Translate

Showing posts with label Kurang Ajar. Show all posts
Showing posts with label Kurang Ajar. Show all posts

Thursday, 1 August 2013

Latheefa Koya nekad pertahankan 'gadis' video beraya dengan anjing.



Maznah Mohd Yusof, wanita yang mencetuskan kontroversi menerusi video sambutan Aidilfitri bersama tiga anjing peliharaannya akan dibawa ke mahkamah Majistret di Segamat yang berkemungkinan bagi mendapatkan perintah lanjutan reman terhadapnya.

Peguamnya Latheefa Koya berkata, Maznah telah dibawa ke Segamat awal pagi Khamis iaitu tempat di mana laporan polis pertama dibuat ke atasnya.

"Ini sesuatu yang tidak masuk akal. Mereka sepatutnya boleh menjalankan siasatan di Kuala Lumpur atau Selangor," kata pada Khamis.

Menurut Latheefa beliau sempat menemui Maznah di Bukit Aman awal pagi ini.

Maznah yang juga dikenali sebagai Chetz ditahan pada Rabu.

Wanita itu mencetuskan kontroversi apabila video yang memaparkan aksinya tiga tahun lalu menyambut Aidilfitri bersama tiga anjingnya dimuat naik ke malam YouTube pada Isnin.

Video itu menunjukkan Chetz membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat pekarangan masjid dengan suara latar takbir raya.

Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan Chetz memakai baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah-olah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.

Video itu juga menyiarkan kata-kata: "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga ekor anjing itu)."

Video itu turut memuatkan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada Chetz sekeluarga" dengan gambar lelaki duduk bersama tiga ekor ekor anjing di atas sofa.

Monday, 29 July 2013

Lagi Penghinaan Terhadap Islam - Berhari Raya Dengan 3 Ekor Anjing!! Biadap Dan Kurang Ajar!!! @PDRMsia @shaberyc




Lepas seekor, seekor mempermainkan kesucian Agama Islam. Belum sempat reda kes Alvin dan Vivian menghina Agama Islam dengan memuatnaik poster berbuka puasa dengan 'Bah Kut Teh', seekor lagi pula telah buat hal. Anak muda yang menamakan dirinya sebagai Chetz, telah memuatnaikkan video sambutan Hari Raya Aidil Fitri dengan 3 ekor anjing! 

Dengan berlatarbelakang suara takbir menyeru kepada yang Esa, digambarkan anak muda ini bersiap-siap membuat persiapan di pagi Raya dengan menghidangkan kuih raya kepada 3 ekor anjing beliau. Sungguh biadap dan kurang ajar!!!

Imam An-Nawawi menyebut di dalam Al-Minhaj: "Yang disebut najis itu adalah setiap cecair yang memabukkan, anjing, babi dan apa-apa yang lahir daripada keduanya." (Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini:1/110). Kata Al-Qardhawi, hukum membela anjing sebagai binatang kesayangan (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh Rasulullah SAW. 

Dalilnya: Daripada Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath. (Riwayat Bukhari dan Muslim dan semua ahli hadis yang lain). Inilah juga pendapat majoriti mazhab Syafie, Hanbali, Maliki dan Zahiri (al-Majmuu', IX/234).

Daripada Abdullah bin Umar, dia berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya." (Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940). 

Juga daripada Ibnu Umar RA berkata: "Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak. (riwayat Muslim no. 1571)"

Apakah anak muda ini berniat untuk menghina Islam dengan meletakkan latar belakang Takbir Raya ketika belaiu digambarkan sedang berhari raya dengan anjing? Apakah anak muda ini sememangnya berniat untuk menghina Islam atau sekadar beliau tidak peka dengan hukum hakam Agama Islam?

LEPAS SATU-SATU MAINKAN ISLAM!!! | PEMUDA YANG MENGGUNAKAN ANJING SEBAGAI SIMBOLIK HINA AMBIL WUDHU DAN SAMBUTAN HARI RAYA [VIDEO]


Ya Allah di bulan yang mulia ini, kamu bukakan satu-satu perangai Munafiqun yang sudah lama memusuhi agama Mu, bermula ajaran Syiah kamu bongkarkan satu-satu penipuan mereka, sesudah lama kita tertipu dengan ajaran mereka, kemudian kekejaman Sekularisme di Mesir yang mengikut telunjuk Yahudi dan sanggup membunuh rakyat mereka sendiri.

Terbaru kejadian yang berlaku di negara kita, nyawa sudah menjadi barang mainan dan  kerap kita melihat, mendengar dan membaca di media eletronik dan media massa pembunuhan demi pembunuhan yang mereka lakukan. Kalau nak kira tidak terhitung banyaknya..Hari ini pula aku menerima satu video penghinaan terhadap agama Islam yang dilakukan oleh Malaun yang sangat membenci Islam, Malaun ini mengunakan simbolik 3 ekor anjing menyambut bulan Mulia umat Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri berlatar belakangkan Takbir Hari Raya.
PEMUDA YANG MENGGUNAKAN ANJING SEBAGAI SIMBOLIK HINA AMBIL WUDHU DAN SAMBUTAN HARI RAYA [VIDEO]

Adakah mereka ini tidak tahu menghormati agama Islam, tidakkah mereka mengetahui bahawa anjing adalah haiwan yang haram dipegang oleh Umat Islam dan merupakan najis berat. Kenapakah mereka begitu berani berbuat demikian rupa? adakah kerajaan terlalu berlembut?....betullah apa yang diberitahu oleh Nabi Muhammada SAW 1400 tahun yang lalu perihal umat akhir zaman..

Diriwayatkan dari Tqausan r.a Rasulullah SAW bersabda: “akan terjadi, bersatunya bangsa-bangsa didunia menyerbu kalian seperti sekelompok orang menyerbu makanan”. Salah seorang sahabat bertanya: “apakah karena jumlah kami dimasa itu sedikit”. Rasulullah menjawab : “jumlah kalian banyak tapi seperti buih dilautan. Allah mencabut rasa takut dari dada musuh-musuh kalian dan Allah menanamkan penyakit ‘wahan’ dalam hati kalian.” Lalu ada yang bertanya lagi :“apakah penyakit ‘wahan’ itu ya rasulullah?” Beliau bersabda : “ Cinta kepada dunia dan takut mati!”.
(Silsilah hadist shahih no.958).

Sama2lah kita fikirkan bersama teman-teman 


Sunday, 28 July 2013

Gambar Tidak Senonoh Budak Indonesia Merayakan Tamat Persekolahan


Gambar Kelakukan Sebahagian Pelajar Sekolah Menengah Di Indonesia Merayakan Tamat Persekolahan Mereka..Memang cukup pelik..Jom lihat..








Tuesday, 2 July 2013

(GAMBAR) Masjid Jadi ‘Alas Kaki’ Di Pasaraya Di Banda Hilir



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjci9DSurACVcDr_XE_LtYenB2R6vK5dGV9XhbNOhVCqf9L674ZSJdWVgwKLFmlObWIVfYxPsoRTMsAGKONPzPWSQeiiIRKD-myMQHMZmq04B7Wug6pCoXf5pvvfBjWLdq5mapmRf3cHZps/s400/masjid.jpgTindakan sebuah pusat beli-belah di sini meletakkan gambar masjid bersama ucapan Selamat Hari Raya di atas lantai setiap pintu masuk pasar raya berkenaan mendapat bantahan orang ramai.
Ini kerana, tindakan mereka itu seolah-olah menggalakkan orang ramai memijak masjid, sekaligus dianggap satu penghinaan kepada umat Islam.
Peniaga, Aziz Embi, 58, mendakwa, kewujudan gambar masjid di atas lantai sejak kira-kira seminggu lalu amat dikesali kerana masjid merupakan simbol umat Islam, bagaimanapun pengurusan pasaraya terbabit meletakkan martabatnya di bawah tapak kaki.
“Pada mulanya saya tidak sedar perkara ini, tetapi lama-kelamaan baru saya sedar ia gambar masjid dan dipijak orang ramai setiap kali memasuki pintu masuk pusat beli-belah ini,” katanya.
Pengunjung, Khairul Arif Abdul Hakim, 25, pula berkata, pusat beli-belah berkenaan patut peka terhadap sensitiviti umat Islam.
“Walaupun saya percaya mereka berniat baik dan mahu memeriahkan suasana hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi, tetapi seharusnya hal ini tidak berlaku,” katanya ketika ditemui di pasar raya berkenaan, semalam.
Seorang lagi pengunjung, Yahya Abd. Razid, 42 berkata, pihak pengurusan sepatutnya meletakkan gambar berkenaan di dinding dan bukannya di lantai.
“Kalau nak juga letak di lantai, letak sahaja ucapan Selamat Hari Raya tanpa gambar masjid,” katanya.
Manakala, Halim Samsuddin, 34, pula berharap, pihak pengurusan pasaraya terbabit dapat mengalihkan segera gambar masjid yang diletak di atas lantai itu, sebelum lebih ramai pengunjung memijaknya.
“Pihak berkuasa juga diharap dapat menasihatkan pihak pengurusan pusat beli-belah ini dalam hal-hal berkaitan sensitiviti umat Islam,” katanya.

Alamak, Kantoi Bersetubuh Dalam Bilik Darjah!


Apa nak jadi sekarang ni, macam mana boleh dua ekor binatang tak malu ni boleh masuk ke kelas? Takkan la tak tutup pintu, hishh!

Memang memalukan betul!

Kami rasa, dua ekor binatang tak tahu malu ini mahu mengikuti kelas biologi, mengetahui lebih banyak hal-hal jasad tubuh...apa kata anda?

Saturday, 1 June 2013

LELAKI MENCAMPAK & MEMIJAK AL-QURAN DI MASJID PENGKALAN BATU


Ini merupakan klip video yang berjaya dirakamkan kamera CCTV di Masjid 
Pengkalan Batu. Seorang lelaki dilihat masuk ke dalam masjid berkenaan, 
mencampakkan Al-Quran dan memijak-mijak naskhah suci tersebut.


Ia dilakukan di hadapan sekumpulan kanak-kanak yang kebetulan berada 
di ruang itu. Ada yang kata si lahanat ni memang dikenali sebagai 
seorang mengalami masalah mental, entah betul entahkan tidak.

 Kalau sesiapa yang ada maklumat, elok salurkan pada pihak berkuasa 
agar lelaki ini diberkas dan menerima akibat dari tindakannya yang 
biadap dan kurang ajar itu.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More