Translate

Monday, 26 August 2013

Gambar Sabrina Ismail, kakak Dafi yang cantik menawan (14 Photo)



Gambar Sabrina Ismail, kakak Dafi yang cantik - Jika hanya memandang kakak penyanyi Dafi, Sabrina Ismail tanpa menyelidiki latarbelakangnya, dia tidak ubah seperti gadis berbangsa cina yang berasal dari Hong Kong.

Apapun, admin rupanya tersilap membuat andaian kerana si gadis comel bernama Sabrina itu sebenarnya ialah seorang wanita berbangsa melayu tulen. Dia cuma dianugerahkan raut wajah yang putih melepak dan seiras bangsa cina.

Sedikit tentang Sabrina, wanita kecik molek ini ialah anak kesayangan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Dia berusia 26 tahun dan sudah menjadi tunangan kepada pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie. Mereka disahkan akan berkahwin pada 11 Disember 2013.

Jom layan beberapa keping gambar terkini Nina Sabrina Ismail Sabri yang sebelum ini pernah dilanda kontroversi selepas gambarnya sedang berpeluk dan berciumdengan Jovian Mandagie tersebar meluas di laman maya.














Saturday, 24 August 2013

Stacy AF 6 Memeluk Islam?



Stacy AF 6 Memeluk Islam

Kini kecoh di laman-laman sosial dan beberapa blog hiburan apabila dikatakan juara Akademi Fantasia 6, Stacy telah memeluk Islam.

Tambah mengejutkan apabila Stacy dikatakan memeluk agama Islam kerana keakrabannya bersama penyanyi, Akim.

Namun, setelah kami meniliti isu tersebut, jelas Stacy yang dimaksudkan bukanlah Stacy AF6.

Stacy yang dikatakan memeluk agama Islam itu adalah Stacy yang nama sebenarnya ialah Stelly.

Malah, sekeping foto yang kami terima turut menunjukkan yang wanita yang bernama ‘Stacy’ itu bukanlah Stacy AF6.

Bagaimanapun, pihak MyNewsHub memilih untuk menghubungi Stacy bagi mendengar sendiri jawapan daripada mulutnya.

“Kalau boleh saya tak mahu komen sebab perkara melibatkan agama ini sangat sensitif.

“Tapi saya cuma boleh menafikan khabar angin yang mengatakan saya memeluk Islam,” jelas Stacy ketika dihubungi MyNewsHub sebentar tadi.

Dia yang dikatakan teman tapi mesra Akim itu turut menafikan yang dia kini menjalin hubungan cinta bersama Akim.

“Kami tiada hubungan istimewa. Kami cuma kawan rapat sahaja,” ujar Stacy.

Maka, terjawablah persoalan di laman-laman sosial berkenaan khabar angin Stacy yang memeluk agama Islam.

Sumber : Mynewshub.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More