Terkini Liyana Jasmay Adegan Cinta Cium Peluk Di Ranjang Buat Suami Cemburu!
Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dimaklumkan artis terkenal Liyana Jasmay membuat adegan cinta sehingga suaminya cemburu! Jangan Liyana Jasmay buat aksi adegan peluk dan cium terlampau sudah, nanti tidak pasal-pasal rumahtangga jadi tidak aman dan bergaduh. Selalunya rumahtangga artis bermasalah disebabkan ada yang penting diri sendiri dan tidak mahu menjaga hati pasangannya. Sebab itu banyak artis yang bercerai sebab tidak tahan dengan cubaan dan godaan dalam dunia hiburan yang penuh dengan glamour. Tidak kurang ada yang cuba mengambil kesempatan walaupun sudah tahu artis tersebut sudah berkeluarga!
Suami Liyana Jasmay Sangat Cemburu
Pelakon (Foto) Liyana Jasmay menjelaskan suaminya, (Foto) Fathuddin Mazlan masih mempunyai sifat cemburu yang menebal jika melihat dia berlakon dalam adegan-adegan cinta walaupun sudah hampir enam bulan mereka mendirikan rumah tangga.
Liyana Jasmay, 25 tahun, berkata, Fathuddin, 29 tahun, juga mengambil pendekatan untuk tidak menonton adegan-adegan romantik lakonannya semata-mata mahu menepis perasaan itu.
“Sudah hampir enam bulan kami kahwin, suami saya masih tidak dapat menerima sepenuhnya perjalanan dunia seni saya malah dia sering kali meluahkan perasaan cemburunya jika melihat saya melakonkan adegan romantik.
“Tetapi saya faham, perasan itu wujud kerana dia mahu menjaga isterinya dan saya harus menjaga hatinya pula,” kata Liyana Jasmay yang dikatakan suka gedik mengada-gada oleh para peminatnya.
Majlis Perkahwinan Liyana Jasmay dan Fathuddin Mazlan
Pasangan itu selamat diijabkabulkan pada 2 Februari 2013 dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Hotel Seri Pasific, dekat sini.
Jelas Liyana lagi, suaminya juga memberi syarat agar dia tidak melakonkan adegan keterlaluan selain perlu membatasi babak-babak bersentuhan dengan pelakon lelaki lain. Blog mohdrohaizad.com harap Liyana Jasmay patuhi syarat-syarat suaminya.
“Setakat ini jika ada mana-mana tawaran yang memerlukan saya bersentuhan dengan mana-mana lelaki, saya akan maklumkan kepada suami terlebih dahulu dan dia meminta saya agar tidak keterlaluan melakonkan adegan berkenaan,” kata Liyana Jasmay yang pernah kontroversi bercinta dengan Fizz Fairuz.
Liyana Jasmay Suka Suami Cemburu Tanda Sayang
Menurut Liyana Jasmay yang pernah bercinta dengan Syamsul Yusof, dia menggemari sikap cemburu itu kerana ia adalah petanda betapa si suami benar-benar mengambil berat dan sayangkan seseorang isteri.
Katanya, adalah satu masalah besar kalau seseorang suami tidak ada perasaan itu apatah lagi bagi seseorang pelakon yang perlu melakonkan watak-watak romantik, bersentuhan dan juga sesetengahnya di ranjang.
Bagaimanapun Liyana telah membuat keputusan untuk tidak menerima watak-watak romantik yang memerlukan dia berpelukan selepas berumah tangga
LIYANA JASMAY ADEGAN CINTA BUAT SUAMI CEMBURU
0 comments:
Post a Comment