Translate

Showing posts with label Cinabeng. Show all posts
Showing posts with label Cinabeng. Show all posts

Sunday, 11 August 2013

Astafirullah!!! Surau Dijadikan Tokong Di Resort Terkenal Di Johor - Apa Tindakan Pihak Berkuasa?? Jom Terjah!!!


Surau jadi tokong Seorang sami mengetuai upacara keagamaan dalam surau yang bergantungan bingkai ayat al-Quran di sebuah resort di Kota Tinggi.
Kota Tinggi: Umat Islam semalam dikejutkan dengan penyebaran video memaparkan surau dijadikan tempat penganut Buddha menjalankan upacara keagamaan mereka di sebuah resort di sini.

Kegiatan itu dirakam di surau resort berkenaan dekat Sedili Besar, Kota Tinggi di sini, tengah hari kelmarin. 
Letak lambang agama Buddha 


Video bertajuk 'Surau dijadikan tokong Buddha di Johor', selama 85 saat itu, memperlihatkan sekumpulan individu, termasuk seorang sami Buddha sedang menjalankan upacara keagamaandi dalam surau berkenaan.

Lebih mengejutkan, kumpulan keagamaan dari Singapura itu turut meletakkan lambang agama mereka di atas sebuah meja di ruang imam surau.

Friday, 26 July 2013

KISAH ALVIN & VIVIAN SELEPAS KELUAR PENJARA !!!





- Alvin Tan yang dipenjara selama lapan hari kerana tidak dibenarkan jaminan atas tuduhan mempersendakan umat Islam dan Ramadan, hanya menyatakan not bad (boleh tahan) bagi menggambarkan pengalamannya di dalam penjara.

Dia berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai urusan jaminan manakala pasangannya Vivian Lee, yang sentiasa menundukkan kepala enggan memberi komen.

Pada 10 pagi, Alvin dan Vivian, yang masing-masing masih bergari diiringi beberapa anggota polis ke Kaunter Pendaftaran Mahkamah Sesyen/Majistret (Jenayah) bagi urusan jaminan dan kakitangan mahkamah membacakan syarat jaminan.

Kedua-duanya dilihat menandatangani dokumen jaminan sebelum beredar dari kaunter itu kira-kira 20 minit kemudian dan bergegas menaiki dua buah kereta yang menunggu di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini.

Semalam, pasangan itu diikat jamin oleh ibu Alvin dan rakan perempuan mereka sebanyak RM30,000 setiap seorang.
Sementara itu, peguam Chong Joo Tian ketika ditemui pemberita sejurus anak guamnya beredar berkata:
"Mereka gembira dapat keluar dari penjara. Mereka perlukan masa untuk berehat".

Pada 18 Julai lepas, Alvin dan Vivian masing-masing ditahan di Penjara Sungai Buloh dan Penjara Kajang selepas Hakim Mahkamah Sesyen Murtazadi Amran tidak membenarkan mereka diikat jamin.

Namun, semalam, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd. Azman Husin membenarkan mereka masing-masing dijamin RM30,000 bersama empat syarat.
Empat syarat itu ialah pasangan itu perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah, melapor diri di balai polis pada minggu pertama setiap bulan, dilarang memuat naik artikel, komen, gambar lucah serta apa-apa bentuk penulisan yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman serta dihalang menggunakan peranti komunikasi berangkaian bagi mengakses Internet.

Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau Lee May Ling, 24, didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook ’Alvin and Vivian - Alvivi’ di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang bertajuk “Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!" yang mengandungi logo Halal.

Mereka juga didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat sama, antara 6 Julai dan 7 Julai lepas, antara 9 malam dan 2 pagi.

Pasangan itu juga didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen yang sama, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama di kalangan penganut agama berlainan.
Kesemua kesalahan itu mengikut Akta Hasutan 1948, Akta Penapisan Filem 2002 dan Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Thursday, 25 July 2013

Akhirnya Budak Lucah Ni Boleh Balik Rumah Dengan Bersyarat.......


Merasa ler tidur atas simen tanpa bantal di Lokap dan istimewanya Penjara! 

Alvin, Vivian akhirnya dibenar jamin 

KUALA LUMPUR – [Dikemaskini] Mahkamah Tinggi di sini, membenarkan permohonan pasangan kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee, untuk diikat jamin sebanyak RM30,000 setiap seorang dengan dua penjamin serta mengenakan beberapa syarat tambahan dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan mereka minggu lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Azman Husin bagaimanapun menolak permohonan untuk mengadakan perbicaraan secara berasingan, sebaliknya mengekalkan perintah Hakim Mahkamah Sesyen, untuk menjalankan perbicaraan secara serentak.

Mohd Azman turut  membenarkan pasangan itu diikat jamin sebanyak RM10,000 bagi setiap tuduhan, selepas mempertimbangkan cadangan timbalan pendakwa raya yang menawarkan jaminan sebanyak Rm15,000 bagi setiap pertuduhan yang dihadapi mereka.

Pasangan itu turut dilarang memuat naik sebarang artikel, komen, penulisan berunsur hasutan dan memuat naik gambar lucah serta jelik  yang boleh menimbulkan unsur perkauman, dan menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

Mereka juga dilarang menggunakan peranti komunikasi berangkaian termasuk telefon pintar  dan gajet komunikasi lain bagi mengakses internet untuk memuat naik gambar, komen atau artikel yang boleh menghasut  dan menimbulkan permusuhan antara kaum.

Dua lagi syarat diberikan termasuk mereka dikehendaki menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis berhampiran pada minggu pertama setiap bulan.

Datuk Azman membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguambela dan hujahan balasan pihak pendakwaan serta membuat semakan semula kehakiman mengikut Seksyen 35 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, dan Seksyen 323(1) Kanun Acara Jenayah.

Berdasarkan keputusan tersebut mahkamah turut menolak bantahan awal pihak pendakwaan yang memohon untuk membatalkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan pasangan itu.

Sebelum ini, Alvin fan Vivian terpaksa meneruskan kehidupan masing-masing di Penjara Sungai Buloh dan Penjara Kajang, apabila, hakim Mahkamah Sesyen tidak membenarkan kedua mereka diikat jamin atas faktor kepentingan awam.

Mereka kemudiannya, memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi, bagi menyemak perintah hakim untuk tidak menjalankan perbicaraan atas tiga pertuduhan secara bersama, dan membenarkan ikat jamin ke atas mereka.

Pasangan kontroversi itu didakwa di Mahkamah Sesyen atas tiga tuduhan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002, dan Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan.

Pasangan ini mencetus kontoversi ekoran tindakan mereka yang dikatakan mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan dengan mengajak memakan bak kut teh (sup tulang babi) menerusi laman sosial Facebook.

Saturday, 20 July 2013

Penculikan Ng Mun Tatt Ada Kaitan Dengan Tindakan Alvin, Vivian



Ng Mun Tatt
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan penculikan Ng Mun Tatt ada kaitan dengan paparan sensitif di Facebook yang dilakukan oleh penulis blog seks kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee.
Beliau berkata tindakan itu ada kaitan dengan paparan mempersendakan umat Islam, walaupun Ng menafikan penculikannya ada kaitan dengan komen agama yang dibuat pasangan kontroversi Alvivi.
"Saya berkata ia antara punca dia diculik tetapi selain itu terdapat juga sebab kerana ingin mendapatkan wang tebusan.
"Kami tahu mangsa diminta untuk memasukkan wang sebanyak RM3,000 tetapi lukisan di badannya adalah sebagai tindak balas terhadap tindakan Alvin dan Vivian," katanya pada Jumaat.
Beliau turut diminta untuk mengulas dakwaan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) bahawa Peguam Negara telah menyalahgunakan kuasanya kerana ketika pasangan kontroversi, Alvin dan Vivian didakwa ekoran kenyataan berbuka puasa mereka di Facebook tetapi tiada tindakan dikenakan terhadap Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dan Naib Presidennya Datuk Zulkifli Nordin di atas ucapan tidak sensitif mereka.
"Dengan laporan yang dibuat, wujud penyiasatan yang sewajarnya dilakukan. Selepas siasatan kami, kertas siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut," katanya.
Beliau berkata, kes melibatkan Ibrahim Ali masih disiasat.
Bagaimanapun, berhubung kes membabitkan Zulkifli Nordin, Peguam Negara mengarahkan polis supaya menghentikan siasatan.
"Peguam negara mengarahkan tiada tindakan lanjut terhadap kes itu kerana bukti tidak mencukupi," katanya.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kementeriannya dan pihak polis sedang memantau beberapa NGO dan kumpulan yang cuba membangkitkan sentimen agama.
* Sumber mStar Online

Thursday, 18 July 2013

Persenda Umat Islam Dan Gambar tanpa pakaian Alvin Tan Dan Vivian Lee Didakwa Tiga Pertuduhan


Alvin Tan dan Vivian Lee
KUALA LUMPUR: Pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.
Pertuduhan terhadap Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau nama penuhnya Lee May Ling, 24, dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.
Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook ‘Alvin and Vivian – Alvivi’ di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yangbertajuk “Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan!!!” yang mengandungi logo Halal.

Pasangan itu didakwa melakukan kesalahan itu pada 10.48 malam antara 11 Julai dan 12 Julai lepas di 568-14-18, Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, di sini.
Mereka didakwa mengikut subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.
Bagi kesalahan pertama kali, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikutnya, boleh dipenjara maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Tan dan Lee didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat sama, antara 6 Julai dan 7 Julailepas, antara 9 malam hingga 2 pagi.

Mereka didakwa mengikut subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 yang membawa hukuman denda minimum RM10,000 atau maksimum RM50,000 atau boleh dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pasangan itu juga didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen yang sama, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama di kalangan penganut agama berlainan.

Kandungan itu telah dibaca di CAF – Syed Restaurant Jalan Dang Wangi, di sini antara 11 Julai dan 12 Julai pukul 10.48 malam.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.
Pasangan itu kelihatan tenang dan bersahaja ketika pertuduhan dibacakan satu persatu kepada mereka dan masing-masing berkata: “Saya minta dibicarakan”.
Hakim Murtazadi tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin atas sebab kepentingan awam.

“Mahkamah tidak akan terpengaruh dengan unsur-unsur luar dalam memberi jaminan kepada tertuduh,” tegas hakim itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin memohon supaya tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin bagi dua kesalahan iaitu memuat naik kandungan gambar dan komen berhubung berbuka puasa dan mempamerkan gambar-gambar lucah.
Beliau memberikan dua alasan iaitu kesalahan di bawah Seksyen 298A(1)(a) dan Akta Penapisan Filem, memang tidak boleh dijamin.

“Sememangnya kami akur budi bicara mahkamah untuk membenarkan jaminan dalam dua pertuduhan itu, tetapi pihak pendakwaan membantah sebarang jaminan dikenakan,” kata Noorin.

Alasan kedua pula ialah kedua-dua tertuduh mempunyai kecenderungan untuk memuat naik gambar yang boleh membangkitkan kemarahan orang ramai.
“Pihak pendakwaan memohon mereka tidak dilepaskan dengan sebarang jaminan sehingga selesai perbicaraan kes itu,” katanya.

Peguam Chong Joo Tian, yang mewakili kedua-dua tertuduh, memohon jaminan diberikan kepada anak guamnya dengan alasan pertuduhan yang dihadapi mereka belum dibuktikan dan bersifat pramatang.
Chong berkata pihak pendakwaan tidak boleh membuat spekulasi bahawa kedua-dua tertuduh mempunyai kecenderungan untuk melakukan kesalahan yang sama kerana mereka belum didapati bersalah.

“Kedua-dua anak guam saya memberi kerjasama sepenuhnya kepada SKMM dan polis ketika siasatan dilakukan dan mereka juga tidak mempunyai rekod jenayah selain kesalahan itu tidak melibatkan sebarang bentuk keganasan,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff pula berhujah mahkamah perlu mengambil kira keadaan sekeliling dalam menentukan sama ada jaminan dapat diberikan atau tidak.
“Nama Alvin Tan sangat dikenali dan bila kita ‘Google’ sahaja nama Alvin, akan timbul gambar dan artikel mengenainya yang mana jika tidak dikawal boleh memusnahkan masyarakat dan agama. Tidak dinafikan kesalahan itu tidak melibatkan keganasan tetapi ia kesalahan serius,” katanya.

Noorin juga memohon supaya ketiga-tiga kes itu dibicarakan bersama mengikut Seksyen 170 Kanun Tatacara Jenayah kerana melibatkan satu transaksi dan saksi yang sama.

Bagaimanapun, Chong memohon pertuduhan kedua dibicarakan berasingan kerana pertuduhan pertama dan ketiga merupakan satu perbuatan tetapi pertuduhan kedua melibatkan penerbitan gambar-gambar lucah yang disiarkan di laman web berlainan.

Noorin menjelaskan Seksyen 170 membolehkan kesalahan-kesalahan jenayah dibicarakan bersama walaupun ketiga-tiganya adalah berlainan dan pihak pendakwaan akan membuktikan kesalahan itu berlaku dalam transaksi sama.

Hakim Murtazadi membenarkan ketiga-ketiga kes itu dibicarakan bersama dan menetapkan 23 Ogos untuk sebutan semula kes.

Beliau turut memberi peluang kepada kedua-dua tertuduh mengemukakan alasan mengapa jaminan perlu diberikan kepada mereka.

Alvin berkata: “Saya mahu dijamin. Saya tidak memegang apa-apa kuasa, kedudukan, kekayaan mahupun pekerjaan dan semua barang multimedia dirampas oleh SKMM yang menjejaskan kecenderungan saya untuk memuat naik gambar dan mengakses Internet”.
Vivian, yang merupakan guru tadika, pula berkata: “Saya juga ingin dijamin dan saya mempunyai pendapat yang sama dengan Alvin”.
Alvin ditahan di Penjara Sungai Buloh manakala Vivian di Penjara Kajang.
Sumber BERNAMA (mStar Online)

Tuesday, 16 July 2013

Alvin Tan dan Vivian Lee Kecut Perut Terima Ugutan Bunuh



Alvin dan Vivian
Pasangan porno murahan, Alvin dan Vivian dikatakan menerima ugutan bunuh sejak poster mereka menghina umat Islam di facebook menjadi topik hangat sejak beberapa hari lalu.
Disebabkan terganggu dengan situasi itu, kedua mereka meluahkan permohonan agar dan merayu simpati agar tindakan ugutan itu dihentikan.
Sesiapa yang menghantar ugutan bunuh kepada kami melalui sistem pesanan ringkas (SMS), tolong hentikan. Kami makan tak lalu, tidur tak lena, mandi pun tak basah… mercy please, terima kasih,” katanya.
tweet merayu
Luahan dibuat kedua pasangan berkenaan melalui akaun Twitter mereka.
Mungkin disebabkan ugutan itu kedua mereka diiringi polis ketika meninggalkan bangunan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Kuala Lumpur malam tadi.
Sementara itu, tinjauan Mynewshub di Facebook juga turut menemui posting provokasi yang mencadangkan agar kedua mereka dibunuh.
bunuh alvin
Ugutan ini datang hampir serentak dengan kejadian seorang remaja Cina dibogelkan kerana dikatakan bertindak menghina orang Melayu dan Islam di Selangor.
Pasangan Alvin dan Vivian dipanggil ke SKMM pukul 10.45 pagi semalam untuk memberikan keterangan berhubung poster “Selamat Berbuka Puasa” yang dimuat naik ke laman Facebook milik mereka baru-baru ini.
Poster itu disifatkan banyak pihak sebagai mempersenda serta menjatuhkan maruah umat Islam.
Dalam poster itu, terpampang wajah mereka berdua sedang menjamu selera dengan kapsyen “Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh… Wangi, enak dan menyelerakan!)”.
Bak Kut Teh adalah makanan sup masyarakat Cina yang mana babi merupakan ramuan utama. 
Sumber – Mynewshub

Monday, 15 July 2013

PANAS BERAPI!! 2 Ekor Anak B*B* Alvin dan Vivian sebenarnya tak mohon maaf pun...





Lihat dan baca lah apa yang 2 Ekor B*B* ni Tweetkan.. Memang CIBAI KAN!!!




Persenda dan tidak sensitif.... Siap ada logo halal dan kata saja melawak.. 




Lepas tu minta maaf..

Boleh kita terima ke maaf mcm ni????



Anda percaya? Hmmm dua-dua pun tak boleh dipercayai...
2X5 5X2

Khairi Belum Puas Hati Isu 2 Ekor Mangkuk!



Pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang mempersenda Ramadan dan agama Islam menerusi sekeping gambar yang dimuatkan di laman Facebook mereka tidak seharusnya dibebaskan begitu sahaja.


Sebaliknya, menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludin, pasangan itu sewajarnya dikenakan tindakan tegas kerana perlakuan mereka yang mempersenda Ramadan dan umat Islam di laman sosial itu sangat serius.


"Jika Alvin dan Vivian dilepaskan begitu sahaja, rakyat akan mendapat isyarat salah dan akan menyangka bahawa mereka juga boleh terlepas seperti pasangan itu jika mempermainkan isu-isu sensitif yang menyentuh keharmonian negara," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar mengenai BN Job Fair 2013 di sini hari ini. Pameran kerjaya anjuran Pemuda Barisan Nasional (BN) itu akan berlangsung pada 27 hingga 29 September ini.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan itu mengulas pasangan Kelvin dan Vivian yang hadir di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini untuk memberikan keterangan berhubung penyiaran gambar tersebut.

Pasangan itu dilaporkan telah memuatkan naik permohonan maaf mereka kepada umat Islam menerusi satu klip video di YouTube.

Khairy berkata, Pemuda UMNO tidak nampak sebarang alasan untuk pasangan tersebut dilepaskan memandangkan semua bukti kesalahan yang mereka lakukan jelas di depan mata.


KETUA MENTERI PULAU PINANG AMAT SETUJU BLOGGER SEKS GILA ALVIN TAN DAN VIVIAN LEE DIHERET KEMAHKAMAH ATAS PERTUDUHAN DIBAWAH AKTA HASUTAN 1948!!!!!

Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, YAB Lim Guan Eng hari ini dengan tegas dan bersuara keras maukan agar blogger seks Alvin Tan dan pasangannya Vivian Lee diheret ke Mahkamah atas pertuduhan di bawah Akta Hasutan kerana perlakuan mereka yang amat keterlaluan menghina Agama Islam.

Mungkin kedua pasangan ini akan menjadi penghuni untuk sekian lama dalam penjara.

Bergurau yang agak terlalu kasar sampai menghina agama lain dikira sudah cukup untuk dihukum agar menjadi contoh teladan kepada warga lain agar berhati-hati dalam bergurau dan berkata-kata dengan mengambil kira sensitiviti Agama dan Bangsa lain dinegara ini.


"Itu adalah salah. Mereka berhak untuk dihukum. Tidak ada keraguanmengenainya. Ianya adalah benar-benar tidak bersifat rakyat Malaysia.Penghinaan yang mereka lakukan adalah terlalu biadap dan suatu penghinaan yang lengkap".

Alvin, Vivian Disiasat Mengikut Seksyen 233 (1) AK



Pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang memuat naik gambar di Facebook yang mempersendakan Ramadan dan umat Islam, akan disiasat mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Penasihat Komunikasi Strategik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Sheikh Raffie Abdul Rahman, berkata kertas siasatan mengenai perkara itu dijangka siap dua atau tiga hari lagi.
“Setakat hari ini, siasatan terhadap kedua-duanya masih berjalan dan dijangka berakhir lewat petang ini.
“Sebaik siap kertas siasatan tempoh dua atau tiga hari lagi, ia akan diserahkan ke Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya seperti yang dilaporkan Berita Harian, hari ini.
Mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998), seseorang boleh didakwa kerana menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar – mewujudkan apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menganggu orang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More