Translate

Sunday, 23 June 2013

(8 GAMBAR)Beego Dan Linda Hashim Berbulan Madu Di Bali

gambar honeymoon beego dan linda hashim


Romantis sungguh pengantin baru kita ini iaitu Beego dan Linda Hashim. Hujung minggu lalu, mereka berdua telah terbang ke Bali untuk menikmati bulan madu. Memang jelas terserlah kebahagiaan yang sedang meniti di dalam hidup mereka.
gambar honeymoon beego dan linda hashim

Turut sama menemani pasangan pengantin baru ini ialah jurugambar rasmi majlis perkahwinan mereka, Ryaniez Moments Photography. Pastinya gambar-gambar romantis mereka ketika berbulan madu akan diabadikan oleh krew-krew hebat ini. Tak sabar hendak melihat hasil bidikan kamera mereka.

gambar honeymoon beego dan linda hashim
gambar honeymoon beego dan linda hashim
gambar honeymoon beego dan linda hashimgambar honeymoon beego dan linda hashim

Linda Pakai Seksi, Beego Digelar Suami Dayus?



Setelah melangsungkan pernikahan 7 Jun lalu, pasangan selebriti terkenal, Linda Hashim dan Beego memilih Bali sebagai destinasi pilihan bulan madu mereka.
Pasangan ini telah terbang ke Bali, Indonesia pada 19 Jun lalu dan sepanjang berada di sana, foto-foto bulan madu mereka telah dirakamkan oleh jurufoto rasmi, Ryaniez Moments Photography. Amboi, siap bawa jurugambar…
Buat peminat-peminat di Malaysia, Linda juga tidak lupa berkongsikan beberapa fotonya bersama si suami melalui laman Instagram miliknya.
Namun menerusi sekeping foto yang dimuat naik, pelakon wanita ini telah menerima pelbagai kritikan daripada peminat sehingga ada yang mempertikaikan tanggungjawab Beego sebagai seorang suami dalam menangani pakaian isteri tersayang.
b1
Menurut segelintir peminat, pakaian yang digayakan oleh Linda terlalu seksi dan sebagai orang melayu pelakon tersebut tidak sepatutnya menggayakan pakaian sebegitu.
b2
Tapi masih ada peminat yang menyokong tindakan Linda dan turut mempertikaikan respon peminat yang mengkritik cara pemakaian pelakon kesayangan mereka itu.
b3
Teguran peminat kepada Linda tu mungkin juga kerana mereka sayangkan Linda. Betul, memang susah nak puaskan hati semua orang? Tapi dalam hal ini rasanya, Beego sebagai suami juga ada baik juga kalau dinasihatkan si isteri agar tidak nanti terus menjadi bahan keji orang ramai.
Dan terpulang juga kepada individu untuk membuat penilaian kerana masing-masing mempunyai pendapat tersendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More