Translate

Monday, 24 June 2013

Cara Mengenali Logo Halal Original Dan Palsu


Terdapat segelintir pemilik restoran panik membeli logo halal ‘swasta’ bagi memperdaya pelanggan Islam. Logo halal tidak diiktiraf itu ditampal pada pintu di kaunter bayaran premis bagi meyakinkan pelanggan yang semakin berhati-hati selepas menyedari masih terdapat restoran tidak memohon sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Sebagai rujukan dan perkongsian bersama, berikut adalah cara kenali logo asal Halal yang dikeluarkan oleh Jabatab Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sunday, 23 June 2013

Monumen Seperti Taj Mahal Untuk Memperingati Isteri


Seorang lelaki India membina sebuah monumen cinta seperti Taj Mahal di kebun miliknya untuk mendiang isterinya yang telah meninggal pada 2011 silam.

Faizul Hasan Kadari membina sebuah bangunan yang menyerupai Taj Mahal di desa Bulandshahr, India. Bangunan megah ini dibuat untuk menghormati kematian isterinya Tajammuli Begum pada Disember 2011.

Lelaki berusia 77 tahun ini membina tugu ini setinggi 15 meter di tanah kebun miliknya.

"Saya tidak punya anak dan isteri, kalau saya mati saya tidak ada waris. Jadi bangunan ini untuk mengingati nama saya dan isteri saya untuk selamanya, 'ungkap Faizul. Demikian dipetik dari Orange.

"Hari itu saya berjanji pada isteri saya bahawa akan membuat kubur dengan namanya begitu besar di seluruh dunia agar semua orang mengingat kita selamanya," tambahnya.

Faizul telah menghabiskan wang sebanyak 10.500 poundsterling untuk membina tugu tersebut.

Namun, ketika ini Faizul kehabisan wang dan dia mungkin tidak akan dapat menyelesaikan projek nya itu.

"Saya mula membina pada Februari 2012. Saya bekerja untuk membina ini dengan bekerja selama lapan jam sehari termasuk satu jam untuk makan tengah hari. Tapi, September lalu saya harus berhenti kerana saya kehabisan wang untuk membayar orang untuk membantu saya bekerja," ujar Faizul.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More