Translate

Thursday, 9 May 2013

Salman bakal berkahwin?

Setelah sering kecundang dalam percintaan, aktor berbadan sasa, Salman Khan dikatakan serius menjalinkan hubungan dengan aktres yang berasal dari Rumania, Lulia Vantur. Menurut sumber, pada mulanya mereka hanya berkawan, tapi selepas mengenal hati budi masing-masing, Salman mengambil keputusan untuk menjalinkan hubungan dengan lebih serius. “Pertemuan mereka pada kali pertama dua tahun lalu, ketika itu Salman bercuti ke luar negara. “Pasangan ini juga dikatakan sering berjumpa di salah satu hotel bintang lima yang ada di Bandstand, Bandra,” kata sumber itu.

Scha, Awal saling melengkapi

Tanggal 4 Mei lalu, genap setahun ikatan perkahwinan selebriti popular, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya. Namun, sambutan ulang tahun pertama mereka bukanlah diraikan dalam satu majlis khas seperti kebanyakan selebriti lain. Bagi Scha atau nama sebenarnya, Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 30, baik dirinya mahupun Awal, mereka kurang gemar menyambut tarikh-tarikh tertentu. "Kami tidak mengamalkan sambutan dalam perkara-perkara sebegitu kerana tidak mahu ianya dijadikan sebagai rutin. "Saya lebih selesa sederhana dan tidak meletakkan waktu-waktu tertentu untuk meraikan bersama suami. "Jika ada rezeki lebih, Awal akan bagi hadiah dan begitu juga dengan saya tanpa menunggu tarikh itu. Namun, kami juga tetap meluangkan masa bersama untuk menikmati makan malam pada hari itu," katanya yang berharap agar rumah tangga yang dibina sentiasa diserikan dengan kebahagiaan. "Setiap pasangan mengimpikan rumah tangga yang bahagia dan perkara yang elok-elok. "Kami sama-sama berharap agar kedua-duanya mendapat apa yang diinginkan dalam kehidupan masing-masing. Begitu juga dalam hubungan suami isteri," katanya. Scha dan Awal mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 selepas bercinta selama tiga tahun. Bercuti ke Barcelona Menurut Scha, kesibukan jadual kerja membuatkan dia dan Awal sukar untuk meluangkan masa bersama. Namun, jika ada masa yang terluang, pasti akan diisi dengan aktiviti bersama. Pun begitu, Scha memberitahu, dia dan Awal ada membuat perancangan untuk bercuti di luar negara. "Insya-Allah, jika ada kelapangan, kami akan bercuti di Barcelona. Namun, sehingga kini masih belum ada tarikh yang sesuai. "Untuk pergi melancong, kami kena memastikan jadual masing-masing tidak terganggu. Saya tidak mahu percutian itu memberi masalah kepada komitmen kerja pula. "Mengikut perancangan asal, kami akan ke sana pada tahun ini. Jika tiada aral melintang, Insya-Allah, sampailah nanti," katanya yang bakal muncul dalam drama 24 episod di Astro Prima, Bila Hati Perempuan Menjerit dan telemovie untuk TV9, Sweet Lola. Percaya pada Awal Cuba menduga tahap kesangsian pada suami, Scha ketawa kecil dan nyata tidak cepat melatah walaupun ramai yang risau melihat Awal bergandingan bersama wanita lain menerusi lakonan. Malah, Scha mengakui dia sangat bertuah memiliki Awal kerana suaminya bukanlah lelaki yang sukar untuk dijaga. "Alhamdulillah, saya dikurniakan suami yang baik dan tidak banyak karenah. Malah, saya percaya pada Awal. "Sepanjang setahun usia perkahwinan, dia masih lagi Awal yang dulu dan tidak berubah apa-apa. "Dari segi lakonan pula, dia tahu menjaga batas-batas untuk bergaul bersama pelakon wanita dan saya tiada masalah dalam hal itu memandangkan saya juga pelakon," katanya yang memberitahu Awal kini turut sibuk dalam mengendalikan program terbaru di Astro Ria, Gadis M2. Belum fikir soal anak Di saat rakan-rakan artis teruja dengan kehadiran cahaya mata, Awal dan Scha masih lagi menanti 'orang baru'. Bukan tidak bersedia, namun akui Scha, mereka berhadapan dengan kekangan waktu untuk bersama. "Buat masa ini, kami masih sibuk dengan kerjaya masing-masing. Jadi, tidak pernah terlintas persoalan di fikiran kami mengenai anak. "Memang saya sudah bersedia untuk bergelar 'mummy', namun saya harus akur dengan kesibukan kerja kami. "Malah, saya tidak risau kerana ia baru tahun pertama dan ia peratusan normal jika masih belum punyai zuriat. Pun begitu, saya tidak menolak sekiranya ada rezeki," kata pelakon filem, Awan Dania The Movie, ini. Dipilih untuk mengendalikan program carta lagu tempatan popular, Muzik Muzik musim ke-28 bersama AG, Scha mengakui rancangan itu berjaya meningkatkan kemahirannya dalam bidang pengacaraan. "Sebelum ini, saya memang ada niat untuk menceburi bidang pengacaraan pada tahun ini. "Alhamdulillah, hasrat saya untuk mencuba bidang pengacaraan sudah tercapai. Pun begitu, saya masih lagi belajar untuk memperbaiki kelemahan. "Saya akui, tugas pengacaraan rancangan ini bukanlah perkara yang mudah. Namun, saya akan cuba sebaik mungkin untuk menghiburkan penonton di setiap minggu," katanya yang kini bukan lagi, Wajah Eksklusif Astro. Tambah Scha, Muzik-Muzik 28 adalah program pertamanya bersama Media Prima Berhad setelah kontraknya bersama Astro sudah tamat.

Gara-gara kasut tumit tinggi Kardashian

KIM KARDASHIAN sebelum ini mengakui hamil bukan suatu perkara yang mudah buat dirinya. Bintang realiti TV itu kini sedang hamil anak sulung hasil perkongsian cinta dengan kekasihnya, penyanyi Kanye West. Ternyata kehamilan adalah sesuatu yang sukar buat Kim, khususnya kerana dia agak obses dengan kasut tumit tinggi. Biarpun usia kandungannya itu kini sudah mencecah tujuh bulan, Kim, 32, tetap ingin kelihatan seperti tidak hamil menerusi pakaian ketat yang digayakan lengkap dengan kasut tumit tingginya. Baru-baru ini, Kim berada di sekitar Los Angeles dengan menyarung kasut tumit tinggi daripada jenama Givenchy yang baru dibelinya. Mahu tahu apakah yang terjadi kepada kakinya itu? Kim sendiri mendedahkan jawapannya menerusi Instagram miliknya. Memuat naikkan gambar kakinya yang bengkak gara-gara menyarungkan kasut tumit tinggi tersebut, dia menulis dalam Twitternya yang berbunyi: "Kaki bengkak atau tatu baharu Givenchy?" Kim sebelum ini menyelar kritikan media terhadap gaya pemakaiannya ketika hamil. Ujarnya kepada Extra TV: "(Kritikan) itu agak melampau. Saya gemarkan fesyen. Saya gemar membuat eksperimental dengan fesyen sebab itu saya cuba semua jenis baju rekaan terbaharu - tidak kiralah sama ada saya tengah mengandung atau tidak hamil. Fesyen adalah sesuatu yang menyeronokkan buat saya." Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0510&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm#ixzz2Sl9exEVV Hakcipta terpelihara

Wednesday, 8 May 2013

Siti Saleha Bakal Bawa Watak Lesbian Dalam Filem Terbaru

Tentu para peminat Siti Saleha tertanya-tanya apa kaitan Siti Saleha dan lesbian. Siti Saleha memang seorang lesbian tetapi itu hanyalah dalam filem Tujuh yang bakal dibintanginya tidak lama lagi. Dalam filem tersebut Siti Saleha akan berprewatakan sebagai Tina yang merupakan seorang Lesbian. Ketika ditanya mengenai anggapan orang terhadapnya selepas ini, secara ringkas dia menjawab itu hanyalah lakonannya semata-mata. “Saya akan melakonkan watak Tina, seorang Lesbian dan ini merupakan watak yang berbeza dari yang lain kerana sebelum ini saya lebih kepada watak yang baik, sopan dan ini merupakan watak antagonis, yang benar-benar mencabar keupayaan diri saya untuk melakonkannya dengan baik” “Saya tidak ada masalah tentang apa orang akan bercakap mengenai diri saya ini, kerana saya tahu ini merupakan sebuah filem — sebagai pelakon yang perlu mengikut watak & skrip yang telah diberi oleh pengarah, dan perlu untuk saya jayakannya dengan sebaik mungkin” “Saya tahu masyarakat & peminat mengerti ini hanyalah watak saya dalam filem sahaja dan di luar saya normal,” ujarnya sambil berseloroh. Dia juga membuat sedikit kajian mengenai lesbian dengan menggunakan internet, filem dan juga buku untuk melihat bagaimana kaum minoriti ini, bergaul bersama-sama dengan masyarakat. “Saya membuat sedikit kajian dengan menggunakan internet, filem yang berunsurkan lesbian dan membaca sedikit artikel mengenainya,” kata Siti Saleha. Sementara itu, bercakap mengenai kisah percintaan beliau, Siti Saleha mengaku yang beliau masih solo dan tidak mempunyai hubungan dengan mana mana lelaki. “Sejujurnya saya masih solo dan tidak mempunyai mana-mana teman lelaki dan biarlah itu semua datang kemudian, yang penting biarlah saya fokus kepada dunia lakonan ini dahulu,” tambahnya lagi.

Gambar: Neelofa Selam Skuba Di Pulau Redang Bersama Fahrin Ahmad

Ramai yang sedia maklum yang filem adaptasi novel Pilot Cafe kini sedang rancak dalam penggambaran dan bakal habis tidak lama lagi. Pulau Redang menjadi salah satu lokasi penggambaran filem ini. Peminat hiburan baru baru ini tertarik dengan gambar dan video yang telah di’kirimkan oleh Neelofa melalui akaun Instagram juga Keek beliau yang menunjukkan selebriti ini melakukan aktiviti selam skuba. Turut kelihatan bersama Neelofa adalah rakan pelakon dalam Pilot Cafe, Fahrin Ahmad dan menurut video yang di’kirim ini merupakan kali pertama Neelofa mencuba aktiviti selam skuba ini. Lebih menarik, para peminat sebenarnya ramai yang memuji wajah Neelofa yang kekal cantik walaupun tidak mengenakan sebarang make up — maklumlah mahu terjun laut, tidak perlukan wajah cantik.

Sakinah: Noor Dayana Redha Kalau Saya Berkahwin Dengan Ashraf Muslim

Ah semakin menarik perkembangan isu Ashraf Muslim yang di’khabarkan ingin berkahwin dua ini. Hari ini menerusi Harian Metro, seorang gadis tampil memberikan penjelasan akan isu ini. BACA: Ashraf Muslim Enggan Komen Gossip Ingun Berkahwin Kali Kedua Gadis yang mahu di’kenali sebagai Sakinah ini berkata yang beliau sudah lama mengenali Ashraf Muslim & Noor Dayana juga tahu akan kewujudan dirinya dalam hidup selebriti dan pengamal perubatan Islam itu. “Saya kenal dia sebelum mereka berkahwin lagi. Dayana pun mengenali saya dan kami sudah berjumpa bercakap mengenai hal ini. Cuma dia pesan, kalau boleh elakkan perkahwinan” “Bagaimanapun, jika ianya berlaku, dia redha,” ujar Sakinah yang juga mengatakan beliau sudah melakukan solat Istiqarah dan sudah mendapat petunjuk daripada Allah SWT. “Bagaimana pun perkara ini terlalu peribadi untuk dikongsi. Lagipun saya harus menjaga hati banyak pihak, bukan sahaja keluarga saya, tetapi juga keluarga Ashraf & isterinya,” tambah wanita berusia 28 tahun itu lagi.

Monday, 6 May 2013

Tasha Shilla, Nur Fathia Habis RM26,000 Berbelanja Sakan Di Kota Paris


Mungkin lebih lagi tetapi itulah jumlah yang di’laporkan oleh Harian Metro keluaran hari ini akan perbelanjaan mewah Tasha Shilla & Nur Fathia ketika mereka berada di kota fesyen terkenal, Paris. Tasha Shilla di’khabarkan telah membeli dua kasut tumit tinggi jenis pumps berjenama Christian Louboutin yang masing masing berharga RM4,000 & RM5,800. Bukan kasut orang kebanyakkan. Heh. Selain menunaikan impian memperagakan kasut jenama terkenal Christian Louboutin itu di kota Paris, Tasha Shilla turut membawa pulang sebuah beg tote berjenama mewah Prada bernilai RM6,000. Nur Fathia pula tidak melepaskan peluang untuk membeli sebuah beg tangan jenama Chanel yang berharga hampir RM10,000 selain beberapa barangan lain termasuk kasut jenama Christian Louboutin juga. Siapa kata bergelar pelakon hari ini tidak mampu survive dalam Malaysia? Berikut adalah beberapa keping gambar Tasha Shilla & Nur Fathia bersama Fizo Omar juga Aiman Hakim Ridza di kota Paris. Enjoice!

Anak VIP Menaja Kehidupan Diana Danielle Di Sydney?

Kalau anda mempunyai masa untuk peduli akan dunia hiburan tempatan semalam ketika sibuknya Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13), anda pasti terbaca tulisan tentang Diana Danielle ini di Berita Harian. Menerusi ruangan Desas Desus dalam sisipan Bpop semalam, Zubir Yunus menyampaikan cerita yang katanya kehidupan Diana Danielle di Sydney, Australia ketika ini adalah atas tajaan seseorang. Bukan mana mana VIP berpangkat tinggi, tetapi individu bermurah hati tersebut khabarnya adalah kawan perempuan Diana Danielle sendiri yang juga merupakan anak kepada seseorang yang bergelar VIP. Anak VIP tersebut juga khabarnya telah membawa pulang Diana Danielle secara rahsia ke Malaysia baru baru ini kerana kerajaan Australia tidak menggalakkan warga asing bersalin di negara tersebut. Dalam tulisan yang sama, Zubir Yunus turut mempertikaikan sama ada benar Diana Danielle menyambung pelajaran di Sydney kerana kemaskini status & gambar di Instagram mahu pun Twitter tidak selari. Peminat sendiri boleh melihat yang Diana Danielle lebih kerap menulis tentang tips kecantikan & menjual produk kecantikan dari menulis tentang kehidupan sebenar beliau sebagai pelajar di’sana. Hmm.

Takut Tidak Jadi, Aiman Hakim Ridza Enggan Komen Bercinta Dengan Nur Fathia

Beberapa minggu lalu, kecoh juga dunia hiburan Malaysia apabila ada gossip mengatakan yang pasangan Aiman Hakim Ridza dan Nur Fathia bermesra sakan sebelum sama sama berlepas ke Paris. BACA: Nur Fathia Dan Aiman Hakim Ridza Berpeluk Sakan Di KLIA? Namun kenyataan terbaru dari mulut Aiman Hakim Ridza sendiri menafikan yang mereka berkelakuan seperti yang di’gambarkan petugas KLIA & jauh dari apa yang di’bayangkan oleh para peminat. “Sejujurnya, saya hanya meletakkan tangan atas bahu Nur Fathia. Ia lebih bersifat santai. Tapi bab berpegangan tangan itu, saya tidak mahu komen,” ujar Aiman Hakim Ridza kepada Berita Harian. Ditanya sama ada benar beliau dan Nur Fathia kini sedang bercinta, Aiman Hakim Ridza memilih untuk tidak bercakap soal peribadi atau cinta kerana takut tidak jadi seperti yang di’harapkan. “Untung mengaku setiap hubungan adalah pasangan kekasih, ia terlalu kebudak-budakan bagi saya. Kalau boleh saya nak pelihara soal peribadi ini dulu — bimbang tak jadi pula

Ashraf Muslim Akui Rumahtangga Ada Isu, Enggan Komen Dakwaan Kahwin Dua

Peminat hiburan di forum Cari baru baru ini kecoh dengan satu dakwaan bahawa Ashraf Muslim ada berkunjung ke mahkamah syariah ini untuk membuat permohonan berkahwin dua dengan izin isteri pertama. Gosip tersebut juga menyatakan yang Ashraf Muslim mengambil keputusan untuk berkahwin lain kerana beliau tidak mempunyai zuriat sehingga ke hari ini bersama isteri, Noor Dayana. Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Ashraf Muslim mengakui ada berkunjung ke mahkamah syariah tetapi enggan mengulas lanjut tentang motif atau tujuan beliau berbuat demikian. Namun, Ashraf Muslim tidak menafikan yang rumahtangga beliau bersama Noor Dayana kini mempunyai isu tetapi tetap menepis untuk menjawab dakwaan yang beliau ingin berkahwin lain. “Saya tidak perlu cakap — memang ada isu tetapi saya tidak boleh cerita sekarang,” ujar Ashraf Muslim ringkas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More