Translate

Thursday, 16 May 2013

Ning Baizura & Suami Perkenal Ryan Sky Dalton Buat Pertama Kali Kepada Umum

Buat pertama kali sejak lahir pada 31 Januari 2013, anak sulung pasangan Ning Baizura & Omar Shariff membuat kemunculan pertama di’khalayak umum dalam satu sidang media. Ala BeyoncĂ© tahu? Dalam sidang media ringkas yang berlangsung di Neo Tamarind ini Ryan Sky Dalton di’perkenalkan kepada semua dan menamatkan penantian peminat yang mahu melihat wajah comel bayi ini. Berkata kepada media, Ning Baizura & suami merancang untuk pulang ke Ireland sekitar Julai atau Ogos ini untuk membawa Ryan Sky Dalton untuk bertemu dengan keluarga di sebelah sana.

Pelakon Lelaki Terkenal Kena Tangkap Khalwat

SHAH ALAM – Seorang pelakon lelaki terkenal tempatan ditangkap khalwat oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang di sini, Khamis. Pelakon berusia 25 tahun itu, yang pernah bertunang pada Disember tahun lepas, ditahan pada 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam. Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin, dalam satu kenyataan pada Khamis, mengesahkan bahawa pelakon itu, yang sudah bertunang Disember lepas, ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jais berdasarkan maklumat awam. “Dia ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995,” katanya. Pelakon berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan wanita yang lebih berusia serta seorang lagi pelakon wanita, namun hubungannya dengan mereka berakhir begitu sahaja. Psst, siapa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More