Dalam isu keluarga Afiq Muiz yang menghiasi kebanyakkan media hari ini, nama Eina Azman pasti tidak ketinggalan kerana beliau di’dakwa sebagai punca pergolakan antara Afiq Muiz & keluarganya.
Pada sidang media bersama Afiq Muiz semalam, Eina Azman kesal yang namanya telah dikaitkan dalam konflik keluarga pelakon tersebut sehingga menjejaskan nama dan reputasi sebagai seorang artis.
“Saya sangat marah dan apabila ibu Afiq tuduh saya kikis duit dia, sekali pun saya tidak pernah ambil duit dia sebab saya ada duit sendiri”
“Saya harap dia tampil buat kenyataan bersihkan nama saya dan jika tidak saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap ibu & adik-adiknya”
Untuk itu, Eina Azman memberikan tempoh seminggu kepada ibu Afiq Muiz untuk memohon maaf secara terbuka melalui media dan boleh menerima semula Afiq Muiz sebagai anaknya untuk tidak memanjangkan cerita.
0 comments:
Post a Comment