Translate

Thursday, 16 May 2013

Saiful Bukhari bakal kahwini personaliti TV3?

KUALA LUMPUR 16 Mei - Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang terbabit dalam kes liwat Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menamatkan zaman bujangnya pada 25 Mei ini. Menurut sumber, perkahwinan Mohd. Saiful Bukhari dengan personaliti TV3, Nik Suryani Megat Deraman itu akan dilangsungkan di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Pada 2008, Mohd. Saiful Bukhari telah membuat sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan bahawa dia telah diliwat oleh Anwar. Dia kemudian mengulangi sumpah tersebut di hadapan Kaabah dan rakaman video itu didedahkan baru-baru ini. Manakala Nik Suryani pula adalah wartawan TV3 yang pernah diherdik oleh Anwar dalam satu sidang akhbar pada April 2011 gara-gara bertanyakan soalan berhubung jam Omega milik pemimpin pembangkang itu. Laporan mengenai perkahwinan Mohd. Saiful Bukhari dan Nik Suryani itu disiarkan di laman blog Empayar Pemuda petang ini. Bagaimanapun sehingga kini belum ada kenyataan rasmi oleh Mohd. Bukhari mahupun Nik Suryani mengenai perkahwinan mereka.


Gambar: Pulang Dari Umrah & Eja Ambil Keputusan Untuk Berhijab Kekal

Rasanya baru sahaja tidak berapa lama dahulu kita melihat Eja & keluarga bercuti di mengelilingi Australia dan kali ini ada berita lebih menari untuk di’kongsikan dengan anda semua. Baru pulang dari mengerjakan umrah baru baru ini, Eja telah mengambil keputusan untuk terus berhijab secara kekal selepas tidak putus putus berdoa dan berkat petunjuk dari Allah. “Sebenarnya, saya berhajat ingin memakai tudung selepas usia memasuki 40 tahun tetapi hasrat itu terkubur kerana kesibukan saya” “Tahun ini, saya berpeluang membuat umrah sekali lagi dan alhamdulillah apabila balik ke sini saya tidak mahu membuka tudung lagi” “Saya tidak putus-putus berdoa dan alhamdulillah berkat petunjuk daripada Allah, saya langsung tidak mahu membukanya lagi” “Tetapi, saya tidak mahu bercakap lebih banyak kerana baru lima hari saya pulang ke sini. Semoga Allah permudahkan & menetapkan hati saya untuk terus membawa kebaikan ini,”


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More