Translate

Wednesday, 5 June 2013




Hujung minggu ini, selain dari pasangan Beego dan Linda Hashim yang bakal melangsungkan perkahwinan kita juga ada pasangan Zahid AF dan Sarah Julifa yang akan bernikah di Teluk Intan, Perak.
Mungkin gambar pra perkahwinan terlalu mainstream, Zahid AF dan bakal isteri tampil dengan video save the date yang juga merupakan satu trend pasangan ingin berkahwin pada zaman sekarang. Video yang diterbitkan oleh Feel Motion Picture ini menceritakan tentang perkenalan mereka yang bermula di Twitter sebelum serius bercinta pada tahun lalu — tetapi ini versi kompak.
Zahid AF dan Sarah Julifa Yusof bakal diijabkabulkan pada 7 Jun ini di Teluk Intan, Perak sebelum mengadakan majlis resepsi pada keesokan harinya. Majlis sambut menantu di sebelah pihak Zahid AF pula akan berlangsung pada 15 Jun yang juga akan diadakan di Teluk Intan.

 


Amar Asyraf Dan Tunang, Arna Salleh Kahwin Minggu Ini


Nama beliau mungkin tidak sebesar pelakon popular yang lain tetapi aktor muda ini mendapat perhatian ramai semenjak beliau bawakan watak Zain dalam drama bersiri Setia Hujung Nyawa.
Amar Asyraf hari ini melalui akaun Facebook beliau seakan ingin beritahu para peminat yang beliau bakal menamatkan zaman bujang pada minggu ini — hujung minggu ini kami jangkakan tarikhnya.
“She who never let me slip away with the current, are my backbone for this 2 years and will be for all my life! I always knew that she is the one”
“And this week I’ll be her husband! I will take the responsiblity for all her action starting this weekend,” tulis beliau yang kami percaya ditujukan kepada tunangnya, Arna Salleh.
Nampaknya kita ada pasangan selebriti ketiga yang berkahwin hujung minggu ini selepas Beego & Linda Hashim dan Zahid AF. Sejuta tahniah di’dahulukan dari pihak kami buat Amar Asyraf dan bakal isteri.
#02 Amar Asyraf Bakal Kahwin Hujung Minggu Ini - ROTIKAYA#01 Amar Asyraf Bakal Kahwin Hujung Minggu Ini - ROTIKAYA
#04 Amar Asyraf Bakal Kahwin Hujung Minggu Ini - ROTIKAYA#03 Amar Asyraf Bakal Kahwin Hujung Minggu Ini - ROTIKAYA#07 Amar Asyraf Bakal Kahwin Hujung Minggu Ini - ROTIKAYA
#05 Amar Asyraf Bakal Kahwin Hujung Minggu Ini - ROTIKAYA#06 Amar Asyraf Bakal Kahwin Hujung Minggu Ini - ROTIKAYA#08 Amar Asyraf Bakal Kahwin Hujung Minggu Ini - ROTIKAYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More