilakukan semula oleh banduan yang pernah ditahan dibawah akta ordinan darurat (OD) atau ISA.

Mereka ini dilepaskan selepas akta ISA dan OD dibubarkan kerajaan atas desakan pembangkang. Apakah ini yang kita mahu selepas membebaskan orang yang tidak sepatutnya? Salah pembangkang kerana mahu membubarkan akta yang begitu penting dalam soal keselamatan, salah kerajaan pula kerana menjadi dunggu mengikut apa saja kata pembangkang.

Sekarang negara kita diklafikasikan sebagai tidak selamat. Kerajaan Malaysia patut buat sesuatu untuk menghadapi perkara ini. Jangan sampai rakyat Malaysia dah tak yakin dengan keselamatan dalam negeri sekarang.

Ngeri! Ranting Sepanjang 38 Sentimeter Tertusuk Di Leher

Seorang penunggang basikal tertusuk ranting kayu sepanjang 38 sentimeter di lehernya.


Ranting kayu yang tertusuk di leher Wood.

Kejadian berlaku selepas Adrian Wood, 34, terjatuh ketika menunggang basikal.

Ranting itu tertusuk pada vena jugular, peti suara dan esofagus bapa dua anak itu.

Dia bernasib baik kerana ranting itu tidak mengena arterinya yang boleh menyebabkan dia mengalami pendarahan teruk hingga meragut nyawanya.

Wood dikejarkan ke hospital Petersborough oleh rakannya dan doktor memberi harapan 50-50 untuk dia diselamatkan.

Wood berhasrat untuk menyimpan ranting itu sebagai kenang-kenangan.

Bagaimanapun, pakar bedah berjaya membuang ranting itu dalam pembedahan yang memakan masa lima jam.

Wood kini semakin pulih dan berharap dapat pulang ke rumahnya tidak lama lagi.

“Saya akan menunggang semula secepat mungkin. Dan saya akan menyimpan ranting itu sebagai kenang-kenangan,” katanya. -Agensi

CHETZ YUSOF TERKINI | Lagi BUTIRAN LENGKAP Individu Yang DIKATAKAN Telah Hina Agama Islam DIDEDAHKAN


Dunia maya sekali lagi heboh apabila satu video dimuatnaik dan disebarkan mengenai seorang INDIVIDU yang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dengan tema Takbir Raya bersama tiga ekor anjingnya.


Mungkin tujuan asalnya mahu mempromosikan anti-racism namun tidak kena pada tempatnya.
baca lagi & tgk VIDEO Kontroversi Tersebut, Klik TAJUK ENTRI ni
Antara komen didalam Facebook
Rata-rata komen mahukan si pembuat video tersebut dikenakan tindakan sama seperti yang diterima oleh pasangan kontroversi Alvin dan Vivian. Namun, Admin telah membuat semakan laman blog lelaki berkenaan pada alamat http://www.cekap.org. Domain tersebut bukan lagi kepunyaan lelaki itu. Sebaliknya telah berpindah ke blog percuma di alamathttp://anjingcekap.blogspot.com. Blog itu tidak lagi dikemaskini dan post terakhir ialah pada 4 Ogos 2010.
Artikel terakhir dalam blog cekap


Hasil pencarian google telah membawa admin ke akaun youtube lelaki bernama Chetzyusof. Video yang dikatakan menghina Islam itu sebenarnya telah diupload pada 6 September 2010 dengan tajuk "Iklan Raya 2010". Melihat kepada ruangan komen, memang ramai yang tidak berpuas hati dan dan tidak kurang juga yang mengutuk video tersebut.

Melalui info, Chetzyusof merupakan seorang yang beragama Islam. Namun, dengan video yang telah lama dimuatnaik, bagaimana hendak mencari individu ini? Agak pelik pada 2010 tiada sebarang tindakan dikenakan jika lelaki ini terbukti bersalah.

Video

UPDATE

1) Who is Chetz Yusof
Asal : Kuala Lumpur
Umur : 38 Tahun
Agama: Islam

Selain itu, hasil semakan lanjut yang admin lakukan, admin berjaya memperolehi butiran nombor telefon dan laman facebook pelaku seperti screenshot yang admin kongsikan di bawah;

Selaras dengan pendedahan identiti yang disertakan ini, admin amat berharap agar si pelaku dan pembuat video kontroversi ini dikenakan tindakan tegas sepertimana yang dikenakan terhadap pasangan blogger porno Alvin dan Vivian. Mungkin bakal ada yang mengatakan bahawa ia adalah isu lapok kerana membangkitkan semula video yang sudah diterbitkan bertahun lamanya, namun bagi admin, sekalipun ianya dilakukan berpuluh tahun yang lalu, sekiranya ianya tidak dipadam, ia secara jelas tidak menggambarkan rasa penyesalan di dada pelaku!!!

Tuesday, 30 July 2013

(VIDEO) Padah Minum Coke Sambil Kunyah Mentos



Mungkin ada di antara kita pernah melihat atau menonton video demo memasukkan gula-gula mentos ke dalam botol berisi air Coca-cola. Tetapi pernahkah anda melihat kesannya apabila seseorang itu cuba untuk minum air coke sambil menelan gula-gula mentos? Anda boleh tonton video di bawah ini.
Kesannya sangat mengerikan! Namun jangan sesekali kita mencuba-cubanya di rumah kerana kesannya sangat membahayakan. Tindakbalas mentos tersebut telah menyebabkan lelaki ini memuntahkan semula air coke dengan kadar yang banyak sekali.

(GAMBAR) Duit RM10 Ada Dua Wajah Agong



Agak mengejutkan juga bila seorang lelaki dilaporkan menjumpai sekeping duit 10 ringgit dengan dua gambar agong tercetak pada salah satu muka duit kertas itu. Duit RM10 yang unik tersebut dijumpai oleh seorang pensyarah di Institut Perguruan Tawau (IPG), Lim Chee Kah.
Sehingga kini, belum dapat dipastikan bagaimana note RM10 itu menjadi begitu, mungkin kerana kesilapan akibat percetakan ataupun angkara perbuatan pengguna sendiri.
Timbul juga persoalan sama ada ianya masih sah di perlakukan dengan nilai atau tidak?
Note RM10 Ada Dua Gambar Agong

Monday, 29 July 2013

Diperintah DAP, Jalan Penang Hilang Seri Aidilfitri...



GEORGETOWN - Lazimnya menjelang sambutan Aidilfitri, Jalan Penang di sini adalah umpama Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) di ibu negara, sesak dengan pengunjung yang membeli-belah.

Lagu-lagu raya yang berkumandang menambahkan kemeriahan ketika pengunjung sibuk tawar-menawar harga pelbagai barangan keperluan menyambut hari raya yang dijual oleh ratusan peniaga.

Namun itu tinggal kenangan kerana bazar yang muncul setahun sekali berkenaan sudah tidak wujud lagi selepas Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) melarang peniaga berniaga di situ, sebaliknya memindahkan mereka ke Lebuh Dickens.
 
Walaupun hanya terletak kira-kira 200 meter dari situ, Lebuh Dickens bukanlah laluan orang ramai dan tinjauan Bernama di situ mendapati hanya ada enam peniaga manakala bilangan pengunjung pula boleh dihitung dengan jari.

"Walaupun kami menjual dengan harga yang murah berbanding di kedai, pelanggan tidak berkunjung ke kawasan ini dan suasana tahun ini sangat hambar," kata peniaga kain pelikat dan telekung Mohd Hambali kepada Bernama.

Bagi peniaga barangan wanita, Siara Abdul Latiff, 51, MPPP hanya memberi ruang yang kecil untuk mereka membuka gerai menyebabkan orang ramai tidak tertarik untuk datang ke situ.

"MPPP bagi alasan kesesakan lalu lintas tetapi kami bukannya berniaga di atas jalan raya, kami hanya berniaga di kaki lima dan orang ramai memberi sambutan berbanding sekarang tiada pelanggan yang singgah," katanya.

Sementara itu, Pengarah Perlesenan MPPP Azman Sirun berkata pihaknya tidak membenarkan peniaga membuka gerai di kawasan Jalan Penang atas beberapa faktor termasuk keselamatan.

"MPPP sedang menaik taraf Bazar Chowrasta, jadi pihak kami takut ianya akan membahayakan orang awam mahupun peniaga-peniaga. Kami tidak mahu benda yang sama terjadi seperti kes runtuhan jambatan beberapa bulan lepas," katanya kepada Bernama di sini.

Selain itu katanya MPPP juga mengambil kira persaingan peniaga di dalam dan di kaki lima kerana mereka menjual barangan yang sama.

"Ada rungutan mengenai peniaga di dalam bazar membayar sewa yang mahal kepada tuan punya bangunan dan peniaga-peniaga gerai kaki lima hanya membayar sewa yang murah kepada pihak MPPP," katanya. - Bernama

Peluk Islam kerana senyuman banduan


Seorang Atheis Amerika yang bekerja sebagai pegawai keselamatan di penjara Guantanamo memeluk islam kerana melihat tahanan muslim selalu tersenyum.

Terry Holdbrooks tiba di Guantanamo pada tahun 2003.Ketika itu beliau berusia 19 tahun datang sebagai seorang atheis namun setahun kemudian menjadi seorang Muslim yang taat.
Holdbrooks mengaku yang beliau merasa kagum dengan tahanan-tahanan penjara yang boleh bangun setiap hari dalam keadaan tersenyum walaupun tak berdaya dan terpasung di sebuah kem penjara dengan tipisnya harapan untuk mendapat kebebasan..

Beliau memeluk Islam setelah menghabiskan banyak masa berbincang dengan beberapa tahanan yang boleh berbahasa Inggeris.Beliau merasakan ada sesuatu yang tidak diketahui melainkan perkara itu hanya ada di dalam islam.Maka Terry Holdbrooks mula bertanya mengenai islam sehingga berjam-jam,Kemudian Seorang dari tahanan penjara memberikan kepadanya salinan al Quran untuk dipelajari.Alhamdulillah beliau telah islam ditangan salah seorang tahanan di penjara tersebut.

SOKONGAN BUDAK HARAM JADAH !!!





Kalau ikut cakap budak syiah ni.., filem The New Village tu tak rasis.. Kata dia lagi.., komunis pun memperjuangkan kemerdekaan dari British..



Sebab tu lah mamat syiah ni beria-ia benar nak tengok filem terbaru hasil karya puak-puak kiasu pemakan babi di Tanah Melayu ni.. Tak tahulah sebab apa dia nak sangat tengok kann.., maybe dia pun nak jadi komunis kot agaknya..

Ye lah.., apa bezanya syiah tu dengan komunis beb.. Dua-dua memang hampeh lagi menyusahkan!! Dan lagi satu persamaan diantara Syiah dan Komunis ialah.., dua-dua fahaman gampang tu lah yang diminati oleh Mat Sabu..

Sapa Mat Sabu tu ye?? Bukan Mat Sabu tu Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia yang mengaku boleh bawa ahli ke syurga tu ke??? Errr..., Khalid Ismath tu pun penyokong Pas jugak kannn..? 

So maknanya...., bila Komunis campur dengan Syiah..., hasilnya ialah Pas memang bangang!!! Tidak syak lagi!!!! Hahahahahaha..

Gambar Berapi: Bil Letrik Pun Dah Jadi Kad Jemputan.. Jom Terjah!!!

kad kahwin versi resit TNB

PANAS BERAPI! HINGGA KINI CHORUS HOTEL MASIH BEBAS MENJUAL MAKANAN TIDAK HALAL! MANA PERGINYA JAKIM?


Penafian yang dibuat oleh Hotel Corus terhadap larangan pekerja wanita dipaksa 
membuka aurat ketika berada di Hotel mereka adalah satu lagi pembohongan 
tambahan dan amalan tidak beretika hotel ini.

Buat ketika ini, salah seorang mangsa telah bersetuju agar aduan mereka kepada 
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dipaparkan bersama kepada masyarakat 
untuk kepentingan menunjukkan kebenaran. (Rujuk laman www.ppim.org.my).

Satu lagi pembohongan yang dibuat oleh CEO hotel ini, adalah dakwaan sijil mereka 

ditarik balik kerana mengambil bekalan ayam daripada pembekal yang sijil halal 
mereka dikeluarkan oleh JAWI. Ini juga merupakan pembohongan yang nyata.

Di atas amalan mereka berhohong dan menipu pengguna, PPIM menyeru orang 

ramai agar menyebarkan berita ini dan juga memboikot hotel inisebagai pengajaran 
kepada mereka yang sengaja menghina pengguna Islam agar belajar menghormati 
sensitiviti agama bagi mengekalkan semangat hormatmenghormati yang menjadi 
asas kepada kemakmuranNegara ini.

Sehubungan dengan itu, Dato’ Nadzim Johan, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam 

Malaysia (PPIM), menyarankan supaya pihak JAKIM mengambil tindakan tegas bagi 
menentukan penghinaan seperti ini tidak berlaku lagi dan menentukan pemberian 
sijil halal hanya kepada syarikat yang mengamalkan etika bertepatan dengan syariat 
Islam.

HOUSE PK: Hingga saat ini, JAKIM masih belum berbuat apa-apa. Ada pihak yang 

menelefon JAKIM dan bertanyakan mengenai hal ini, JAKIM jawab tak perlu nak 
sibuk mereka tahu apa mereka buat. Yalah JAKIM bebal, kami bukan nak menyibuk 
cuma kami risau ramai umat Islam termakanbenda tak halal.

Apa hal JAKIM jadi Yahudi ni? Inilah masalahnya bila ramai Pak Lebai PAS dalam Jakim. 

Benda yang patut mereka buat, tanggungjawab mereka, langsung depa tak peduli, 
isu ini telag dibangkitkan dari Khamis lepas lagi. Tapi JAKIM lubok PAS ni lebih syok 
sibuk perihal politik sahaja nampaknya.

Elok juga JAKIM diganti dengan orang yang baru! Jamil Khir hang tidoq ka? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More