Translate

Showing posts with label Macam-Macam. Show all posts
Showing posts with label Macam-Macam. Show all posts

Tuesday, 3 September 2013

Peti Sejuk Iceberg, Glacier Fulton Market Yang Menggeletar

Mari kita lihat glacier dan iceberg yang terbentuk didalam peti sejuk gergasi di fulton market. Iceberg ni telah terbentuk lebih dari 13 tahun. Dengan tahap beku yang menyejukkan kaki ayam itik, pastinya pembentukan iceberg pun menarik.

Hopefully in future ada hotel iceberg macam ni, tak payah ke kutub utara lagi. Ada sape2 nak tido tak kalau sejuk cenggini. #LOL




Sunday, 1 September 2013

Gadis Pelik Ini Tiba-tiba Muncul


Peristiwa bermula ketika seorang wartawan sebuah televisyen sedang membuat liputan berita di sebuah bandar yang agak sibuk. Sewaktu rakaman sedang dijalankan secara live, tiba-tiba terjadi satu adegan terlampau yang tidak di sangka-sangka. Di mana secara  tiba-tiba muncul seorang gadis yang berjalan selamba di belakang wartawan lelaki yang sedang membuat liputan berita itu dan terus menyelak skirt pendek yang dipakainya.

Sehingga menampakkan seluar dalam dan punggungnya tidak cukup dengan itu gadis ini beraksi seolah-olah model yang sedang memperagakan fesyen terkini secara live, sehinggakan wartawan lelaki itu tersipu-sipu malu. Tidak diketahui siapa gerangan gadis pelik ini.




Lihat Video . . .

Monday, 29 July 2013

Gambar Berapi: Bil Letrik Pun Dah Jadi Kad Jemputan.. Jom Terjah!!!

kad kahwin versi resit TNB

Sunday, 28 July 2013

Ibu usia 50 tahun digelar Incredible Hulk


STEPHENS menggelarkan dirinya sebagai Incredible Hulk selepas otot-otot tubuhnya boleh membengkak tatkala menghadapi tekanan.

KISAH filem Incredible Hulk mengenai seorang lelaki, Bruce Banner yang boleh bertukar menjadi makhluk perkasa berwarna hijau telah mendapat sambutan menggalakkan di pawagam seluruh dunia pada tahun 2008.

Banner yang merupakan seorang lelaki normal secara tiba-tiba boleh berubah menjadi makhluk bersaiz besar selepas dia terkena sinar gama.

Namun, seorang ibu di Wednesbury, West Midlands, United Kingdom, Helen Stephens hampir mengalami situasi seperti watak Banner itu.

Cuma Stephens bukan seperti Banner yang berubah menjadi makhluk perkasa selepas dia menjadi marah setelah terkena sinar gama. Tubuh Stephens mengalami situasi yang hampir sama dengan Banner selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun 1999.

Penyakit misteri yang dialaminya itu menyebabkan dia kini hanya terlantar di atas katil.

Otot Stephens yang berusia 50 tahun itu akan membengkak apabila dia mengalami tekanan dan mendengar bunyi bising.

Sekumpulan pakar neurologi di Hospital City, Birmingham percaya ibu kepada tiga orang anak itu menghidap penyakit Sindrom Stiff Person pada tahun 2004.

“Saya menggelarkan diri saya seperti Hulk, Arnold Schwarzenegger atau Rambo. Saya seperti seorang ahli bina badan,” kata Stephens.

Wanita itu akan disuntik dengan ubat diazepam untuk mengendurkan otot apabila badannya membengkak.

Bagaimanapun, beberapa ujian terbaharu menunjukkan dia sebenarnya masih belum disahkan menghidap sindrom itu.

Setakat ini doktor masih belum mengetahui penyakit sebenar yang dihidapinya.

Stephens menyalahkan nahas kereta yang dialaminya itu sebagai punca dia menghidap penyakit tersebut.

Kisahnya itu telah disiarkan dalam sebuah dokumentari di Channel 5 di Britain, baru-baru ini.

Saturday, 27 July 2013

(8 Gambar) Tajuk Filem Hampir Sama


Bukan disengajakan pun, tajuk hampir sama...kan!! tapi kenapa yee....??








Thursday, 25 July 2013

Nyaris Kena Baham Kepala Masuk Dimulut Buaya


Seorang pelatih buaya di Bangkok nyaris maut apabila seekor buaya yang terlibat dalam satu persembahan bertindak membaham kepala pelatih tersebut sebelum menghempasnya beberapa kali ke tanah, lapor akhbar Daily Mail semalam.


Insiden yang menakutkan itu berlaku apabila buaya terbabit bertindak merapatkan rahang mulutnya sebaik sahaja pelatih taman buaya berkenaan meletakkan kepalanya di dalam mulut buaya tersebut.
Aksi berbahaya dengan meletakkan kepala di dalam mulut buaya adalah sebahagian daripada salah satu acara tarikan pelancong di Thailand.Kejadian yang mendebarkan itu berjaya dirakamkan oleh para penonton di Taman Buaya Samut Prakan, Bangkok.

Para penonton yang berada di tempat kejadian menjerit ketika reptilia tersebut membaham kepala pelatih taman berkenaan.

Menurut laporan akhbar tempatan, pelatih taman buaya yang berusia 27 tahun itu berjaya meloloskan diri dan hanya mengalami kecederaan ringan di kepala.Sebelum itu, buaya tersebut telah menghempaskan badan pelatih buaya berkenaan beberapa kali sebelum melepaskannya.Beberapa akhbar tempatan berkata, insiden itu pertama kali berlaku di taman tersebut.-Kosmo 

mencari rezeki..sanggup gadai nyawa sendiri

Thursday, 18 July 2013

Inikah sayur mutan akibat kebocoran nuklear Fukushima?



 Tomato

Gempa yang menyebabkan tsunami hebat di Jepun pada 2011 lalu menimbulkan kesan panjang setelah kejadian. Keadaan tersebut semakin parah dengan bocornya loji nuklear di Fukushima. Bukan hanya manusia menjadi mangsa, tanaman pun ikut tercemar kebocoran nuklear.

 Buah peach

Sebuah website di Korea menerbitkan foto bunga, sayur-sayuran dan buah yang terkena kesan kebocoran nuklear Fukushima. Di sana kelihatan keadaan fizikal tanaman itu seperti alien kerana bentuknya tidak karuan. Ada tomato dengan bentuk meletup, buah peach dan terung yang menggandakan diri hingga kobis raksasa.

 Kobis

 Namun website tersebut tidak mengungkap asal sayur dan buah "mutan" itu berasal dari daerah mana. Sehingga kini belum boleh dipastikan juga foto tersebut adalah akibat dari kebocoran nuklear Fukushima. Meski begitu pada awal tahun ini memang dijumpai ikan yang terkena radiasi nuklear

 Bunga matahari

Ikan yang ditemui di dekat loji utama nuklear Fukushima itu ternyata mempunyai kandungan radiasi 2,500 kali lebih tinggi dari pasras biasa untuk haiwan laut. Pada Oktober 2012 juga banyak mencari ikan lain di perairan Fukushima yang terkena radiasi. Level radiasi itu lebih tinggi 10 kali dari yang diukur pada Ogos.


Daily Mail/wowkeren

Tuesday, 9 July 2013

(EDISI SPAM) Siapa Adriana21 ni?


Tiap-tiap hari gua dapat emel dari si Adriana21 ni..siapakah gerangannya orang ni yek? 


For sure, memang dia seorang SPAMMER..no doubt..and most probably a hacker. Gua pasti bukan gua seorang saja yang dapat emel berbaur lucah dari makhluk ni. Entah datang dari mana agaknya. 

Bila tiap hari dapat emel yang menyemak ni, gua pun teringin juga nak tahu siapa makhluk ini. Then gua tanya la mr.google..first page yang gua singgah ialah yahoo answers..katanya, si Adriana ni bukan manusia tetapi robot..erm..okay, gua percaya. 
Ini Adriana yang pelik...tapi of course bukan dia yang gua maksudkan.. :)
Moga moga si Adriana21 ini berhenti buat benda-benda yang tak berfaedah. Dah lah kena kutuk...buat orang lain meluat lagi..kesian dengan mereka yang bernama Adriana..terus kena label sebagai spammer..huhu..

Sekian..selamat berpuasa kepada rakyat Malaysia..hehe

Thursday, 4 July 2013

Tradisi Melompat Unta Di Yaman "video


Para lelaki suku Zaraniq yang tinggal di pantai barat Yaman, mempunyai tradisi "skip-stepping".mereka melompat melepasi sederetan unta!maksud dari sukan ini adalah lari secepat mungkin untuk kemudian melompat dan melintasi sebanyak mungkin unta yang sedang berbaris. Pemenangnyaadalah orang yang meloncat barisan unta yang terbanyak.  

Sebelumnya, para peserta lompat unta memakai pakaian tradisional warna biru yang digulungkan di sekeliling pinggang sebelum mereka meloncat.
Sebenarnya, tradisi loncat unta ini sudah ada sejak zaman dahulu kala lagi, tetapi hampir dilupakan.  


Sukan ini mula dikenali sejak para anggota suku Zaraniq mulai mempraktikkannya kembali. SukuZaraniq memang terkenal dengan kelajuan, kekuatan, dan keberaniannya di seluruh Yaman.
Acara lompat unta biasanya berlangsung ketika ada acara perkahwinan dan al-Khamis, iaitu festivaltahunan yang menandakan berakhirnya musim palm, serta diiringi oleh tarian dan nyanyian.


Saturday, 29 June 2013

(10Gambar) Pemerkosaan Beramai-Ramai Di Rakam




images
Macam-macam yang terjadi sekarang nie kan...ada sahaja kes pemerkosaan disana sini...samapai yang macam ini pun ada...



























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More