Translate

Sunday, 30 June 2013

Robot Bercakap Akan Dihantar ke I.S.S


DUA robot Kirobo masing-masing dipegang oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Robo Garage Co.,Tomotaka Takahashi (kiri), dan Pengurus Projek Toyota Motor Corp., Fuminori Kataoka semasa pelancarannya di Tokyo kelmarin.

TOKYO - Jepun dijangka menghantar sebuah robot angkasawan yang boleh bercakap ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) untuk melakukan perbualan pertama melibatkan manusia dan robot di angkasa lepas.

Robot tersebut, Kirobo dijadual berlepas ke ISS dari Pusat Angkasa Tanegashima, dalam Wilayah Kagoshima, barat daya Jepun.

Robot kecil itu akan berlepas dengan menaiki kapal angkasa kargo, Kounotori 4 ke ISS pada 4 Ogos depan.

Kirobo merupakan gabungan antara dua perkataan Jepun yang bermaksud robot harapan.
Robot setinggi 34 sentimeter dengan berat sekitar satu kilogram itu jauh lebih kecil berbanding kebanyakan robot yang pernah dihantar ke angkasa lepas.

Kirobo dibangunkan dengan kerjasama antara Universiti Tokyo, Toyota dan Dentsu Inc.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More