Translate

Saturday, 18 May 2013

Luna Maya Masih Berhubung Dengan Ariel Dan Buat Bisnes Kasut Bersama

Pastinya ramai yang teruja apabila pertama kali aktres Indonesia yang cukup popular di sana, Luna Maya datang ke Malaysia semalam untuk mempromosikan filem terbaru arahannya bersama 2 lagi pengarah wanita “Pintu Harmonika” yang akan ditayangkan secara eksklusif serentak dengan pawagam di Indonesia pada 23 Mei ini. Kesempatan yang diterima membolehkan pihak media di Malaysia bertanyakan soalan yang sedia maklum ramai peminat di Malaysia tertunggu-tunggu. Masih berhubung dengan Ariel, Luna Maya akui kerap bertemu dengannya jika ada kesempatan dan kini mereka berdua mempunyai perniagaan kasut bersama. Kalau dah buat bisnes kasut bersama, dan dulu pun memang bercinta takkan lah tetiba putus dan melakukan bisnes sekali kan? Mungkin takut dengan kontroversi kerana sedia maklum media di Indonesia bukanlah seperti di Malaysia yang masih mengekalkan etika kerjanya membuatkan Luna tidak petah berbicara tentang kisah peribadinya dan lebih senang bercerita mengenai produk yang bakal dikeluarkan kelak. “Saya dan Ariel masih lagi berjumpa dan berbincang mengenai perniagaan kami, untuk berbincang ke arah perkahwinan saya masih belum bersedia.” Dalam pada masa yang sama Luna turut memberitahu bahawa dia dan Ariel kini sibuk dengan karier masing-masing. Walaubagaimanapun, Luna Maya terima seadanya dan tiada paksaan untuk mendirikan rumah tangga pada waktu terdekat. “Kalau ikutkan saya ini tiada masa untuk rehat, kalau ada pun saya cuma dapat luangkan masa pergi menonton filem dan jika ada cuti hari minggu lama sikit saya akan balik ke Bali untuk berjumpa dengan keluarga saya yang menetap di sana.” Kami di Malaysia doakan kesuksesan anda dan moga-moga sampai jugalah berita pernikahan anda dengan Ariel kalau dijodohkan nanti ya..



JAIS Kini Sahkan Shahz Jaszle Ditahan Khalwat

Dalam satu kenyataan yang di’keluarkan kepada media, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan identiti pelakon terkenal yang di’tangkap khalwat awal pagi Khamis sebagai Shahz Jaszle. Shahz Jaszle bertunang dengan Redzwani Puteri pada Disember 2012 yang lalu dalam satu majlis tertutup. Shahz Jaszle sebelum ini juga pernah di’kaitkan bercinta dengan Maria Farida & Miera Liyana. Pelakon lelaki ini juga pernah popular dengan beberapa buah drama hits seperti Asmara dan Cinta Qaseh di TV3 selain merupakan tunjang kepada filem remake Azura 2012 arahan Aziz M. Osman.SHAH ALAM, 16 Mei 2013 – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan bahawa Mohd Shahrizal Jaszle Bin Jasmi atau lebih dikenali sebagai Shah Kaszle telah ditahan oleh Bahagian Penguatkuaasaan JAIS pada 3.30 pagi bertempat di Apartment Taman Sri Subang. Penahanan Mphd Shahrizal Jaszle berdasarkan kepada Seksyen 29 (1) A & B, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995. Pengangkapan dibuat berdasarkan aduan awam ke Bahagian Penguatkuasaan semalam. Bersama sama ini dilampirkan Seksyen 29 (1) A & B, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 untuk tindakan dan makluman.


Thursday, 16 May 2013

Saiful Bukhari bakal kahwini personaliti TV3?

KUALA LUMPUR 16 Mei - Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang terbabit dalam kes liwat Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menamatkan zaman bujangnya pada 25 Mei ini. Menurut sumber, perkahwinan Mohd. Saiful Bukhari dengan personaliti TV3, Nik Suryani Megat Deraman itu akan dilangsungkan di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Pada 2008, Mohd. Saiful Bukhari telah membuat sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan bahawa dia telah diliwat oleh Anwar. Dia kemudian mengulangi sumpah tersebut di hadapan Kaabah dan rakaman video itu didedahkan baru-baru ini. Manakala Nik Suryani pula adalah wartawan TV3 yang pernah diherdik oleh Anwar dalam satu sidang akhbar pada April 2011 gara-gara bertanyakan soalan berhubung jam Omega milik pemimpin pembangkang itu. Laporan mengenai perkahwinan Mohd. Saiful Bukhari dan Nik Suryani itu disiarkan di laman blog Empayar Pemuda petang ini. Bagaimanapun sehingga kini belum ada kenyataan rasmi oleh Mohd. Bukhari mahupun Nik Suryani mengenai perkahwinan mereka.


Gambar: Pulang Dari Umrah & Eja Ambil Keputusan Untuk Berhijab Kekal

Rasanya baru sahaja tidak berapa lama dahulu kita melihat Eja & keluarga bercuti di mengelilingi Australia dan kali ini ada berita lebih menari untuk di’kongsikan dengan anda semua. Baru pulang dari mengerjakan umrah baru baru ini, Eja telah mengambil keputusan untuk terus berhijab secara kekal selepas tidak putus putus berdoa dan berkat petunjuk dari Allah. “Sebenarnya, saya berhajat ingin memakai tudung selepas usia memasuki 40 tahun tetapi hasrat itu terkubur kerana kesibukan saya” “Tahun ini, saya berpeluang membuat umrah sekali lagi dan alhamdulillah apabila balik ke sini saya tidak mahu membuka tudung lagi” “Saya tidak putus-putus berdoa dan alhamdulillah berkat petunjuk daripada Allah, saya langsung tidak mahu membukanya lagi” “Tetapi, saya tidak mahu bercakap lebih banyak kerana baru lima hari saya pulang ke sini. Semoga Allah permudahkan & menetapkan hati saya untuk terus membawa kebaikan ini,”


Ning Baizura & Suami Perkenal Ryan Sky Dalton Buat Pertama Kali Kepada Umum

Buat pertama kali sejak lahir pada 31 Januari 2013, anak sulung pasangan Ning Baizura & Omar Shariff membuat kemunculan pertama di’khalayak umum dalam satu sidang media. Ala BeyoncĂ© tahu? Dalam sidang media ringkas yang berlangsung di Neo Tamarind ini Ryan Sky Dalton di’perkenalkan kepada semua dan menamatkan penantian peminat yang mahu melihat wajah comel bayi ini. Berkata kepada media, Ning Baizura & suami merancang untuk pulang ke Ireland sekitar Julai atau Ogos ini untuk membawa Ryan Sky Dalton untuk bertemu dengan keluarga di sebelah sana.

Pelakon Lelaki Terkenal Kena Tangkap Khalwat

SHAH ALAM – Seorang pelakon lelaki terkenal tempatan ditangkap khalwat oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang di sini, Khamis. Pelakon berusia 25 tahun itu, yang pernah bertunang pada Disember tahun lepas, ditahan pada 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam. Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin, dalam satu kenyataan pada Khamis, mengesahkan bahawa pelakon itu, yang sudah bertunang Disember lepas, ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jais berdasarkan maklumat awam. “Dia ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995,” katanya. Pelakon berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan wanita yang lebih berusia serta seorang lagi pelakon wanita, namun hubungannya dengan mereka berakhir begitu sahaja. Psst, siapa?

Wednesday, 15 May 2013

Gambar: Kekasih Baru Fauziah Latiff?

Lama ‘kan tidak kita dengar kisah terbaru Fauziah Latiff. Beberapa hari lalu, penyanyi juga pelakon ini mengirimkan dua keping gambar ke laman sosial Instagram yang menjadi asas gossip ini hari ini. Dua keping gambar tersebut menunjukkan Fauziah Latiff bersama seorang jejaka yang salah satu gambarnya datang dengan caption Soulmate dan ini menimbulkan spekulasi di’kalangan peminat yang melihat. Tidak dapat di’kenalpasti siapakah gerangan lelaki di’samping Fauziah Latiff ini tetapi dalam kedua dua gambar mereka tampak bahagia bersama. Peminat yang melihat gambar itu di Instagram juga meninggalkan komen positif mendoakan kebahagiaan pasangan ini selain ramai yang gembira Fauziah Latiff sudah bertemu seseorang yang boleh di’gelar soulmate. Hujung Disember tahun lalu, Fauziah Latiff tampil menafikan yang beliau sudah berkahwin secara senyap senyap dengan seorang lelaki bergelar VIP selain berkata selesa hidup solo ketika itu

Eina Azman Beri Tempoh Tujuh Hari Untuk Ibu Afiq Muiz Mohon Maaf

Dalam isu keluarga Afiq Muiz yang menghiasi kebanyakkan media hari ini, nama Eina Azman pasti tidak ketinggalan kerana beliau di’dakwa sebagai punca pergolakan antara Afiq Muiz & keluarganya. Pada sidang media bersama Afiq Muiz semalam, Eina Azman kesal yang namanya telah dikaitkan dalam konflik keluarga pelakon tersebut sehingga menjejaskan nama dan reputasi sebagai seorang artis. “Saya sangat marah dan apabila ibu Afiq tuduh saya kikis duit dia, sekali pun saya tidak pernah ambil duit dia sebab saya ada duit sendiri” “Saya harap dia tampil buat kenyataan bersihkan nama saya dan jika tidak saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap ibu & adik-adiknya” Untuk itu, Eina Azman memberikan tempoh seminggu kepada ibu Afiq Muiz untuk memohon maaf secara terbuka melalui media dan boleh menerima semula Afiq Muiz sebagai anaknya untuk tidak memanjangkan cerita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More